Filed under Islam, National Issues by amuslimhouse.com on March 5, 2011 at 1:58 am
5 comments
Tulisan kali ini, saya ingin menulis ala-ala Tun Mahathir:
1. Tulisan kali agak pendek dan hanyalah random post.
2. Beberapa hari lepas seorang rakan menge’post’ sebuah gambar di ‘wall’ Facebook saya. Gambar itu adalah berkaitan dengan keratan sebuah akbar tentang kenyataan Perdana Menteri tentang kejayaan kerajaan pusat yang mendirikan lebih banyak masjid di Kelantan berbanding kerajaan negeri sendiri. Ini gambar dan komen-komen yang diberikan.


3. Masjid adalah tempat beribadat umat islam. Malah ia adalah tempat mencari ketenangan bagi orang-orang yang beriman.Di zaman Rasullah dan kehebatan Islam suatu ketika dulu, masjid menjadi bukan sahaja tempat beribadat tapi juga tempat (more…)
Filed under National Issues by amuslimhouse.com on December 9, 2010 at 9:00 am
9 comments
4 Disember lepas, kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON95, dan diesel, lima sen setiap kilogram bagi Gas Asli Cecair(LPG) dan 20 sen satu kilogram bagi gula.
Berikutan itu, harga RON 97 ialah RM 1.90 seliter,diesel RM 1.80 seliter, LPG RM 1.90 sekilogram dan gula RM2.10 sekilogram.
Pengumuman itu dibuat setelah kerajaan dibawah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan(PEMANDU) melakukan penelitian dengan harapan agar penjimatan wang hasil pengurangan subsidi akan dapat digunakan untuk membantu rakyat dalam cara lain seperti pendidikan, naik taraf insfrastructure, menambahbaik pengangkutan awam, dan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah. (more…)
Filed under National Issues by amuslimhouse.com on November 6, 2010 at 2:03 am
one comment
Tidak dapat dinafikan sejak PRU-12, landskap politik dan sosial Malaysia telah banyak berubah. Perubahan kepimpinan kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dari kerajaan Barisan Nasional telah mencetuskan semangat kepada pembangkang untuk menawan Putrajaya pada PRU yang akan datang. Kegusaran dikalangan intellektual melayu juga kelihatan dan ia timbul kerana parti-parti yang dikatakan mewakili bukan melayu semakin kuat, malah memenangi lebih banyak kerusi di peringkat parlimen. Jadi, dengan pengurangan kerusi wakil rakyat yang diwakili oleh orang melayu, ahli politik dan intellektual bukan melayu merasakan mereka lebih berkuasa dan (more…)
Filed under Islam, National Issues by amuslimhouse.com on March 3, 2010 at 8:47 pm
36 comments

(Picture’s source:here)
Laporan akhbarkosmo hari ini memaparkan laporan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang tidak bersetuju pendidkan seks di ajar sekolah pada waktu sekarang. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, walaupun kesatuan itu menyokong penuh usaha kerajaan untuk menyediakan pendidikan seks di sekolah-sekolah tetapi sesuatu yang menyedihkan ialah guru-guru kurang latihan formal dari segi kerumitan dan sensitiviti subjek itu dan tidak yakin untuk mengajarnya.
Cadangan kerajaan dalam memperbaiki sistem pengajian Malaysia salah satunya adalah untuk memperkenalkan pengajian seks dalam pembelajaran persekolahan. Tindakan ini adalah sejajar dengan keadaan semasa dimana banyak gejala social, pembuangan bayi dan peningkatan kes ibu-ibu muda.Namun,Adakah tindakan ini wajar? (more…)
Filed under English Section, Islam by amuslimhouse.com on February 21, 2010 at 1:09 pm
16 comments
Iqra
That is the first surah that has been revealed by Allah SWT to the Prophet Muhammad.
Surat al-‘Alaq is the 96th sura or chapter of the Qur’an. It is composed of 19 Ayat (verses), and is traditionally believed to have been revealed at Mecca. It is sometimes also known as Surat al-Iqra (Recite).
The first five verses of this sura are believed by nearly all sources, both traditional and modern, to be the first verses of the Qur’an to be revealed to Muhammad.
“Read, in the name of thy Lord who created, man from a clot. Read, for your Lord is most Generous, who teaches by means of the pen, teaches man what they know not,” (al-’Alaq: 1-5)
Muhammad is first commanded: Iqra!. Which the literal translation is “recite” or “read”.
It is no wonder why the first verse that has been revealed to the Prophet is regarding read, since it is source (more…)
Filed under My Life, National Issues by amuslimhouse.com on May 3, 2009 at 12:20 am
5 comments
Suatu pagi, di makmal penyediaan media, unit bacteriologi, jabatan penyakit berjangkit, institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (Institute for Medical Research-IMR)…
Kak Noni: Faizal, Kak Aimy mana?
Faizal: dia masuk lewat kot. Dia call tadi, dia gi klinik, tak sihat kot.
Kak Noni mengambil tempat,duduk di atas kerusi bersebelahan dengan saya. Pada waktu itu, saya sedang menyalin formula untuk CS medium-saboured dextrose incorporated with chloramphenol yang telah saya sediakan sehari sebelum itu ke dalam buku laporan harian.CS medium digunakan for primary isolation and cultivation of moulds and yeast.Selama dua minggu, saya berada di makmal penyediaan media, menyediakan media bagi bacteriology test seperti mycobacterium dan salmonella. Rupanya, ada berbagai-bagai jenis media untuk testing. Seingat saya hanya beberapa media sahaja yang pernah saya dengar sewaktu belajar seperti blood agar, chocolate media dan TSI (Tripe Solid Ion).Minggu depan saya akan berpindah pula ke seriology lab selama seminggu sebelum ke Diognastic lab juga selama seminggu dan seterusnya ke molecular lab sehinggalah ke hari terakhir praktikal.
