Sedih, Air Mataku Mengalir

“(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “Inna lillahi wa inna ilahi rajiun” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali). Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhan-Nya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”(al-Baqarah: 156-157).

Air mata saya tiba-tiba mengalir bila membaca status rakan diFacebook tentang kematian seorang ulama besar yang sangat saya kagumi dan hormati, Dr. Uthman El-Muhammady. Dia menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di ISTAC, Taman Duta petang tadi. Rasa sebak didada kerana sejak beberapa tahun yang lepas saya sering berharap agar dapat berjumpa dengannya kerana ketinggian ilmu dan budi yang dimilikinya. Apakan daya, Allah telah menjemputnya kembali. Setelah perginya Ulama Syria, Sa’id Ramadhan Al-Buthi kini seorang lagi ulama (more…)

Former Dutch politician converts to Islam

Alhamdullilah, a former member of the anti-Islamist Dutch politician Geert Wilders’ party and personal friend of his, has declared his conversion to Islam. Till the end of 2011, Arnoud van Doorn was a member of the fiery, far-right, anti-Islam, anti-immigration Partij voor de Vrijheid (PVV) Dutch party. Geert Wilder is well-known for his anti-Islam campaign which include the released the short film, Fitna in 2008 that has been subject of an international controversy.


On February 27, 2013, Arnoud posted a tweet in Arabic declaring his Shahadah (Testimony of Faith): Ashhadu an-la ilaha illallah, wa ashhadu anna Muhammadan abduhu wa rasuluhu (I bear witness that there is no deity but Allah and I bear witness that Muhammad is His servant and messenger).

In his question and answer interview with AlJazeera, he said the decision to convert to Islam been made after deep study on this religion out of his own curiosity. He finally find his true path and keen to keep in this religion amid of the resistance that he might face from certain government institution.

Arnoud Van Doorn: Questions and answers for AlJazeera interview in English

https://twitter.com/ArnoudvDoorn/status/308880674289500160/photo/1

We pray Allah to give him strength and guide him and all Muslim in straight path. Ameen.

Photo: Google.

Hidup – Padu dan Longlai

Hidup,
Bagai air yang mengalir,
Mahu atau tidak, harus bergerak menyusuri sungai,
Biar dihalang kayu merentas sungai,
Mahupun batu sebesar pelukan,
Akan ia cari jalan untuk sampai ke muara.

Hidup juga perlu begitu,
Padu menuju,
Bukan longlai,
Menyusuri hidup penuh halangan,

Bukankah Tuhan telah berfirman,
Dalam al-Quran suruh Al-Ankabut(2),
Adakah kalian fikir sudah beriman,
Sedangkan belum diberi ujian.

Wahai teman,
Kuatkan diri,
Tabahkan hati.

Foto:Google.

Hijrah Pierre Andre

Tidak ada apa yang mampu diucapkan melainkan alhamdulilah, apabila mengetahui yang pengarah dan pelakon terkenal Pierre Andre sudah memulakan penghijrahan sejak 5 bulan yang lalu dengan menyertai kumpulan tabligh. Seperti katanya selama ini dia menganggap kejayaan dalam bidang perfileman adalah segala-galanya. Namun akhirnya dia menyedari yang hidupnya kosong dan mula mencari erti kehidupan. Memang itulah fitrah manusia. Berapa ramai insan-insan sama ada yang terkenal mahupun manusia biasa yang merasakan hidup mereka kosong dan pencarian mereka untuk mengisi kekosongan itu berakhir dengan Islam.

Tabligh seringkali dipandang negatif oleh masyarakat. Namun hakikatnya, jika anda pernah berkawan atau mempunyai rakan-rakan yang terlibat dalam tabligh, anda akan maklum yang kebanyakan mereka adalah baik, tidak melengahkan solat, beradab, menjaga tingkah dan percakapan dan ada juga yang menjadi cemerlang dalam pelajaran setelah menyertai tabligh dan merubah hidup mereka.

