Mungkin anda pernah mendengar keluhan seperti tajuk artikel ini dari kawan-kawan anda atau mungkin anda sendiri pernah meluahkannya? Dalam artikel kali ini kita ingin membincangkan sendikit tentang hal ini.
Terdapat beberapa perkara yang boleh kita rungkaikan dari kenyataan tersebut. Biasanya orang meluahkan kenyataan tersebut setelah ditanya “Bila mahu kahwin?”. Ramai yang memberikan jawapan seperti di atas sebagai jawapan pantas supaya tidak panjang cerita. Hakikatnya dirinya sendiri yang belum bersedia menerima kehadiran seorang calon pasangan hidupnya.
Jika begitulah keadaannya maka tiada sesiapa dapat membantu. Diri sendiri perlu diperbetulkan dan dianalisis kembali. Tanya kepada diri apakah perkara yang belum dilengkapi untuk bersedia menerima seseorang sebagai pasangan hidup. Lengkapkan ia dengan segera dan carilah calon. Adakala perkara itu bukan perkara besar, ia hanyalah disebabkan hati yang terlalu mengidamkan kesempurnaan. Berlembutlah, berbicaralah dengan hati supaya lebih terbuka dalam memilih calon.
1. Tidak Pernah Couple
Antara faktor yang menyebabkan seseorang itu tiada calon pasangan ialah kerana beliau tidak pernah couple. Ini adalah hal yang baik, Islam tidak menuntut umatkan supaya berdua-duakan dengan pasangan yang bukan mahram. Apatah lagi bercouple dalam jangka masa yang panjang kerana banyak kesan-kesan negatif yang bakal terjadi. Namun sehingga satu saat kita perlu berubah. Berubah untuk mula mencari pasangan hidup. Bukan mencari kekasih semata-mata. Carilah dengan cara yang diajar dalam Islam. Intai dan jengok-jengoklah seseorang yang bagus agamanya, baik akhlaknya dan terasa selesa seandainya bersama. Sapa dirinya dengan baik atau minta pihak ketiga membantu. Setelah senang dengan caranya, nyatakan hasrat hati. Andai terikat, Alhamdulillah. Jika terlerai, syukur juga kepada Allah kerana mungkin terdapat insan yang lebih baik untuk kita.
2. Putus Cinta
Ramai orang yang mengalami masalah ketiadaan calon adalah kerana putus cinta dengan kekasih lama. Sesetengah orang bukan putus cinta sekali, tetapi berkali-kali. Dalam keadaan ini seseorang itu mungkin akan hilang kepercayaan kepada dirinya sendiri dan tidak mahu dikecewakan kali kedua. Beliau tidak berani menaruh harapan lagi kepada mana-mana individu.
Adakala kita melahirkan rasa kecewa untuk menzahirkan rasa itu kepada si dia. Sebenarnya tiada sesiapa yang rugi dengan sikap kita itu melainkan kita sendiri. Atas dasar apa kita tidak mampu melupakan kekasih lama? Jawapannya kerana kita mencintainya kerana dirinya semata-mata tetapi bukan kerana Allah. Seharusnya cinta yang dipupuk ditautkan kepada Allah, barulah kita sentiasa bahagia samada bersama atau berpisah.
Bersihkan hati, perbetulkan niat dan teruslah mencari calon dengan niat untuk hidup bersama, bercinta dan berbahagia kerana Allah.
3. Sejarah Silam
Dalam sesetengah keadaan, seseorang individu itu mungkin pernah bercinta, pernah bertunang, pernah berkahwin dan mungkin juga pernah berkahwin berkali-kali tetapi hampir semuanya menghampakan. Kini dirinya sendirian kembali sehingga kadang-kadang terdetik di hatinya “Lelaki/perempuan semuanya sama! Tidak boleh dipercayai, tidak berguna & tidak boleh diharap!”.
Hakikatnya bukan begitu. Tetapi sayangnya kita sendiri yang mencari orang yang berpewatakkan sama. Seharusnya kegagalan kali pertama membuatkan kita lebih pandai untuk menilai dan memilih yang lebih baik. Tetapi kerana kita menyukai ciri-ciri wanita atau lelaki idaman yang sama sepertimana pasangan kita yang lama, maka kita memilih orang yang salah berkali-kali. Pilihlah pasangan seperti mana yang diajarkan oleh Islam. Sabda Rasulullah, “Pilihlah yang beragama & kamu akan berbahagia!”.