Bacteriology Unit betul-betul terletak di hadapan Virology Unit. Dengan keadaan dunia yang diserang Influenza A H1N1, nampaknya, Virology Unit tentu sibuk dan bersiap sedia dalam menganalisis mana-mana sample pesakit yang mungkin disyaki dijangkati virus maut itu. Malah kerajaan juga telah menyatakan yang IMR akan menjadi tempat rujukan negara dalam mendepani dan menangani virus ini.
Perbualan diteruskan….
Kak Noni: Faizal, kedah tinggal kat mana ya?
Faizal: Ayer Hitam
Kak Noni:apa?
Faizal: Ayer Hitam, Jerlun
Kak Noni: Jerlun?
Faizal: kenal Mukhriz
Kak Noni: Mukhriz Mahathir?
Faizal: ya, dia wakil rakyat kawasan Jerlun. Kak ni tentu tak minat politik ye?
Kan Noni: kita orang perempuan ni tak suka ambil tahu sangat benda yang melibatkan perbalahan ni. Faizal minat politik ke?
Faizal: Bukan minat tapi ambil tahu.
Kak Noni: Ahh (dengan wajah tersenyum)..budak UIA memang macam tu.
Faizal: UIA wujud pun sebab politik. Membangunnya sebuah negara pun adalah kerana adanya politik. Kerana adanya politik yang stabillah membolehkan sesebuah negara maju dan bergerak ke hadapan.
Kak Noni hanya tersenyum. Dia merupakan bekas pelajar Biomedical Sciences ,UIA Kuantan dan grade tahun lepas . Batchnya merupakan yang pertama mengenakan pakaian konvokesyen baru yang mencetuskan sedikit kontroversi suatu ketika dulu. Dia kini bertindak sebagai RA(Research Assistant) di sini ,atas kontrak selama setahun. Sebenarnya di sini ramai sahaja fresh graduan yang bertindak sebagai RA dan yang paling menghairankan kesemuanya adalah perempuan. Jika adapun lelaki yang sebaya saya hanyalah seorang,itupun pekerja tetap yang berkerja di sini selepas sahaja tamat belajar di Kolej Teknologi Makmal Perubatan dan mempunyai kontrak dengan kerajaan selama tiga tahun. Oleh sebab itulah, saya telah berjaya keluar dari stigma lelaki pemalu yang seringkali dikaitkan dengan saya sejak di sekolah sehinggalah di universiti. Seorang pensyarah Bahasa Inggeris juga pernah melabelkan saya sebagai lelaki pemalu dek kerana perilaku saya saya sentiasa menunduk sewaktu presentation di dalam kelas. Tapi itu hanyalah tanggapan,saya menunduk untuk membolehkan saya membaca nota lantaran saya langsung tidak bersedia untuk presentation.
Kembali kepada soal politik. Concernnya kita tentang politik tidak bermakna yang kita perlu menjadi penyokong mana-mana parti politik , tetapi cukup untuk menunjukkan yang kita mahu keadaan politik yang stabil bukan sahaja untuk kemakmuran dari segi ekonomi tapi juga hal lain seperti memastikan agama Islam berada di asas yang kukuh di sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama islam. Jika orang Islam tidak mempunyai kekuatan politik yang kuat, bila-bila masa sahaja orang bukan islam boleh mempermainkan agama dan undang-undang islam seperti apa yang berlaku sekarang. Jadi ,mengambil tahu tentang politik juga bermakna kita mahu agama kita terus menjadi asas kepada negara.
Kepada mereka yang tidak mahu LANGSUNG mengambil tahu hal politik dek kerana ia penuh dengan dusta, cuba fikirkan jika suatu hari nanti keadaan politik menjadi tidak stabil dan menggugat kehidupan dan masa depan anak dan generasi anda akan datang, adakah anda masih mahu tidak ambil peduli?
Saat di mana keadaan politik tidak stabil meyebabkan anda kehilangan pekerjaan….
Saat dimana agama Islam hanya tinggal nama sebagai agama rasmi negara….
Saat dimana syariat-syariat islam dengan senang lenang dipermainkan dengan sewenang-wenangnya oleh orang bukan islam….
Saat dimana orang islam sendiri seperti tidak sangat sensitive apabila agamanya dipermainkan….
Saat dimana hak orang melayu sudah tidak lagi wujud…..
Sewaktu saya remaja ,saya memang minat politik. Oleh sebab saya tidak tinggal di asrama, ia membolehkan saya terdedah kepada perkembangan semasa terutamanya melalui televisyen. Oleh sebab pada waktu itu Tun Mahathir adalah Perdana Menteri dan saya kagum dengan ucapan-ucapannya yang bermotivasi, jadi saya memang menjadi penyokong kuat kerajaan. Sewaktu pilihanraya, saya sanggup untuk tidur pada jam dua tiga pagi semata-mata mahu mengetahui keputusan penuh pilihanraya yang berlangsung pada siang hari.Apabila parti yang diterajui Tun Mahathir menang, saya bersorak kegembiraan.
Itu dulu, tapi sekarang saya mengambil jalan tengah ,menyokong mana-mana perancangan parti politik yang saya rasa akan dapat memajukan agama, bangsa dan negara. Saya lebih suka menganalisis senario politik dari menjadi anggota mana-mana parti politik.
Keadaan politik sekarang betul-betul menampakkan kecelaruan. Selepas satu pilihanraya, muncul pula satu lagi pilihanraya, seolah-olah ahli-ahli politik kita lebih berminat terhadap kuasa daripada membangunkan negara dan memakmurkan rakyat.
Selepas PRU 12,sudah banyak lawak dan jenaka yang dilakukan oleh ahli-ahli politik kita. Saya sifatkannya sebagai lawak kerana ia terjadi akibat dari sikap ahli politik sendiri yang tidak cekap menguruskan parti sendiri dan mementingkan kuasa lebih dari memberi khidmat kepada masyarakat. Antara lawak-lawak itu ialah ‘lawak 16 september’, ‘lawak perhimpunan agung Parti Merah’, lawak Bukit Lanjan, ‘lawak negeri bijih timah’, ‘lawak Bukit Selambau’ dan yang terbaru ‘lawak Penanti’ yang menanti pilihanraya kecil tidak lama lagi.