Diharapkan dengan penghijrahan Pierre Andre, dia mampu menghasilkan filem dan drama yang berlandaskan islam dan mempunyai nilai-nilai baik. Dengan kata lain, menggunakan filem dan drama sebagai medium dakwah dalam membentuk masyarakat yang beriman dan dekat kepada penciptaNya.

Keratan Kosmo
************************************************************************
UCAPAN Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. Bermacam persoalan dan andaian juga dibuat. Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.

“Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah,” katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.

Jumaat lalu, Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih empat juta penonton dengan kalimah ‘Bismillah.’
“Anugerah paling hebat ialah kalimah ‘Lailahaillallah,’ jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad,” ucap Pierre dalam majlis itu.

Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin disampaikannya, kata Pierre:
“Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya,” katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.

Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan dengan mengikuti kumpulan tabligh.
“Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya ‘kosong.’ Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.
“Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya,” katanya menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.

Berikut sedikit perbualan Sensasi Bintang bersama Pierre.
Mendalami agama itu banyak jalannya, kenapa pilih tabligh?
Orang selalu salah faham terhadap tabligh, tak kurang juga yang menuding jari masuk tabligh sebagai ikut ajaran sesat. Kita kena ingat, tabligh itu sifat Rasulullah. Rasulullah berdakwah selama bertahun-tahun sebelum turunnya hukum bersolat, puasa dan menunaikan zakat.

Bagaimana pula dengan kerja-kerja seni anda. Dunia hiburan sendiri dilihat lebih banyak mendedahkan seseorang itu ke jalan negatif?
Mulanya saya fikir begitu, tapi sahabat saya larang. Saya masih boleh berdakwah dalam bidang filem tapi kena lebih berhati-hati dalam bab agama. Paling utama kena masukkan unsur dakwah. Sekarang saya tiada karya terbaharu selain filem-filem yang telah dibikin sebelum saya berhijrah, jadi, jangan nilai siapa saya ketika dahulu, tapi nilai siapa saya ketika ini.

Mungkin ada perkembangan terbaharu yang lain?
Sekarang saya terlibat dengan projek filem pendek bersama kawan-kawan, selebihnya (saya) buat kerja-kerja penulisan. Saya mahu siapkan novel pertama, mungkin judulnya berbunyi Perjalanan Ke Darul Salam. Ia tentang penghijrahan seorang lelaki yang selama ini hidupnya kosong.

Adakah itu kisah sebenar yang berlaku kepada diri sendiri?
Tidak juga. Itu pemerhatian yang saya lihat selama ini.

Bagaimana amalan agama anda sebelum ini?
Selama ini pun saya percaya kepada Allah, tapi tahap keyakinan itu tidak seperti sekarang. Dahulu, saya Islam kerana dilahirkan sebagai orang Islam, sekarang saya Islam kerana kefahaman dan keyakinan saya terhadap agama Allah ini.

Ada sebarang sasaran?
Saya berminat mahu jadi pendakwah. Sebenarnya saya ada azam. Jika selama ini saya keluar selama beberapa hari sahaja, selepas ini saya mahu keluar rumah selama 40 hari pula. Kalau diizinkan Allah mungkin boleh sampai empat bulan dan kalau ada kekuatan mungkin dipanjangkan lagi selama setahun dan bukan hanya di Malaysia sahaja.

Apa rancangan Pierre dalam tabligh?
Nikah itu sebahagian daripada iman, saya juga mahu ke arah itu. Bagi saya, pengisian tabligh tidak boleh dilihat secara luaran sahaja, lihat juga dalaman. Ibaratnya, kalau hendak tinggalkan keluarga selama empat hari, bekalan yang ditinggalkan juga harus cukup untuk empat hari.

Apa kata kedua ibu bapa anda setakat ini?
Mummy (Khatijah Tan) sangat menyokong keputusan saya, ayah juga begitu sebab saya bukan buat perkara tidak baik, sebaliknya saya belajar dan mahu mengenal agama. Sejak sertai tabligh juga rezeki saya bertambah.

