Penjelasan Saintifik Kesan Menonton Pornografi

brainBidang neurosains telah mengenalpasti yang otak kita adalah mudah dibentuk. Ia berubah dan membentuk jaringan dan hubungan yang berkaitan dengan apa yang kita tonton, dengar dan belajar. Daripada perbincangan tentang falsafah di dalam kelas sehinggalah kepada mempelajari arah di bandar yang baru anda diami, malah apabila anda mendengar musik atau menonton televisyen akan menyebabkan pembentukan hubungan baru didalam otak yang menjadikan siapa diri kita. Satu masalah yang amat besar walaupun tidak sangat diambil berat oleh masyarakat ialah menonton pornografi, yang kesannya lebih besar kepada lelaki berbanding wanita.

Kebanyakan artikel yang berkaitan dengan isu ini melihat ia dari perspektif psikologi dan sosial. Artikel ini walaubagaimanapun, akan menerangkan kesan-kesan menonton pornografi dari perspektif neurosains.

Model sedia ada yang menerangkan bagaimana kita belajar dan mengingat sesuatu pada peringkat otak menggunakan synaptic plasticity sebagai asas. Synaptic plasticity adalah kebolehan otak untuk merubah kekuatan hubungan antara neurons(sel-sel otak) terhadap respons kepada pengalaman. Ini melibatkan perubahan kepada jumlah dan jenis-jenis receptors yang dirembeskan, dan juga jumlah neurotransmitters(molekul yang telibat dalam hubungan) yang dilepaskan.

Satu neurotransmiter amat penting dalam otak ialah dopamine. Dopamine mempunyai banyak peranan penting yang disampaikan dalam fungsi-fungsi seperti pergerakan, motivasi, ganjaran, hukuman, dan pembelajaran. Dopamine telah dikaitkan kanak-kanak dengan ADHD, penurunan kebolehan kognitif disebabkan penuaan, dan tekanan. Contoh penyakit yang berkaitan dengan dopamine ialah seperti yang dialami oleh individu-individu terkenal dengan penyakit Parkinson seperti Muhammad Ali and Michael J Fox, yang mempunyai dopamine dysfunction pathology.

Satu peranan yang penting untuk dopamine berada dalam pengalaman keseronokan, ganjaran , dan pengajian. Dadah seperti kokain menyasarkan dopaminergic system untuk merembeskan sejumlah dopamine yang banyak sehingga menyebabkan ketagihan. Kajian menunjukkan yang dopamine terlibat sama ada secara penglibatan atau secara terus kepada merasai keseronokan. Bergantung di bahagian otak, dopamine boleh dirembeskan sama ada sebelum atau pada ketika kemuncak keseronokan. Bila dirembeskan, dopamine akan menguatkan dan mengukuhkan hubungan baru yang dibuat di otak semasa aktiviti itu berlaku. Ini adalah bertujuan untuk mendorong individu itu untuk mengulangi kegiatan sekali lagi jadi mereka boleh merasai keseronokan itu sekali lagi.

Bagaimana penjelasan diatas releven dengan pornografi?

Apabila imej-imej ditayangkan diskrin, ransangan akan berlaku dan system dopaminergic akan dicetuskan sama seperti dadah, kokain. Jaringan dan hubungan baru terbina dalam otak hasil daripada memerhatikan imej-imej pornografi akan dikuatkan oleh rembesan sejumlah dopamine yang banyak. Daripada pergi ke dalam ingatan jangka pendek , dimana imej-imej ini dapat dilupakan selepas skrin ditutup, kekuatan dopamine memastikan imej-imej ini bergerak masuk ke dalam ingatan jangka panjang dimana ia diletakkan dalam mod ulangan dalam fikiran seseorang itu. Bayangan-bayangan imej ini akan berada kuat didalam otak. Sama seperti anda di sekolah dahulu bila berhadapan dengan peperiksaan-anda akan mengulangi pembacaan berkali-kali sehingga anda ingat.