Lawaknya 16 september kerana ketua pakatan pembangkang, ‘orang itu’ gagal membentuk kerajaan persekutuan yang dicanangkannya selama ini. Tapi sebaliknya menunda ke tarikh lain yang akhirnya terbukti gagal. Lawak yang dibuatnya hanya membuatkan negara menjadi sedikit kelam kabut, membazir ruang-ruang di akhbar yang terpaksa menyiarkan berita-berita sensasinya dan membazirkan masa sesetengah rakyat yang betul-betul berharap yang ianya akan terjadi.
Lawaknya perhimpunan agung ‘Parti Merah’ adalah kerana orang yang telah terbukti terlibat dengan politik wang atau rasuah diangkat menjadi peneraju salah satu sayap penting parti tersebut oleh wakil-wakil sayap itu.
Lawaknya di Bukit Lanjan kerana wakil rakyat yang gambar ‘panas’nya telah tersebar betul-betul mahu meletak jawatan sebagai wakil rakyat dan exco, tapi malangnya ‘Menteri Besar itu’ menolak permintaan itu , sebaliknya mahu beliau terus berkhidmat. Walaupun itu bukan kesalahan beliau( menyebarkan gambar) tapi dari segi moral, meletak jawapan adalah perlu.
Lawaknya di negeri yang dulu kaya dengan bijih timah adalah kerana kerajaan pimpinan ‘Barisan Biru’ mengambil jalan mudah mentadbir kerajaan negeri setelah dua wakil rakyat ‘Parti Biru Muda’ dan seorang wakil rakyat ‘Parti Roket’ memutuskan untuk keluar parti dan menyokong ‘Barisan Biru’.Apabila tindakan itu dianggap jijik oleh pembangkang, Naib Pengerusi ‘Barisan Biru’ yang pada ketika itu adalah orang nombor dua negara menyoal siapa sebenarnya yang terlebih dahulu memulakan kerajaan seperti ini. Sudah pastilah ianya ‘orang itu’ yang mencanangkan 16 september. Tapi ia bukanlah sesuatu yang bijak untuk kita meniru kesalahan orang lain dan selepas itu meletakkan kesalahan itu kepada orang yang memulakannya. Kesalahan orang lain tidak dapat menjustifikasikan kesalahan sama yang dilakukan oleh anda.
Lawaknya di Bukit Selambau kerana selepas pilihanraya kecilnya baru-baru ini, bekas wakil rakyaknya terus pulang ke malaysia dari India bersama keluarga. Dengan wajah tersenyum(tidak tahu kenapa), dia tiba di lapangan terbang sambil disambut dengan kalungan bunya. Nampaknya dia langsung tidak merasa malu dengan apa yang dia lakukan. Setelah diamanahkan menjadi suara rakyat dikawasannya, beliau bertindak melarikan diri dan kembali semula dengan wajah yang gembira seolah-olah dia langsung tidak merasa bertanggungjawab.
Lawak yang terkini adalah di Penanti yang menanti pilihanraya kecil setelah bekas Timbalan Ketua Menteri termuda dalam sejarah negara, ‘pemuda itu’ meletak jawatan dengan alasan mahu sambung belajar. Tapi semua orang sudah tahu yang ‘pemuda itu’ memang tidak berkebolehan memimpim, pertama kerana usianya dan kedua kerana tidak mempunyai pengalaman. Kebanyakan calon-calon ‘Parti Biru Muda’ yang diketuai ‘orang itu’ sememangnya tidak layak sangat menjadi wakil rakyat. Ia seolah-olah seperti calon tangkap muat tanpa mengambil kira latar belakang dan kebolehan calon-calon dalam memimpin. Kepada ‘orang itu’, lain kali contohilah pimpinan ‘Parti Roket’ yang kebanyakan calon-calonnya terdiri dari golongan professional seperti peguam, doktor dan ahli perniagaan yang kebijaksaan mereka dapat membantu rakyat dikawasan yang diwakili. Juga contohilah ‘Parti Hijau’ yang menjadikan asas agama Islam dalam berpolitik.
Itu hanya sebahagian lawak-lawak politik di negara kita yang dapat saya sebutkan. Antara lawak lain yang wujud ialah lawak Ustaz Ng, lawak penyatuan ‘Parti Hijau’ dan ‘Parti Merah’dan yang terbaru lawak ‘wakil rakyat tahanan’.
Entah apa lagi ya lawak yang akan menyusul selepas ini?
Sama-sama kita nantikan…..
p/s: Gambar pertama diambil disini dan yang kedua disini.
::Faisal
::12:30 am
::Sunday,May 03,2009
Filed under My Life, National Issues by amuslimhouse.com on March 27, 2009 at 11:32 pm
11 comments
1.Sebelum anda membaca ayat-ayat yang seterusnya, lebih baik saya terangkan dulu kepada anda yang saya bukanlah penyokong UMNO. Apa yang saya tulis hanyalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian saya,seorang pelajar yang langsung tidak mempunyai sebarang kelayakan untuk bercakap tentang politik. Tetapi atas niat prihatin dan atas dasar kasih sayangnya terhadap agama , bangsa dan negara, dia menjadikan menulis sebagai satu cara untuk menumpahkan sejuta rasa dari dalam hatinya.
2.Semasa di zaman remaja dulu, saya memang penyokong kuat UMNO. Sokongan itu didasarkan atas kakaguman kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mohamad. Saya bukanlah taksud, atau sebahagian orang yang digelar mahathist , tetapi kagum dengan keupayaan dan kebolehannya memotivasikan sesiapa sahaja yang mendengar ucapannya termasuklah saya.
3.Tun Mahathir bukanlah hebat berpidato seperti DSAI yang boleh saja membakar semangat dan mempengaruhi orang lain,tidak pula membosankan yang membuatkan orang mengantuk apabila mendengar, tetapi setiap kata-kata Tun akan didengar dengan teliti dan orang tidak berganjak dari tempat duduk.