P/s: Walaupun saya mempunyai beberapa rakan-rakan yang terlibat dalam gerakan tabligh dan seringkali diajak keluar, belum pernah sekali pun saya ikut serta. Bila fikir kembali, malunya saya kepada Pierre Andre.

Riak Dalam Beribadat

Terkesan bila baca tulisan seorang ustaz dalam sebuah kolumn majalah baru-baru ini. Topiknya riak dalam beribadat. Bila difikirkan-fikirkan kembali memang dalam tidak sedar kita barangkali termasuk dalam kelompok yang dimaksudkan.

Astagfiruallahalzim…
Moga-moga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang lalu dan ikhlaskan ibadat kita untukNya. Tiadalah apa-apa kita tanpa keampunan dan rahmat dariNya.

Riak adalah penyakit hati yang mudah menyerang setiap insan disebabkan jiwa manusia cenderung kepada menerima pujian dan kedudukan tinggi dimata orang lain. Sifat riak jika tidak disedari boleh mencemarkan ibadat seseorang kerana ibadat yang dilakukan bukanlah kerana Allah SWT tetapi ingin mendapat pujian atau dilihat baik dimata orang lain.

Riak dalam beribadat membawa maksud memperlihatkan atau melakukan ibadat bukan kerana Allah SWT tetapi lebih kepada mahu menunjuk-nunjuk kepada orang lain dengan tujuan untuk mendapat perhatian atau pujian dari orang tersebut atas amalan yang kita lakukan. Riak dalam ibadat ternyata terpesong dari tujuan asal iaitu untuk beribadat kepada Allah SWT.

Riak ialah syirik kecil, seperti sabda Rasulluh SAW yang bermaksud:

“ Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashgar(syirik kecil). Sahabat bertanya: “ Apakah sirik kecil itu? Baginda menjawab: Riyak (Hadis Riwayat Imam Ahmad).

Riak dalam beribadat boleh terjadi dalam beberapa keadaan seperti;
1.Seorang pemuda pergi ke Masjid dengan niat mahu dilihat baik oleh wanita.
2.Apabila seseorang menjadi imam solat, bacaan dipanjangkan dan dilagukan supaya menarik perhatian orang lain. Ini berbeza apabila dia solat bersendirian.
3.Seeorang yang memakai jubah dan serban bertujuan untuk dilihat sebagai alim dan kuat beribadat.

Ketahuilah untuk ibadat seseorang diterima Allah harus memenuhi dua syarat iaitu niat ikhlas semata-mata kerana Allah dan dilakukan sesuai dengan tuntutan syariat(mengikut sunah Nabi).

Di akhirat nanti, seseroang yang melakukan ibadat semata-mata hanya ingin dilihat dan didengar oleh manusia, maka pada hari kiamat dia akan dibalas iaitu dengan cara memperkenalkan, membongkar dan menampakkan apa yang dia sembunyikan disebalik amalannya, seperti hadis Nabi dibawah:

” Siapa beramal kerana sumah(ingin didengari manusia) Allah akan membalasnya dengan diperdengarkan kejelikannya. Siapa berbuat riyak, maka Allah akan menampakkan sifat riaknya itu(di depan makhluk).” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Jika seseroang yang pada asalnya berniat mengerjakan ibadat ikhlas kerana Allah dan jika perasaan riyak itu datang secara tiba-tiba, dia hendaklah segera menepis dan menghilangkkannya. Keadaan itu tidak akan menyebabkan amalannya ditolak Allah.

Wallahualam.

P/s: Diambil dan diedit dari tulisan Ustaz Kazim dalam majalah IMAN.