Pornografi adalah khayalan. Babak lain hadir dengan wanita yang lain memberi ilusi pemerhati mempunyai satu hubungan dengan seorang orang baru setiap masa. Pelakon-pelakon pornografi ini seolah merendah-rendahkan amalan seksual lelaki dengan adegan-adegan yang dilakukan. Aksi-aksi yang dipamerkan adalah jijik bagi kebanyakan orang yang sihat mentalnya. Bagaimanapun, the design of the act in a pornographic scene is to link one or two normally arousing and familiar elements with others that are not. Ini ialah cara bagaimana penonton memperoleh rasa baru dalam amalan seks. Gelombang elektromagnet dikeluarkan dari skrin dengan satu khayalan yang mencetuskan satu tindak balas kimia dalam otak, melepaskan dopamine. Ini akan menyebabkan penonton merasai perasaan yang sebenar, dalam keadaan suka dan berpuas hati.

Turutan peristiwa yang berlaku di dalam otak adalah agak mudah. Synaptic plasticity berkerja untuk membentuk hubungan baru hasil dairipada menonton pornografi and perkara yang baru dipelajari itu akan disimpan. Memandangkan perbuatan itu merangsang seseorang, dopamine yang dirembeskan menyebabkan jaringan-jaringan baru itu diperkuatkan. Apabila adegan-adegan itu sudah disimpan dalam ingatan jangka panjang, dua akibat berlaku:
1. Seseorang yang menonton pornografi akan ketagih untuk menonton lagi. Ini kerana sistem yang sama dirangsang oleh kokain dicetuskan oleh pornografi.
2. Lelaki yang menonton pornografi akan selalu cuba untuk mewujudkan sendiri peraturan/ketetapan apabila menjalankan hubungan seks dengan isterinya, yang akhirnya membawa kepada kekecewaan. ini kerana isterinya tidak dapat memenuhi keinginan seksnya kerana berlainan dengan adegan-adegan pornografi yang memaparkan wanita-wanita berbeza, kini dia hanya berhubungan dengan seorang wanita iaitu isterinya. Paling memburukkan keadaan sekiranya isterinya tidak mengelurkan suara, beraksi atau kelihatan sama seperti adegan-adegan yang sudah disetkan dalam fikirannyanya hasil daripada menonton pornografi. Walaupun pada peringkat permulaan pasangan ini boleh jadi teruja, tetapi kemudianya perkara yang sebenar akan mereka sedari( iaitu suami tidak berasa berpuas hati) dan dopamine tidak lagi akan dikeluarkan kerana keseronokan tidak lagi dirasai.

Ia tidak berakhir disitu. Selepas kekecewaan sebegitu rupa disebabkan jangkaan-jangkaan berasaskan khayalan yang tidak realistik, otak bukan sahaja menahan diri dari melepaskan dopamine; malah ia berada dibawah tahap yang sepatutnya. Ia akan menyebabkan depression response yang mengakibatkan kekecewaan, rasa tidak puas hati , dan kesedihan dalam perkahwinan disebabkan isteri ‘ tidak dapat memenuhi apa yang diharapkan’.Walaupun usaha-usaha oleh ramai wanita untuk “spice things up” malah berusaha melakukan aksi-aksi seperti yang telah disetkan dalam otak suami mereka, suami mereka akan hanya menikmati diri mereka untuk satu jangka masa pendek sebelum hilang minat. Sementara itu, isteri rasa tidak menarik dan ditinggalkan disebalik usaha terbaiknya, tanpa sedar yang dia tidak boleh menandingi apa yang ditawarkan oleh pornografi.

Apa yang merisaukan mengenai maklumat ini adalah otak bertindak sebagai satu entiti. Perubahan dalam satu kawasan menjejaskan bahagian yang lain. Ia seolah-olah satu proses ‘pendawaian semula’ keseluruhan sambungan urat saraf akibat menonton pornografi.