4.Saya masih ingat lagi , ketika satu perhimpunan Agung UMNO, Tun Mahathir bercakap tiga jam tanpa henti. Satu rekod untuk seorang yang sudah berumur 70-an. Walaupun pada perhimpunan Agung UMNO, ucapannya tidaklah sangat berkisar tentang parti itu tetapi lebih kepada cerita tentang orang islam dan melayu. Cerita tentang betapa orang islam perlu kuat dalam pendidikan ekonomi , ketenteraan dan segala-galanya untuk mengembalikan semula kegemilangannya suatu ketika dulu. Untuk memastikan juga umat islam tidak sewenang-wenangnya ditindas seperti yang berlaku di paletine. Kepada orang melayu pula, nasihat yang diberikan adalah jelas.Mereka perlu merubah minda dan sikap. Jangan asyik mengambil jalan mudah untuk berjaya, segalanya perlu diusahakan, jangan nanti kita menjadi kuli di tanah air sendiri.
5.Sebagai seorang yang tinggal di kampung dan tidak sangat terdedah kepada dunia luar, amat sukar untuk saya mencari sesuatu yang betul-betul boleh membuka minda dan memotivasikan diri. Tapi alhamduliah tabiat menonton tv, banyak membuka ruang kepada minda untuk melihat dunia bukan setakat berkisar di pekan kecil Ayer Hitam tapi lebih jauh lagi sehinggalah ke semenanjung Gaza. Setiap kali Tun Mahathir memberikan ucapan, saya pasti akan tercegat di hadapan tv kerana saya yakin setiap apa yang disampaikan pasti akan menyuntik semangat ke dalam diri terutamanya tentang orang melayu.
6.Di kawasan saya rata-rata orang melayu bekerja sebagai petani atau lebih tepat lagi pesawah. Walaupun saya anak pesawah , sudah agak lama saya tidak turun ke bendang. Memalukan bukan..he…he…?.walaupun kebanyakan tanah sawah dipunyai oleh orang –orang melayu, tapi hampir 80%(hanya anggapan saya) kilang-kilang pemprosesan padi di miliki oleh orang-orang cina. Kalau ada pun orang melayu, meraka tidaklah sangat maju, ala-ala seperti hidup segan mati tak mahu. Rata-rata orang melayu lebih suka menjual padi kepada tauke-tauke cina. Malah,perniagaan runcit juga di monopoli oleh orang-orang cina. Orang melayu pula maju dalam perniagaan makanan dan restauran.
7.Untuk pengetahuan anda,saya berasal dari pekan kecil Ayer Hitam dan Daerah
Jerlun.Pada Pilihanraya lepas, Dun Ayer Hitam dimenangi oleh calon pas(saya tak ingat namanya) manakala Parlimen Jerlun dimenangi oleh Datuk Mukhriz Mahathir, anak lelaki Tun Mahathir. Itu pun kemenangan mukhriz adalah dengan majoriti yang agak kecil. Mengikut ibu saya, kebanyakan pengundi yang memangkah beliau adalah kerana mereka teringatkan jasa-jasa Tun Mahathir.
8.Datuk Mukhriz menjadi calon untuk jawatan ketua pemuda UMNO dalam pemilihan yang berlangsung dua hari lepas. Agak malang , beliau tewas. Memang saya sejak dari awal-awal lagi berharap yang beliau akan memenangi jawatan tersebut.Kalau tidak silap saya,Datuk Mukhriz merupakan pengelola Aman Malaysia, Petubuhan Bukan Kerajaan yang banyak menganjurkan activiti-activiti berbentuk keamanan sejagat.
9.UMNO cuba menunjukkan yang ia merupakan parti yang bersih dengan mewujudkan Jawatankuasa Bertindak Disiplin UMNO dalam membenteras gejala politik wang. Ia nampaknya agak berkesan kerana bukan sahaja ikan kecil yang kena tetapi juga ikan-ikan besar yang mempunyai kedudukan tinggi dalam parti. Jika dulu Datuk Isa Samad dikenakan tindakan,yang terbaru Datuk Ali Rustam pula yang hilang kelayakan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Tapi apa yang peliknya, ada juga beberapa ahli yang didapati bersalah tapi hanya diberi amaran. Pelik. Cuba bayangkan, seorang didapati bersalah di makhamah, tapi akhirnya hanya di beri amaran tanpa perlu menjalani hukuman. Pelik bukan?
10.Akhirnya,seorang ahli UMNO yang didapai bersalah dan hanya diberi amaran berjaya mengepalai salah satu sayap penting dalam UMNO. Ia agak memalukan. Selepas saja dia diumumkan menang, ramai ahli UMNO yang bertempik menentang kerana kemenangannya itu tidak menggambarkan sokongan dari akar umbi.
11.Tun Mahathir tidak hadir pada pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana kesal dengan tindakan perwakilan salah satu sayap UMNO yang seolah-olah merestui politik wang dengan memilih orang yang sudah didapati bersalah menjadi pemimpin. Ramalan beliau, jika Datuk Najib memilih pemimpin itu sebagai menteri kabinet kelak, pasti pada PRU 13, BN akan kalah teruk. UMNO akan dilihat jijik dimata rakyat, kerana mempunyai pemimpin yang pernah terlibat dengan rasuah politik.
12.Novelis terkenal,Faisal tehrani(bukan Faisal Khamis ya ) menyifatkan kemenangan calon politik wang tersebut sebagai suatu yang bagus. Tidak seperti Datuk Mukhriz yang menyokong, pemimpin tersebut menolak PPSMI, sekaligus mendapat sokongan dari orang-orang yang digelar pejuang bahasa. Tapi soalnya, adakah semua orang yang berdemontrasi beberapa minggu lepas mendesak PPSMI dimansuhkan akan menyokong pemimpin ini hanya kerana sehaluan dalam isu PPSMI ini?. Mungkin tidak. Politik tetap politik, orang politik akan mencari apa saja cara untuk menjatuhkan ahli politik yang lain.