Innocent of Muslims and 1 Billion Salawat Day

Currently there is this issue about a video on Youtube that mocks Islam and Prophet Muhammad PBUH, and people are protesting all around the world. I have seen some of the video,and it’s totally hurt me to see our beloved Prophet being insult in that such way. The fact that, since the time of Prophet Muhammad, there will always be people who will hate Islam, and there will always be those brave enough to show their hatred to the world. The main thing is, how we (muslim) want to react to this issue, to the people who bravely insult our prophet in the name of freedom of speech. Is it the way of reach to this issue is in line Prophet Muhammad’s teaching.

Then a few days ago, I saw a picture which related to this whole issue. Basically it showed two images side by side, one of a group of angry protesters protesting against the video, and next to it an image of an empty masjid. The concept was that we (Muslims) get so angry when people ridicule our religion, yet we don’t even do the simplest of things on a daily basis to uphold our religion, like praying jemaah in the masjid. I like that concept, and I think it applies to so many Muslims, especially here in Malaysia. Some people only defend Islam from external attacks, but don’t do anything to internally (individually) practice Islam.

Some of people on Facebook openly claim that they boycott McDonalds for the Israeli links, yet they upload pictures of themselves not wearing tudung, or wearing shorts at the beach (guys included). Some girls complain when boys is always looking(want to tackle) them, yet they themselves upload new pictures of themselves every other day, which is basically attention seeking anyway even if they cover their aurat. Some girl are excessively uploading their personal photo on Facebook for purposely seeking attention from men. Bottom line is, we can protest, complain and get angry all we want about things that show Islam is bad, we can claim to be defending Islam, but we need to be sure ourselves that we don’t contribute to giving Islam a bad name. We need to practicing what Islam teach us. That is our strength.

Regarding the the video on Youtube that mock the Prophet Muhammad, there are two point:
1) Freedom of speech
What kind of freedom of speech if its insult other people. Freedom of speech should have limit.
Let’s an example. if a man in plane and suddenly he shout” bomb, bomb” and people start to run away and hiding behind their seat. When officer as him ” where is the bomb?”. He said” actually I was kidding, this freedom of speech”

So,will you be able to accept that person explanation? Freedom of speech that put the airplane in danger. Because of his action, the airplane may returning back to its departure airport or make emergency landing to nearest airport. Another simple example is if a person said “nigger” to black people. Will that person expect that nobody will get so angry with him, just because his action is in the name of freedom of speech.

The same goes to this issue, what kind of freedom if it’s hurt the 1.6 million of muslim in the world.

2) The violent reaction of Killing people in the reaction to the video.

The violent that few Muslim did in the reaction to the video, the killing, destruction of public properties etc is not a part of Islam. Nonetheless, this is give the bad name to Muslim in the eyes of non Muslim. Let see what Allah said in the Quran;

“Ye shall certainly be tried and tested in your possessions and in your personal selves; and ye shall certainly Hear much that will grieve you, from those who received the Book before you and from those who worship many gods. But if ye persevere patiently, and guard against evil,-then that will be a determining factor in all affairs. “-3:186.

So, the point is clear, be steady and be patient. No violence, no killing, no murder.
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=dQrJhk2fNZI


I am proud of few group of Muslim which founded the CelebrateMercy.com for their campaign to send condolences to the Steven’s Family. Chris Stevens, the United States Ambassador to Libya, was wrongfully killed on September 11, 2012. His killers were angered by an obscure film that aims to insult the Prophet Muhammad’s character. By killing an innocent man (and others with him) who had nothing to do with this film, they did more to offend the Prophet Muhammad than this film could have ever done. Their actions go against the mercy, love, patience, and justice he embodied on a daily basis. The organizer has received almost 10,000 letters across the world in this few weeks of campaign. I am one of those people who send condolence to the Steven’s Family.This campaign show that many Muslim are looking for other way as a reaction to the video, by send sympathy to Steven’s Family. We respond bad thing with goodness.