4. Kekurangan Diri
Tiada calon bagi sesetengah orang bukan kerana beliau tidak menyukai sesiapa, tetapi tidak berani menyatakan hasrat hati kepada orang yang disukai kerana kekurangan diri. Boleh jadi kekurangan itu kerana pendapatan, mungkin juga kerana sedikit kecacatan, sejarah silam yang hina, rupa yang kurang menawan dan seumpamanya.
Ya, tidak semua orang bernasib baik dan miliki semua sifat yang disukai orang lain. Namun itu tidak bermakna orang-orang ini tidak layak mengecapi bahagia sebagaimana orang lain. Kebahagiaan itu perlu dicari dan diusahakan. Bukan hanya dengan berharap. Usah berputus asa, teruskan usaha mencari insan yang sesuai. Allah akan sentiasa membantu.
Selepas ini usah berkata “Tiada calon!” tetapi katalah “Sedang mencari calon!”. Jika berkata tiada calon, maka orang agak sukar menghampiri kita kerana kenyataan itu menggambarkan seolah-olah kita terlalu memilih. Sebaliknya kenyataan sedang mencari calon itu membuka ruang kepada orang ramai untuk lebih mendekati kita. Jika tidak menemui orang yang menawarkan diri, InsyaAllah akan berjumpa dengan orang yang sudi membantu.
Sumber: CahayaIslam.net



















saya dah terbuka laman cari jodoh dlm blog cahayacinta.con huhu.ni gara2 permintaan pembca setia blog sy.
kbytakan yg luah tu pasal mak kwin dok ada jodoh adei..dulu pula yg ada ptus sb bekas tunag wat hal huhu..cam2 kes dh jumpa sllu mmg llki yg byk cri jdoh girl tak der plk klu ada kurng.
ada org jenis tak kisha ttg jodoh asal sanggup d bimbing..ada pula yg lebih pntingkan agama utk tujun kwin..
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
March 5th, 2012 at 12:55 am
Menarik Suri,
pada pandangan saya, yg penting lelaki kena tahu selok belok agama, becoz at the end of the day, selepas kahwin lelaki tu yang nak kena bimbing wanita. wanita, bagaimana pun sikapnya, sy rasa, dia pasti berubah bila berjumpa dengan lelaki yg betul2 buat hati dia tertambat especially bila lelaki tu sendiri mahu dia berubah.
saya pun masih mencari-cari…^_^..
[Reply]
terllu byk masalah nak d ungkitkan bab lmbt kwin dan crikan jodoh ahai klu di teliti tu yg harus d titik beratkan sb org bkl seseorg tu kwin kelak akan mencorakkan ank bakal lahirkan kelak =)
[Reply]
betullah semua faktor itu memungkinkan berlaku lambat atau susah dapat jodoh ni kan. kpd yang susah mendapat jodoh, mungkin kena mengubah paradigma terhadap pandangan hidupnya semula. Wallahualam.
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
March 14th, 2012 at 5:49 am
Saya tertarik dengan kata-kata seorang rakan saya, wanita. Dia mengeluh yang zaman sekarang lelaki melayu berkualiti kurang, antara sebab mengapa ramai wanita membujang walaupun umur sepatutnya sudah berkahwin.
Adakah betul lelaki berkualiti kurang?Apa pandangan cikgu?
[Reply]
haha, tajuk nie memang hot sekarang.. tapi yang lebih hot aku rasa, kalo dah ada calon, tapi calon tue taknak kat kita, camne?
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
March 14th, 2012 at 5:52 am
hahaha..susah ni…teruskan berusaha untuk nak memikat dia. biasanya wanita setahu aku kalu kita tunjukkan kesungguhan nak hidup ngan dia, nak jaga dia, memang dia akan terima gak akhirnya. anyway, kalu tak dapat jugak, cari yang lain der…^_^…
[Reply]