Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Tenggelamnya Kapal Van Der WijckSaya baru menghabiskan bacaan buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ialah sebuah novel karangan Hamka atau nama sebenar beliau Haji Abdul Malik bin Abdul Karim. Pertama kali dicetak pada 1937, buku ini telah diulang cetak beberapa kali.

Saya sudah lama menangguhkan pembacaan buku ini dek kerana beberapa bab awal novel ini(pada pandangan saya) agak membosankan ditambah dengan bahasa Indonesia yang sukar dihadam oleh minda saya. Tapi bab-bab yang terakhir amat mengasyikkan dengan olahan bahasa yang membawa diri saya tenggelam dalam watak Zainuddin. Usai membaca buku ini, saya berpendapat inilah novel cinta bahasa melayu terbaik pernah saya baca. Tidak menghairankanlah penulis buku ini adalah antara Ulama dan sasterawan terbaik di Nusantara.

Cerita ini berkisar tentang semangat juang Zainuddin, bagaimana merana dan melaratnya hidup Zainuddin setelah cintanya ditolak oleh keluarga Hayati. Kemudian beliau bangun semula dari segala kedukaan, membuka lembaran baru dalam hidupnya menjadi seorang penulis yang ternama dan berjaya. Ia menceritakan tentang kesetiaan, cinta dan kasihnya Zainuddin terhadap Hayati. Meski Hayati sudah berkahwin tetapi sebaik mendapat tahu tentang kesusahan yang dihadapi Hayati, lantaran suaminya yang suka berpoya-poya serta tidak bertanggung-jawab, Zainuddin terus membantu tanpa ada dendam dan benci kepada Hayati. Sesungguhnya cinta yang suci itu akan terus mekar di dalam hati hingga ke hujung nyawa begitulah jua cinta antara Zainuddin dan Hayati.

Kemuncaknya apabila Hayati meninggalkan Surabaya untuk bertolak pulang ke kampung halamannya dengan menaiki kapal yang diberi nama Van Der Wijck. Di saat Zainuddin yakin bahawa di dalam hatinya sebenarnya masih ada cinta dan dia ingin menyusul Haryati, dia terbaca berita mengejut di dalam suratkhabar yang mengatakan bahawa sebuah kapal Van Der Wijck telah tenggelam. Zainuddin segera menaiki teksi menuju ke Lamongan untuk menemui Haryati di mana mangsa-mangsa kapal tenggelam dirawat.

Pertemuan Zainuddin dengan Haryati kali ini adalah pertemuan di antara sepasang kekasih untuk yang terakhir kali. Haryati menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah dapat menatap wajah Zainuddin. Zainuddin meratapi pemergian Haryati buat kedua kalinya. Akhirnya selepas beberapa bulan kematian Hayati, Zainuddin turut meninggal dunia dan disemadikan di Surabaya di sisi kubur Haryati.

Pada muka surat terakhir, pembaca akan sedar yang kisah cinta ini sebenarnya diceritakan oleh Muluk, rakan rapat Zainuddin yang setia barsama Zainuddin sehingga akhir hayatnya.

Mutiara Kata Professor Hamka :
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Related Posts with Thumbnails

Subscribe / Share

Article by amuslimhouse.com

He love writing, he love sharing. He love to touch others with his own style of writing. amuslimhouse.com tagged this post with: Read 168 articles by
4 Comments Post a Comment
  1. Bb Hussain says:

    Bb membaca buku ini semasa di sekolah rendah. Pinjam buku sepupu. jalan cerita tak ingat. tapi yang Bb ingat first few chapters agak membosankan..tapi selepas itu mmg tak boleh nak dilepaskan. mungkin kena cari dan ulang baca buku ni..

    [Reply]

    amuslimhouse.com Reply:

    memang betul, first few chapter memang bosan…saya pun berhenti kejap baca sebab bosan. lepas beberapa bulan rasa nak baca, kemudian baru sambung balik.tapi chapter-chapter yang lepas tu memang best. memang feel apa yang ditulis. Terbaik!!!

    [Reply]

  2. salsabila says:

    sy tengah google novel tenggelamnya kapal van der wijck ni, sy jmp blog awak..sy bc byk kali masa kecil2 dulu sbb buku arwah ayah..mmg best sgt cerita ni..dulu mmg xfhm sgt..skrg br fhm..

    sedih sgt cerita ni..bhs yg digunakan agak tggi dan puitis..rase nak cr blk buku ni..

    [Reply]

    amuslimhouse.com Reply:

    buku ni kena baca 2,3 baru boleh faham/hadam..bahasa HAMKA guna tinggi dan puitis…susah dah nak cari novel2 yg macam ni skarang. kalu ada novel cinta pun cerita dan ayat2 yg digunakan xbest, tak puitis sangat.

    [Reply]

Leave a Reply




Pages

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse

Categories

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul

Artikel Bersiri

iluvislam
free counters

Archives

Solat Time

Calendar

June 2012
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930