CelebrateMercy.com along with other organizations will organize another event to show our love to Prophet Muhammad. The program name is 1 Billion Salawat Day. On November 4th, millions of peace and blessings will be sent to our beloved Prophet Muhammad, peace be upon him, in a united show of love and solidarity. Insya-Allah, if time permit, I will join this program. For more info please visit the website
http://www.1billionsalawat.com/

P/s: I remind myself first before any of you.

Halal Issues: Beyond the Food

Shortly after graduated from university, I have been offered to work in pharmaceutical company. Without have to take long time to think, I accepted the offer. After work for 10 months, I left the company.

Have a chance worked in this halal industry, make me realize how important this industry to Muslim consumers and to those Muslim that struggle to be manufacturer of halal products. They have to compete with other halal food manufacturing company that most of them are conquered by non-Muslim. In term of market and supplier, it is difficult for Muslim manufacturers to penetrate the market. I am not saying that those non-Muslim that produce halal products are not good, in fact they also get certificate from JAKIM and HCCAP, have Muslim workers in their factor and also offer better salary package (more…)

Transit Kehidupan

venus-transit-2012-space-stationSatu keajaiban alam semesta telah berlaku pada 6 Jun 2012 lalu, iaitu kita dapat menyaksikan fenomena Transit Planet Zuhrah. Fenomena ini dianggap luar biasa, tidak seperti kejadian gerhana bulan separa kerana manusia hanya pernah menyaksikan kejadian ini sebanyak tujuh kali sejak zaman Galileo. Kali terakhir kejadian ini berlaku ialah pada tahun 2004.

Planet Zuhrah mempunyai orbit condong 3.4 darjah berbanding dengan bumi, maka selalunya ia akan berada di bawah atau atas matahari. Transit berlaku apabila Zuhrah berada pada kedudukan selari dengan matahari atau berhampiran dengan titik nodusnya-garis bujur di mana Zuhrah bergerak melepasi orbit bumi dan kelihatan bergerak merentasi Matahari.
Transit_diagram_angles

Fenomena transit Planet Zuhrah ini berlaku dalam satu corak berulang setiap lebih sikit dari 100 tahun dan biasanya berlaku dalam 2 pasangan yang dijarakkan 8 tahun antara satu sama lain. Contohnya, kali terakhir transit ini berlaku ialah pada tahun 1874 dan 1882, kemudian ia berlaku 2004 dan 2012. Transit selepas ini hanya akan berlaku pada tahun 2117 dan 2125, iaitu 105 tahun dari sekarang.

Di Malaysia, difahamkan hanya penduduk di Sabah sahaja yang boleh melihat fenomena ini.

Transit Kehidupan
Transit Zuhrah bolehlah disifatkan keadaan dimana Planet Zuhrah berada selari dengan matahari dan akan kelihatan sebagai titik kecil di matahari. Selagi mana Zuhrah kelihatan berada dalam kawasan Matahari selagi itulah transit itu berlaku. Dalam hal ini maksud transit adalah Pass across or through (an area) atau Zuhrah bergerak melepasi Matahari.

Transit Kehidupan pula saya maksudkan yang dunia hanyalah persinggahan sementara sebelum kita bergerak ke alam lain. Transit dalam kontek ini boleh didefinasikan sebagai route, on the way, make a passage or journey from one place to another dan the passage or conveyance of goods or people.

Memahami realiti dunia ini hanyalah persinggahan akan mejadikan diri kita tenang dan tabah dalam setiap keadaan hidup. Tidak merungut dengan ujian Allah, tidak bersedih, redha dan setiasa bersemangat untuk melalui setiap cabaran baru dalam hidup. Kerana kita yakin sesusah mana pun cabaran dan ujian yang dilalui, ganjaran di alam selepas transit ini adalah lebih baik.

Namun berapa ramai yang betul-betul memahami dan berapa ramai yang hidupnya ‘just go throught it’ tanpa sangat mempedulikan cabaran yang mendatang. Kita malu jika ditertawakan orang walaupun perkara yang mahu dilakukan adalah perkara baik. Kita sanggup tidak mengubah hidup hanya kerana tidak mahu diselar ‘poyo’, ‘tujuk baik’ dan kata-kata sindiran yang lain. Akhirnya kita tidak mengubah apa-apa, masih berada ditakuk lama.