Pun begitu, kesan ketagihan kokain tidaklah sama seperti pornografi. Walaupun sistem yang menyebabkan ketagihan pornografi adalah sama untuk ketagihan kokain, bahan yang digunakan adalah berbeza. Orang yang ketagihan kokain mesti melalui program untuk menyahtoksik atau sebaliknya dia akan meletakkan hidupnya dalam keadasan berisiko. Sebaliknya, ramai lelaki yang telah mengetahui tentang kesan-kesan yang sebenar menonton pornografi mampu berhenti segera tanpa mengalami kesan-kesan negatif psikologi. Ia memerlukan banyak kesungguhan dan memerlukan seseorang itu untuk menyibukkan dirinya dengan aktiviti-aktiviti lain. Dipermulaan proses pemulihan, ulangan adegan-adegan lucah yang telah ditonton beberapa bulan lepas yang bermain difikiran akan menguji kekuatan seseorang untuk tidak lagi menonton pornografi. Pun begitu, otak yang sama yang melalui proses ‘pendawaian semula’ hasil daripada menonton pornografi boleh dilakukan ‘pendawaian semula’ sekali lagi. Otak adalah organ yang sangat effisien yang dapat melenyapkan jaringan yang tidak digunakan lagi. Lebih lama seseorang tidak merangsang kembali hubungan pornografi di dalam otaknya, lebih mudah untuknya membuang imej-imej pornografi yang ada di dalam otaknya. Melibatkan diri seseorang itu dengan perkara-perkara baru dan mengisi otak dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan pornografi akan memaksa otak untuk memutuskan kembali hubungan baru yang dibuat. Otak mudah dibentuk, ia cuma perlu masa melakukan kerjanya dan ia perlu untuk memberi pilihan-ia akan sentiasa memilih apa yang seserang itu kerap lakukan.

Rujukan
1. Terjemahan artikel How Watching Pornography Changes The Brain oleh Mohamed Ghilan, UVic Neuroscience.

2. Imej:Google.

Related Posts with Thumbnails

Subscribe / Share

Article by amuslimhouse.com

He love writing, he love sharing. He love to touch others with his own style of writing. amuslimhouse.com tagged this post with: , , , , Read 168 articles by
4 Comments Post a Comment
  1. suri says:

    salam..

    hurm..maka rasanya mungkin sb itulah bila mudah membentuk secara totol akan mula berlaku tindakan pingin buat kot..

    tu yg terjadi anak haram sb terikut..rangsang dri tontonan tsbut…

    [Reply]

    amuslimhouse.com Reply:

    wsalam suri,
    mungkin sebab itulah juga ramai lelaki kini dikatakan sudah tidak sehebat dari segi batin kerana sebelum kahwin mereka selalu melakukan ‘onani’ akibat terangsang daripada menonton pornografi. ini menyebabkan mereka kehilangan kekuatan(seperti yg dilaporkan akhbar). Oleh sebab itu juga seperti yang dilaporkan akhbar tidak lama dulu, ramai lelaki yang mengambil ubat kuat setelah berkahwin.

    Yang pasti, kesannya menonton pornografi lebih teruk kepada lelaki berbanding wanita.

    [Reply]

  2. nurul says:

    Salam.perkongsian yang bagus.’Otak adalah organ yang sangat effisien yang dapat melenyapkan jaringan yang tidak digunakan lagi’.Patutlah bila belajar kena ulang dan ulang baca,supaya network tu kekal..InsyaAllah nak baca lagi postni..

    [Reply]

    amuslimhouse.com Reply:

    wasalam..
    Saya sekadar menterjemah tulisan asal bahasa inggeris ke bahasa melayu. Harap bermanfaat untuk semua.
    Kalau nak lebih jelas pemahaman, boleh baca artikel asal dalam bahasa inggeris kat link tu.

    Terima kasih.

    [Reply]

Leave a Reply




Pages

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse

Categories

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul

Artikel Bersiri

iluvislam
free counters

Archives

Solat Time

Calendar

February 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829