13.Moga-moga segalanya akan kembali baik di masa hadapan.
14.Itu saja dari saya kali ini.Terima kasih kerana membaca, moga-moga anda sihat sentiasa. Kepada yang akan menghadapi peperiksaan, moga-moga DIA mempermudahkan segalanya. Insya-Allah. Berusahalah, walaupun pada akhirnya anda tidak berjaya, tapi paling tidak ia mendidik anda menjadi lebih rajin. Di masa hadapan anda akan terbawa-bawa dengan sikap itu dan insya-Allah, kelak anda akan berjaya (Nasihat ini ditujukan pertamanya kepada saya).
::Written by Faisal, Yang Meluahkan Seribu Rasa dari Jiwa
::11:30 p.m
::Friday,March 09, 2009
Filed under National Issues by amuslimhouse.com on February 9, 2009 at 1:07 pm
6 comments
As Salaamu‘alaykum and peace to all,
Saya sebolehnya tidak mahu bercakap tentang politik, tetapi memandang betapa geram , marah dan kesalnya terhadap apa suasana politik yang berlaku di Perak, saya gagahkan juga menaip bait-bait ayat ini. Bercakap tentang politik Malaysia kadang betul-betul memeningkan kepala memandang pertelingkahan adalah sesama umat islam ,tidak seperti politik antarabangsa , isu Palestine Israel yang jelas melibatkan umat islam dan kafir, dan dengan mudahnya kita akan terus menyokong rakyat Palestine. Tetapi , dalam hal politik Malaysia ni, sebagai seorang yang tidak memihak mana- mana parti politik , agak sukar untuk mengjangkakan siapa sebenarnya di pihak yang benar.
Saya bukanlah pemimpin pelajar, bukan juga ahli mana2 pertubuhan politik dan barangkali penampilan saya juga tidak menunjukkan yang saya seorang yng berkepimpinan, tetapi politik bukanlah sesuatu yang baru. Jika orang lain mula memnunjukkan minat semasa di universiti, minat saya terhadap politik sudah bermula sejak di sekolah menengah lagi.Dan saya rasa selama saya mengenal politik ni, inilah kali pertama di mana selepas hampir setahun pilihanraya, isu politik masih lagi menjadi topik hangat di dada-dada akhbar.Hari demi hari, kenyataan, spekulasi baru dikeluarkan. Nampaknya ahli-ahli politik kita lebih berminat tentang kuasa daripada kebajikan rakyat dalam keadaan ekonomi yang a semakin merudum .
Isu Melompat
Disini saya paparkan artikel dari ustaz zaharuddin(www.zaharuddin.net) tentang lompat
Ini isu pertama yang patut kita fikirkan. Isu ini sangat hangat diperkatakan sejak dimulakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjelang 16 September 2008, dan kemudiannya 24 Sept 2008 dan terus tertangguh.
Reaksi rakyat adalah pelbagai menjelang 16 September 2008 yang lalu, ada yang : –
• mencela ‘lompat’ sebagai keji, tidak bermoral dan khianati pengundi
• tidak bersetuju tetapi tidak begitu membantah,
• ada yang tidak bersetuju tetapi menyerahkan kepada keadaan
• ada yang bersetuju, tetapi kurang selesa,
• ada yang sangat setuju,
• ada yang masih konfius dan mengikut keputusan pimpinan masing-masing tanpa berfikir
• dan macam-macam kelompok lagi.
Apa sebenarnya pendirian anda dan mengapa anda berpendirian begitu?
Kebiasaannya, pihak yang mendapat manfaat beserta penyokongnya akan bersetuju dan mempertahankannya. Namun demikian tidak dinafikan ada sebahagian penyokong dan pendokongnya yang termasuk dalam salah satu kelompok di atas tadi.
Pihak yang akan menerima kesan negatif pula kebiasaannya akan menentang habis-habisan. Namun ada juga penyokong dan pendokongnya dari kelompok di atas juga.
Sebelum kita berbincang lagi berkenaan pendirian wajar atau tidak. Ditaqdirkan Allah swt, tarikh 16 dan 24 September 2008 menemui kegagalan secara fizikalnya, namun justifikasi segera pemimpin PR mengatakan mereka tidak gagal malah berjaya iaitu menembus minda rakyat untuk terbayang kerajaan persekutuan boleh berpindah tangan. Tidak mustahil atau paling kurang memberikan sedikit ‘feel’. Sama ada justifikasi ini rasional, bertaraf tadika atau bertaraf dunia, terpulang kepada anda semua untuk menentukan. Ia bukan tujuan artikel ini ditulis.
Apa yang berlaku tiba-tiba adalah pada awal bulan Februari 2009, beberapa orang ADUN Pakatan Rakyat Negeri Perak pula melompat parti sehingga membawa kekecohan yang masih panas hingga ke hari ini.
Majoriti kelompok pendokong dan penyokong Pakatan Rakat tentunya berang bukan main, dan seribu satu macam hujah dan rasional dihamburkan bagi mengecam tindakan keempat-empat ADUN terbabit [ 3 PR + 1 UMNO (PKR) ]
Hasil pembacaan saya di pelbagai media di internet termasuk pendapat perseorangan dari kem Pakatan Rakyat dan Kem BN, mendapati empat perkara kerap dan menarik iaitu:
1)Double Standard ; Pimpinan PR mengamalkan sikap ‘double standard’ ; kerana bila dahulu dikempen dan diusahakan lompatan 16 September 08, dipersetujui mereka, namun bila berlaku di Perak, mereka kutuk dan kecam. Bermakna, lompat masuk PR adalah terpuji, tetapi lompat masuk BN adalah celaka dan khianat. Adakah wajar ?
2)Strategi makan tuan ; strategi menubuhkan kerajaan hasil ‘lompatan’ YB yang dipopularkan oleh DSAI dikatakan makan tuan apabila isu di Perak berlaku.
