Pergi Selamanya

Di pejabat tadi tiba-tiba rasa sayu. Barulah saya faham malam ini adalah malam dimana arwah ayah pergi buat selamanya.

Hari ini, tepat Jam 2:30 pagi genaplah 12 minggu arwah ayah pergi meninggalkan kami. Pergi menuju ke alam lain yang sudah pasti berbeza dengan dunia yang kita diami sekarang. Pemergian yang amat mengejutkan, yang tidak disangka.

Masih teringat saat saya menerima panggilan telefon dari adik yang ayah sedang tenat di hospital. Masih teringat saat saya memecut motosikal dari Kulim ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar meredah malam. Dengan minyak sudah dipulas hingga ke tahap kelajuan maksimum, air mata saya mengalir perlahan-lahan membayangkan bagaimana kalau ayah pergi pada ketika itu. Dan ya akhirnya, ayah pergi.

Masih jelas dalam ingatan saat saya melawat ayah yang dalam keadaan tidak sedarkan diri. Sambil mengusap belakang saya menyuruh saya bersabar, doktor dalam nada perlahan memberitahu yang ayah saya sudah tidak punya harapan lagi. Saya sebak. Tidak lama kemudian, sekumpulan doktor mengerumuni saya, meminta saya membuat keputusan penting demi menyelamatkan ayah.

Juga, masih segar dalam ingatan saat doktor dan jururawat terpaksa berpatah balik ke bilik Kecemasan dalam perjalanan memindahkan ayah saya ke wad biasa kerana keadaan ayah yang tidak stabil. Dalam keadaan berlari-lari sambil menolak katil, doktor mengarahkan agar pintu dibuka dan persiapan dilakukan untuk menstabilkan semula ayah.

Tidak lupa juga saat doktor memberitahu saya yang ayah akan menamatkan riwayat hidupnya di bilik kecemasan. Denyupan jantungnya semakin perlahan dan akhirnya akan berhenti. Saya keluar memberitahu saudara mara yang lain dan duduk diatas sofa. Saya menangis. Masih teringat kata-kata sepupu yang cuba menenangkan saya,” nak buat camna, ajal dia dah sampai”. Tiba-tiba air mata saya semakin deras mengalir.

Kemudian, saya dipanggil untuk membacakan yasin sebelum ayah pergi buat selamanya. Dan saat yang paling hiba apabila doktor memberitahu yang ayah sudah tiada. Berderai air mata saya mengalir keluar. Dia menghembuskan nafas terakhir disamping saya dalam keadaan tidak sedarkan diri. Tidak sempat saya bercakap dengannya buat kali terakhir.

Segalanya seperti dalam drama yang selalu saya tonton ditelevisyen. Tapi ini bukan drama, bukan lakonan, ia adalah hakikat yang perlu saya dan keluarga terima dengan redha. Hakikat kehilangan ayah buat selama-lamanya.

Saat saya menaip ayat-ayat ini, air mata saya mengalir deras mengenangkan arwah ayah. Belum sempat saya menyusun langkah, memberi sedikit kesenangan hidup dunia kepadanya, dia sudah pergi buat selama-lamanya.

Moga roh arwah ayah sentiasa tenang disana. Kami disini akan sentiasa mendoakan kesejahteraan arwah ayah disana. Tidak akan kami lupa untuk berdoa dan sedekahkan al-Fatihah.

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.”-Al- Ankabuut, ayat 57.

al-Fatihah.

Related Posts with Thumbnails

Subscribe / Share

Article by amuslimhouse.com

He love writing, he love sharing. He love to touch others with his own style of writing. Read 167 articles by
6 Comments Post a Comment
  1. Mzliah says:

    Takziah. Insya-Allah, allahyarham ayah saudara dalam perlindungan, maghfirah dan redha Allah S.W.T.

    [Reply]

    amuslimhouse.com Reply:

    Terima kasih…redha dengan ketentuan Allah..

    [Reply]

  2. Ana says:

    Alfatihah,..mengalir air mata membaca entri ini,..terkenang saat abah tenat beberapa tahun dulu…meredah jam 2pagi menaiki motosikal memanggil bapa saudara untuk melihat keadaan abah ….teringat jua bacaan Yasin dan wasiat dari abah ketika itu…tp, alhamdulillah,Allah masih memanjangkan usia abah untuk melihat anaknye berjaya,.semoga abah kuat bertahan dan dpt melihat anaknya brkhwn…

    [Reply]

    amuslimhouse.com Reply:

    setiap kali saya terbaca semula post yang saya tulis ni, ia dengan mudah mengembalikan ingatan saya kepada wajah ayah, senyumannya, kata-katanya.
    Ana, Moga2 ayah anda dapat melihat anda berkahwin suatu hari nanti.

    [Reply]

    Ana Reply:

    ameen.trima kasih..Semoga admin jga sentiasa mengingati arwah ayah admin di dalam doa seharian…doa anak yang soleh harapan setiap ayah “disana”..

    [Reply]

    amuslimhouse.com Reply:

    ameen..sama-sama..

Leave a Reply




Pages

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse

Categories

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul

Artikel Bersiri

iluvislam
free counters

Archives

Solat Time

Calendar

May 2012
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031