Penghalang Ibadat

ibadat
Pernahkan anda rasa malas beribadat? Rasa malas untuk bangun solat subuh walaupun sudah berkali-kali berazam untuk konsisten dan walaupun jam sudah disetkan untuk mengejutkan diri sendiri?

Atau rasa lebih suka melewatkan-lewatkan solat. Kita rasa tidak apa walaupun kita tahu solat diawal waktu itu adalah lebih baik.

Mulut anda mungkin terasa sukar untuk memohon maaf walaupun anda tahu yang anda telah melakukan kesalahan kepada orang lain.

Kekadang diri terasa meluat dengan rakan sepejabat untuk kesilapan kecil yang dilakukannya. Anda bersangka buruk terhadapnya. Anda tahu perasaan itu tidak baik tetapi ia tetap bersarang dalam diri anda. Anda tidak tahu kenapa.

Jika anda mengalam sidrom sebegini, segeralah bermuhasabah diri. Tanya diri sendiri bagaimana hubungan kita dengan Allah? Bagaimana kehidupan kita, adakah kita sedaya upaya mengikut perintahnya atau sambil lewa sahaja. Mungkin kemaksiatan yang kita lakukan sama ada dengan mata, telinga, mulut dan hati menyebabkan anggota badan kita sukar melakukan amal ibadat kepada Allah.

Sekadar Renungan:

1) Mata
Mungkin kita tidak mengawal mata dari melihat perkara-perkara yang tidak berguna atau benda-benda maksiat, maka Allah juga tidak menjaga mata kita untuk beribadat kepadaNya. Lalu, mata kita menjadi berat untuk bangun diawal pagi apatah lagi untuk bangun solat malam. Mata merasa mengantuk tatkala hendak membaca buku-buku agama dan al-Quran.

2) Mulut
Pepatah melayu berbunyi ‘kerana mulut badan binasa’. Ia satu anologi yang menunjukkan peranan mulut dalam mengucar-kacirkan kehidupan manusia. Dari mulutlah terbitnya fitnah, kutukan dan kata-kata makian. Bila kita sudah terbiasa mengeluarkan kata-kata buruk, maka ia akan keluar tanpa perlu berfirkir seolah-olah seperti air yang keluar dari paip. Jika kita sudah terbiasa mengeluarkan kata-kata tidak baik, mungkin ia penyebab kenapa kita begitu sukar untuk berzikir atau rasa malas untuk mengalunkan ayat-ayat al-Quran.

3) Telinga
Mungkin juga telinga kita tidak dijaga dengan baik. kita lebih suka mendengar gosip-gosip atau perkara-perkara tidak baik tentang orang lain. Telinga juga digunakan untuk mendengar muzik-muzik yang melalaikan dan maksudnya yang tidak senonoh. Bahkan oleh sebab sehari suntuk dikelilingi alunan muzik, ia terngiang-ngiang dalam kepala kita. Jadi, bila jam loceng berbunyi atau azan dilaungan, kita tidak mampu mendengarnya.

4) Hati
Hati adalah tunjang kepada manusia. Terzahirnya perbuatan kita sama ada baik atau buruk adalah dari hati.
Semakin banyak maksiat yang kita lakukan semakin hitam hati kita. Ia umpama tompok-tompok hitam kecil yang menjadi semakin besar akibat maksiat-maksiat yang kita lakukan. Titik-titik dosa inilah yang mengelapkan kesucian hati kita yang asalnya suci bersih. Bagaimana mungkin kita boleh menjalani kehidupan dengan baik dan beribat kepada Allah jika hati kita kotor?

5) Diri Sendiri
Bila kita sudah terbiasa dengan maksiat yang dilakukan dan tidak bertaubat, maka selama itulah maksiat itu akan menjadi darah daging. Kita terbiasa dengan maksiat itu sehingga kita tidak merasa apa-apa setiap kali melakukannya. Apabila ditegur, kita dengan mudah melenting atau mengutuk orang lain sebagai tunjuk baik walhal dia mungkin ikhlas. Maksiat yang telah menggelapkan hati kita secara tidak langsung telah menutup hati kita dari mendengar nasihat atau teguran orang lain.

Jadi, mulai sekarang, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri. Mungkinkah kemaksiatan-kemaksiatan yang kita anggap kecil itu telah menyebabkan kita gagal beribadat dengan sempurna kepada Allah SWT. Bertaubatlah segera dan elakkan dari benda-benda maksiat. Moga dengan itu kita dapat mengerjakan ibadat dengan sempurna dan menjadi hamba yang soleh.

Keampunan dari dosa akan menambahkan rezeki dan harta. Dosa adalah sekatan kepada pintu rezeki dan menyebabkan kebuntuan idea dan sempitnya pemikiran. Apabila seseorang itu bersih daripada dosa, dia akan diberikan idea yang bernas.

Gambar: Disini.

Related Posts with Thumbnails
← Next post Previous post →

Subscribe / Share

Article by amuslimhouse.com

He love writing, he love sharing. He love to touch others with his own style of writing. amuslimhouse.com tagged this post with: , , , , , , , , Read 143 articles by amuslimhouse.com
2 Comments Post a Comment
  1. ohcikgu says:

    betul, kena kawal nafsu.

    [Reply]

    amuslimhouse.com Reply:

    kadang-kadang nak kawal nafsu tu yg susah. sebab tu la salah satu jihad yg hebat(kalu xsilap) ialah jihad melawan hawa nafsu.

    [Reply]

Leave a Reply




CommentLuv Enabled

There is no real happiness in this world until the death is coming.

aMuslimHouse’s Facebook

Pages

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse

Categories

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul

Artikel Bersiri

iluvislam
free counters

Archives

Solat Time

Calendar

December 2011
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031