3)Mandat pilihan patut diberikan semula kepada rakyat : iaitu bubar DUN dan pilihanraya semula di negeri Perak. Secara asasnya saya setuju dengan cadangan ini tetapi artikel ini hanya akan menyentuh sedikit sahaja berkenaan perkara ini.
4)Isu perlembagaan; Isu lompat bukan yang paling utama, tetapi isu utama adalah MB Perak tidak dijatuhkan melalui saluran undang-undang yang sah menurut perlembagaan. Sultan tiada kuasa eksekutif memecat Menteri Besar tetapi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah tempatnya melalui undi tidak percaya. Isu ini juga tidak saya tumpukan dalam artikel ini. Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan :
The Constitution is the highest law of the land. It is the foundation and source of legal authority, and the Rulers are sworn to protect and uphold it. According to the Constitution, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin is Menteri Besar until he resigns of his own accord, or is removed by a vote of no-confidence in a formal sitting of the assembly. The Constitution makes no provision for his removal by any other means, including by petitions or instructions from any other authority. (sumber )
Lompat yang dibenarkan
Dibenarkan dalam beberapa keadaan antaranya :-
•Untuk Kebaikan Rakyat : Melompat kerana kepentingan dan kebaikan rakyat, bukan hasil kerakusan mengaut imbuhan untuk diri atau menyelamatkan diri dari tuduhan rasuah atau dakwaan kejahatan yang dilakukan oleh diri sendiri. Lalu kerusi wakil rakyat digadaikan.
•Membawa kepada taat Allah ; Jika menurut fakta, statistik dan pengalaman umum yang jelas bahawa sesebuah gabungan parti itu lebih membawa kepada pelbagai maksiat dan ketidakadilan manakala parti yang lain lagi membawa kepada lebih ketaaatan kepada Allah, lebih kebaikan dan kesaksamaan, maka ‘lompat’ boleh menjadi HARUS malah mungkin ada ketikanya ia adalah sunat atau wajib.
•Mengurangkan mudarat ; Jika kedua-dua parti adalah tidak baik, namun demikian satu darinya kurang mudarat dan tidak baiknya. Maka boleh malah wajar untuk lompat kepada yang kurang membawa mudarat untuk diri dan rakyatnya.
•Tiada potensi mudarat lebih besar ; Telah ditinjau potensi bantahan rakyat tidak akan membawa mudarat yang lebih besar. Jika telah dikenalpasti rakyat terdiri dari mereka yang ganas dan boleh mencetus mudarat lebih besar akibat lompat. Maka lompatan wajar dijauhi.
•Pilihanraya korup sepenuhnya atau sebahagian besarnya ; tatkala itu usaha mengajak lompat dibenarkan jika tiada cara untuk menang dalam pilihanraya biasa kerana korupsi amat dahsyat dan rasuah bermahajalela menyebabkan pilihanraya tidak adil sama sekali.
•Pilihanraya dipelopori majoriti pengundi tidak baik ; Melompat dan mengajaknya dibenarkan apabila rakyat dikenalpasti majoriti terdiri dari orang yang sangat cenderung kepada kejahatan dan pastinya akan sentiasa memilih yang tidak baik sebagai wakil mereka. Justeru, bagi menyelamatkan Negara dan kebaikan rakyat sebegini, jemputan dan mengajak lompat adalah dibenarkan.
Malunya melayu

Sebagai seorang melayu , saya tersangat rasa malu dengan sikap orng2 melayu yang telibat dalam 2,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR) bagi menghalang majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak ke-11 Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang berlangsung di Istana Iskandariah pada jumaat lalu.Yang lebih memalukan adalah tindakan penyokong yang menahan Kereta yang membawa Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah selain tururt membaling dengan objek dan cuba dihalang oleh beberapa lelaki yang berbaring di atas jalan.Tindakan sebegini sewajarnya dielakkan memandang ianya tidak selari dengan ajaran islam memandangkan hampir kesemua perusuh adalah orng melayu yang beragama islam. Bukan sahaja imej orng melayu tercalar malah sikap yang selalu dilihat di Negara barat2 ini turut memcalitkan imej buruk tentang islam itu sendiri yg sudah pun buruk di mata orng2 bukan islam.
Sultan dihina

Tindakan Pengerusi DAP, Karpal yang akan menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah jelas menunjukkan yang beliau langsung tidak menghormati institusi raja yang telah wujud sejak sekian lama. Tindakan beliau biadab, sombong dan angkuh menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dengan menggugut baginda untuk dibawa ke muka pengadilan benar-benar menimbulkan kemarahan rakyat.Barangkali beliau berlagak memandang beliau seorang peguam yang sudah lama dan amat memahami selok belok undang-undang. Tapi harus diingat orang melayu agak sensetif dan sekali mereka bertindak , buruk padahnya.Sarang tebuan jangan dijolok, ornag melayu belum lagi menunjukkan apa yg boleh mereka lakukan.Kepada Karpal sigh, berhati dengan kata2 kamu, jangan sampai terguris lagi perasaan orng melayu.
Perak bukan Gaza
Saya agak terkejut apabila membaca beberapa blog yang menyamakan kerajaan BN perak sekarang ni seperti Israel yang merampas tanah penduduk Palestine. Mana mungkin anda boleh samakan Israel yng memang sah kafir dengan kerajan BN yg sedaura seislam. Tak kan lah hanyalah kerana masalah poltikakn, sanggup menyamakan orng islam lain yg mengucap syahadah,bersolat 5 waktu dan melakukan amalan2 islam yg lain dengan sikap Israel yang tidak berperikemanusian tu. Perak bukannya gaza, BN bukannya Israel dan penyokong PR bukannya rakyat Palestine yg berjuang menentang kezaliman orng2 kafir yahudi.