Kadang-kadang, hidup ini hanya memerlukan keberanian untuk mengubah diri dan keadaan.

Keberanian adalah rasa takut tetapi tetap meneruskan juga-Dan Rather, Pembaca Berita CBS News.

Realiti Hidup
Transit Planet Zuhrah berlangsung selama 3-7 jam bergantung kepada laluan yang dilalui merentasi matahari. Jangka masa itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan tempoh yang diambil Planet Zuhrah untuk mengelilingi matahari iaitu 224.7 hari.

Sama anologinya dengan kehidupan, tempoh masa hidup di dunia terlalu pendek dibanding dengan masa yang berlalu di alam semesta ini. Semakin masa berlalu selepas kiamat nanti, percentage jangka masa hidup kita dulu menjadi semakin singkat. Itu realitinya. Soalnya, sanggupkah kita menggadaikan masa depan kita di alam sana nanti dengan berpaling tadah dari ajaran Allah demi keseronokan sementara di dunia?.

Realiti juga yang kita setiap masa, setiap saat, setiap minit semakin menghampiri kematian. Walaupun kita tidak mengetahui saatnya, namun ia telah pun ditetapkan Allah. Bila tiba saatnya,kematian seseorang insan tidak akan ditangguhkan walaupun sesaat. Maknanya kematian kita telah fix dan kita setiap masa menghampiri penamat kepada kehidupan kita. Soal, adakah semakin hari kita menjadi semakin baik, semakin bertakwa, semakin erat hubungan dengan orang sekeliling? Atau kita semakin menjadi teruk, semakin jauh dari redha Allah SWT.

Transit Planet Zuhrah telah berlalu dan kita pula masih lagi berada dalam Transit Kehidupan.

Foto: disini dan sini.

Saya Nak Kahwin, Tetapi Tiada Calon, Apa Nak Buat?

wallpaper cantikMungkin anda pernah mendengar keluhan seperti tajuk artikel ini dari kawan-kawan anda atau mungkin anda sendiri pernah meluahkannya? Dalam artikel kali ini kita ingin membincangkan sendikit tentang hal ini.

Terdapat beberapa perkara yang boleh kita rungkaikan dari kenyataan tersebut. Biasanya orang meluahkan kenyataan tersebut setelah ditanya “Bila mahu kahwin?”. Ramai yang memberikan jawapan seperti di atas sebagai jawapan pantas supaya tidak panjang cerita. Hakikatnya dirinya sendiri yang belum bersedia menerima kehadiran seorang calon pasangan hidupnya. (more…)

Penjelasan Saintifik Kesan Menonton Pornografi

brainBidang neurosains telah mengenalpasti yang otak kita adalah mudah dibentuk. Ia berubah dan membentuk jaringan dan hubungan yang berkaitan dengan apa yang kita tonton, dengar dan belajar. Daripada perbincangan tentang falsafah di dalam kelas sehinggalah kepada mempelajari arah di bandar yang baru anda diami, malah apabila anda mendengar musik atau menonton televisyen akan menyebabkan pembentukan hubungan baru didalam otak yang menjadikan siapa diri kita. Satu masalah yang amat besar walaupun tidak sangat diambil berat oleh masyarakat ialah menonton pornografi, yang kesannya lebih besar kepada lelaki berbanding wanita.

Kebanyakan artikel yang berkaitan dengan isu ini melihat ia dari perspektif psikologi dan sosial. Artikel ini walaubagaimanapun, akan menerangkan kesan-kesan menonton pornografi dari perspektif neurosains. (more…)

Related Posts with Thumbnails
Page 1 of 612345»...Last »

Pages

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse

Categories

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul

Artikel Bersiri

iluvislam
free counters

Archives

Solat Time

Calendar

May 2013
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031