Transit Kehidupan

venus-transit-2012-space-stationSatu keajaiban alam semesta telah berlaku pada 6 Jun 2012 lalu, iaitu kita dapat menyaksikan fenomena Transit Planet Zuhrah. Fenomena ini dianggap luar biasa, tidak seperti kejadian gerhana bulan separa kerana manusia hanya pernah menyaksikan kejadian ini sebanyak tujuh kali sejak zaman Galileo. Kali terakhir kejadian ini berlaku ialah pada tahun 2004.

Planet Zuhrah mempunyai orbit condong 3.4 darjah berbanding dengan bumi, maka selalunya ia akan berada di bawah atau atas matahari. Transit berlaku apabila Zuhrah berada pada kedudukan selari dengan matahari atau berhampiran dengan titik nodusnya-garis bujur di mana Zuhrah bergerak melepasi orbit bumi dan kelihatan bergerak merentasi Matahari.
Transit_diagram_angles

Fenomena transit Planet Zuhrah ini berlaku dalam satu corak berulang setiap lebih sikit dari 100 tahun dan biasanya berlaku dalam 2 pasangan yang dijarakkan 8 tahun antara satu sama lain. Contohnya, kali terakhir transit ini berlaku ialah pada tahun 1874 dan 1882, kemudian ia berlaku 2004 dan 2012. Transit selepas ini hanya akan berlaku pada tahun 2117 dan 2125, iaitu 105 tahun dari sekarang.

Di Malaysia, difahamkan hanya penduduk di Sabah sahaja yang boleh melihat fenomena ini.

Transit Kehidupan
Transit Zuhrah bolehlah disifatkan keadaan dimana Planet Zuhrah berada selari dengan matahari dan akan kelihatan sebagai titik kecil di matahari. Selagi mana Zuhrah kelihatan berada dalam kawasan Matahari selagi itulah transit itu berlaku. Dalam hal ini maksud transit adalah Pass across or through (an area) atau Zuhrah bergerak melepasi Matahari.

Transit Kehidupan pula saya maksudkan yang dunia hanyalah persinggahan sementara sebelum kita bergerak ke alam lain. Transit dalam kontek ini boleh didefinasikan sebagai route, on the way, make a passage or journey from one place to another dan the passage or conveyance of goods or people.

Memahami realiti dunia ini hanyalah persinggahan akan mejadikan diri kita tenang dan tabah dalam setiap keadaan hidup. Tidak merungut dengan ujian Allah, tidak bersedih, redha dan setiasa bersemangat untuk melalui setiap cabaran baru dalam hidup. Kerana kita yakin sesusah mana pun cabaran dan ujian yang dilalui, ganjaran di alam selepas transit ini adalah lebih baik.

Namun berapa ramai yang betul-betul memahami dan berapa ramai yang hidupnya ‘just go throught it’ tanpa sangat mempedulikan cabaran yang mendatang. Kita malu jika ditertawakan orang walaupun perkara yang mahu dilakukan adalah perkara baik. Kita sanggup tidak mengubah hidup hanya kerana tidak mahu diselar ‘poyo’, ‘tujuk baik’ dan kata-kata sindiran yang lain. Akhirnya kita tidak mengubah apa-apa, masih berada ditakuk lama.

Kadang-kadang, hidup ini hanya memerlukan keberanian untuk mengubah diri dan keadaan.

Keberanian adalah rasa takut tetapi tetap meneruskan juga-Dan Rather, Pembaca Berita CBS News.

Realiti Hidup
Transit Planet Zuhrah berlangsung selama 3-7 jam bergantung kepada laluan yang dilalui merentasi matahari. Jangka masa itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan tempoh yang diambil Planet Zuhrah untuk mengelilingi matahari iaitu 224.7 hari.

Sama anologinya dengan kehidupan, tempoh masa hidup di dunia terlalu pendek dibanding dengan masa yang berlalu di alam semesta ini. Semakin masa berlalu selepas kiamat nanti, percentage jangka masa hidup kita dulu menjadi semakin singkat. Itu realitinya. Soalnya, sanggupkah kita menggadaikan masa depan kita di alam sana nanti dengan berpaling tadah dari ajaran Allah demi keseronokan sementara di dunia?.

Realiti juga yang kita setiap masa, setiap saat, setiap minit semakin menghampiri kematian. Walaupun kita tidak mengetahui saatnya, namun ia telah pun ditetapkan Allah. Bila tiba saatnya,kematian seseorang insan tidak akan ditangguhkan walaupun sesaat. Maknanya kematian kita telah fix dan kita setiap masa menghampiri penamat kepada kehidupan kita. Soal, adakah semakin hari kita menjadi semakin baik, semakin bertakwa, semakin erat hubungan dengan orang sekeliling? Atau kita semakin menjadi teruk, semakin jauh dari redha Allah SWT.

Transit Planet Zuhrah telah berlalu dan kita pula masih lagi berada dalam Transit Kehidupan.

Foto: disini dan sini.

Related Posts with Thumbnails

Subscribe / Share

Article by amuslimhouse.com

He love writing, he love sharing. He love to touch others with his own style of writing. amuslimhouse.com tagged this post with: , , , , Read 168 articles by
It's very calm over here, why not leave a comment?

Leave a Reply




Pages

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse

Categories

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul

Artikel Bersiri

iluvislam
free counters

Archives

Solat Time

Calendar

June 2012
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930