P/s: saya bukanlah penyokog mana2 parti politik , Cuma seorng muslim yang sayangkan agama, bangsa dan Negara saya. Proud to be 3M( Muslim, Malay and Malaysian)
::Written by Faisal
::11:32 p.m
::Monday,February 09, 2009
Filed under National Issues by amuslimhouse.com on January 18, 2009 at 10:18 pm
2 comments
As Salaamu‘alaykum and peace to all,
Nampaknya Barisan Nasional kalah lagi pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang berlangsung semalam kepada pembangkang,PAS.Setelah kalah di Permatang Pauh beberapa bulan lalu, kekalahan kali ini barangkali adalah kesinambungan Tsunami Politik yang melanda negara sejak PRU 12 tahun lepas.Sebenarnya sejak PRU 12, saya sudah tidak sangat ambil tahu tentang politik malaysia,rasa malas dan menyampah dengan perangai sesetengah ahli-ahli politik Malaysia yang suka menuduh antara satu sama lain.Dan entri kali ini adalah yang pertama berkaitan dengan politik tanah air.
Petikan Akhbar:
KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) menerima kekalahan calonnya pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan hati terbuka kerana menghormati pilihan rakyat selaras dengan sistem demokrasi di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai sebuah parti yang percaya kepada prinsip demokrasi, BN akur dengan keputusan itu kerana “suara rakyat adalah suara keramat”. “Ini bukan bererti kita akan hentikan iltizam dan semangat BN untuk terus memberi khidmat kepada rakyat. Kita akan terus berkhidmat berlipat kali ganda untuk rakyat,” katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar Terengganu di Seri Iman di sini, malam tadi
Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said; Setiausaha Agung Umno dan BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 2,631 undi apabila memperoleh 32,883 undi.
Wan Ahmad Farid pula meraih 30,252 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan.
Najib berkata, BN akan melaksanakan setiap perkara yang perlu dilakukan bagi menyusun semula imej parti dan apa jua dasar supaya dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada parti itu.
“Saya masih amat yakin bahawa kesudahannya rakyat yakin BN tetap parti terbaik untuk memimpin negara kita,” katanya.
Mengenai majoriti lebih besar yang diperoleh calon PAS itu, Najib berkata, BN tidak boleh membuat kesimpulan terhadap perkara itu walaupun ia memberikan tamparan terhadap Umno dan BN.
“Ini pilihan raya kecil…banyak faktor yang boleh tentukan keputusan dan faktor tempatan tidak boleh dibaca sebagai pertimbangan politik peringkat nasional,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri berkata, BN memandang serius keputusan itu dan akan mengkaji secara mendalam hala tuju Umno dan BN.
Beliau bagaimanapun berkata, terlalu awal untuk menentukan punca kekalahan namun sepertimana biasa BN akan melakukan kajian terperinci.
Ditanya sama ada keputusan itu bermakna rakyat menolak BN, beliau berkata: “Ini hanya pilihan raya kecil. Semestinya ia satu tamparan kepada kita (BN) tetapi kita akan terus berkhidmat kepada rakyat dan tidak akan tawar hati dengan keputusan ini.
“Kita akan meneruskan komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat dengan lebih baik lagi dan membangunkan dan memajukan lagi negara sehingga mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi, insya-Allah,” katanya.
Beliau berkata kekalahan itu tidak akan dibincangkan secara khusus pada Konvensyen BN akan datang kerana konvensyen itu bertujuan menentukan masa depan BN secara keseluruhan.
Najib juga menolak andaian bahawa rakyat kini tidak lagi mahukan BN selepas kekalahan kedua parti itu pada pilihan raya kecil selepas di Permatang Pauh pada Ogos tahun lepas.
“Kita pernah kalah dulu (Permatang Pauh) tetapi kita akan sifatkan ini sebagai satu pengajaran yang harus kita timba hikmah dari kekalahan ini (di Kuala Terengganu) untuk kita mengorak langkah ke hadapan dengan lebih positif lagi,” katanya.
Selain itu, Timbalan Perdana Menteri juga merasakan kekalahan itu tidak akan memberi kesan kepada prestasi BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
“Ia satu tamparan, tetapi hakikatnya ialah BN masih berkuasa di Terengganu,” katanya.
Ditanya mengenai masa depan Wan Ahmad Farid, Najib berkata BN akan menentukan masa depan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu itu selepas ini. BERNAMA
::Written by Faisal
::10:25 p.m
::Sunday,January 18, 2009
Filed under National Issues by amuslimhouse.com on June 11, 2008 at 6:01 pm
no comments
Prudent… Itulah perkataan yang selalu didengari dalam rancangan debat Bersama Media yang disiarkan dalam RTM satu semalam.
Dengan tajuk Penstrukturan Subsidi Minyak, debat itu dihangatkan dengan kehadiran Menteri Perdagangan, Datuk Shahril Samad dan Ketua Pemuda PAS, Salehudin Ayub serta Hanifah Ali, Agendadaily.com dan saudara Mustawar selaku penganalisis Bebas serta moderator. Perkataan Prudent membawa maksud berhati-hati,Bijaksana manakala mengikut Kamus Cambridge Advanced Learner’s Dictionary, ia membawa maksud avoiding risks and uncertainties and carefully. Perkataan ini selalu dikeluarkan oleh Salehudin Ayub merujuk kepada pentadbiran kerajaan yang dikatakan tidak telus. Debat semalam pada saya tidaklah sangat menjawab beberapa persoalan yang penting. Datuk Shahril Samad banyak menceritakan tentang mengapa perlu harga minyak dinaikan, perbezaan diantara pendapatan dan keuntungan Petronas, ketidakbolehan kerajaan menanggung subsidi yang banyak manakala Salehudin Ayub lebih banyak menerangkan bahawa kerajan perlu berhebah , berbincang dengan pihak lain bagaimana untuk mengurang beban rakyat dan kerajan perlu mengelak gejala tidak baik yang mungkin berlaku dalam pengurusan kewangan Petronas
Seperti tajuknya , debat semalam berkisar dengan kenaikan harga minyak yang terlalu tinggi. Dalam keadaan kenaikan beras yang agak tinggi,menaikan harga minyak pada kadar yang tinggi bukan sesuatu yang bijak. Kalaulah , pilihanraya diadakan dalam jangka masa terdekat ini, saya yakin kerajaan sekarang akan kalah kerana kemarahan rakyat. Oleh sebab minyak merupakan bahan bakar utama, maka kenaikannya turut melibatkan kenaikan harga komuniti yang lain seperti sayur, ikan,tambang bas dan sebagainya.
Pada mula saya mendengar tentang kenaikan harga pertrol sebanyak 78 sen menjadi RM 2.70 selitar dan harga diesel sebanyak RM 1.00 menjadi RM 2.58, hati saya agak marah dan terbakar. Walaupun saya bukanlah penunggang motasikal, sebagai rakyat Malaysia , keputusan kerajan itu bakal menjejaskan hidup rakyat terutamanya di kawasan luar Bandar. Pertamanya, Sebelum ini kerajaan telah berjanji , harga minyak hanya akan naik pada bulan Ogos. Kenaikan serta –merta ini boleh disifatkan suatu penipuan atau memungkiri janji. Keduanya, jika penduduk Malaysia di Bandar merasakan kenaikan itu sebagai suatu beban, apatah lagi penduduk di Luar Bandar. Antara orang-orang tersebut ialah ibu saya. Setiap hari ibu akan menghantar dua orang adik saya ke sekolah pagi dan petang. Secara purata, ibu saya akan berulang-alik menghantar dan mengambil mereka empat mereka empat kali sehari. Dalam keadaan harga lama, ibu saya pernah merungut minyak yang diisi dengan harga RM 3.00 hanyalah bertahan untuk tiga hari sahaja , maka dengan kenaikan petrol sebanyak 41% ini, ia mungkin hanya bertahan untuk satu setengah hari sahaja dengan wang yang sama. Ini tentulah membebankan ibu saya yang salama ini pun memang sudah terbeban dengan berbagai masalah.
Apa pun yang terjadi , saya merasakan yang rakyat Malaysia perlu faham dengan keadaan sekarang. Mungkin benar terdapat ketidatelusan dalam pentadbiran sekarang, namun pengurangan subsidi minyak adalalah perlu supaya kerajaan boleh menumpukan penmbangunan dalam sektor lain. Kita sudah lama diberikan subsidi minyak yang banyak sehinggakan kita menganggapnya sebagai satu keperluan. Satu perkara yang menarik tentang isu ini ialah kerajaan menyatakan mereka tidak menaikan harga minyak,Cuma mereka mengurangkan jumlah subsidi yang diberikan kepada 30 sen seliter. Kenyataan ini Nampak seolah-olah mahu menyedapkan hati hati rakyat, tetapi itulah faktanya. Seperti kata Datuk Shahril Samad, keputusan kerajaan bukanlah popular tetapi terpaksa dilakukan demi pembangunan negara. Kalau difikirkan secara logik,mengapa perlu kerajaan melakukan keputusan yang tidak polular ini selepas hanya menang dengan majoriti mudah dalm piliharaya yang lepas.Kalau diikutkan, kerajaan perlu mengurangkan harga minyak untuk menarik kembali keyakinan rakyat terhadap kerajaan, namun itu tidak berlaku.
Namun , jika kita membuat pembandingan dengan Negara-negara lain , di dunia, Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.
Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat.
Saya ingin memetik beberapa komen dari pembaca blog Tun Mahathir, www.chedet.com yang saya sifatkan agak lucu
Corpetro said…
saya yg paling terkena bila minyak naik ni….ini disebabkan saya berulang alik dari cyberjaya ke melaka. Skrang ni pun belanja minyak + tol saya pi keje rm 1000 sebulan….itu minyak harga rm1.92 je….aku rasa klu dengan rate skrang ni rm 2.70 mau kat rm 1500 untuk minyak kereta je!!!! kerajaan bg subsidi rm625 setahun tu cuma belanja minyak saya setengah bulan.
isteri saya pun x sanggup tgk saya sakit poket ujung bulan, malam tadi beliau buat keputusan untuk berenti belajar. dan kami akan pindah balik ke Seri Kembangan ujung bulan ni. Satu keputusan yg amat menyedihkan, tapi kami terpaksa menerimanya. Nak duduk asrama, anak saya nak letak mana pula…tak terjaga. Satu keluarga menangis mlm tadi. isteri nangis sebab dia kena berenti belajar, saya nangis sebab terharu dengan keputusan isteri, anak aku nangis sebab tgk mak ayah dia nangis…terima kasih kerajaan malaysia….
Untuk keluarga yg One Man income mcm saya ni, sure banyak effek…
Tariff elekrik pun akan naik tidak lama lagi, berikutan diesel naik rm 1…..ahhh…malas nak pk apa lagi yg akan naik….
anjelina said…
TAHNIAH..TAHNIAH..TAHNIAH! kapada Yang Berbahagia Selalu Si Perdana Menteri yang dikasihi, kerana berjaya memeranjatkan dan menyatukan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama untuk bersama-sama dan berbondong-bondong berbaris ke stesen-stesen minyak berhampiran untuk mengisi minyak kenderaan mereka sebelum kadar baru dikenakan. Namun, ini hanya dapat bertahan untuk dua atau tiga hari saja kemudian barulah rakyat akan merasai keadaan sebenar kemaikan harga minyak ini!
Ucapan jutaan terima kasih jua dipanjatkan kepada menteri-menteri dan pakar-pakar ekonomi yang bersama-sama Yang Berbahagia Selalu Si Perdana Menteri untuk membuat keputusan yang tidak popular ini dengan mengenepikan option-option lain yang ada demi menambahkan kesengsaraan rakyat dengan meletakkan beban untuk dipikul oleh rakyat jelata atas dasar rakyatlah yang telah menyokong mereka untuk memerintah.
SYABAS kepada rakyat!
Recent Comments