Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Entri kali ini saya hanya mahu menyambung artikel bersiri yang sudah lama tertangguh. Walaupun sudah hampir 2 tahun,saya tetap mahu menghabiskan siri ini kerana ingin menunaikan janji yang pernah saya buat kepada kepada seseorang. Jika ini kali pertama anda membaca siri ini, sila baca siri 1, siri 2, siri 3 dan siri 4 terlebih dahulu.
Darwinism dan Kaitan Dengan Ideologi –Ideologi Lain.
1) Nazism dan Hitler
Nazism muncul sebelum perang dunia kedua. Ia adalah singkatan kepada National Socialism. Ia sebuah ideologi yang menjadi pegangan Parti Nazi and Negara German Nazi. Nazi memerintah jerman dari tahun 1933-1945.
Falsafah dan ideologi Nazi banyak dipengaruhi oleh pemikiran Adolf Hilter memandang dari tiga presiden yang pernah memerintah Jerman, pemerintahan Hitler yang paling lama iaitu 11 tahun, dari 1934 sehingga 1945. Selama pemerintahan inilah banyak malapetaka, penindasan dan pembunuhan yang antara yang terburuk dalam sejarah dunia.
Anda mungkin tertanya-tanya, apa kaitannya pemerintahan Hitler dengan Darwin theory of evolution?
Tindak tanduk dan pemerintahan Hitler banyak dipengaruhi oleh pemikiran hasil kepercayaannya kepada Teori Darwin. Perancang utama Hitler iaitu seorang ahli sejarah Heinrich von Treitschke yang terlalu terpengaruh dengan Teori Darwin. Beberapa kenyataan yang menunjukkan pegangan Kuat Heinrich terhadap Teori Darwin:
“Nations can only develop by violent competition like Darwin’s survival of the fittest,”.
“Conquering by the sword is a way of bringing civilisation to barbarism and knowledge to ignorance.”
“The yellow races have no understanding of artistic ability and political freedom. It is the destiny of the black races to serve the whites and to be the target of the whites’ loathing for all eternity…”
Kepercayan kuat Hitler kepada Teori Darwin menyebabkan Hitler percaya yang kaum Aryan yang merupakan penduduk majoriti Jerman lebih surperior dari bangsa-bangsa lain di dunia. Dia menganggap yang bangsa selain orang eropah sebagai monyet. Pandangan ini jelas dinyatakan dalam bukunya bertajuk Mein Kampf (”My Struggle”), yang ditulis berdasarkan prinsip the fight of survival.
Selain daripada faktor fight of survival, Teori Eugenics juga memainkan peranan dalam keganasan, pembunuhan, penindasan dan penjajahan yang dilakukan oleh Hitler. Teori Eugenics dibentuk hasil daripada idea yang dibawa oleh Darwin. Buktinya orang yang mencadangkan Teori Eugenics adalah pendokong-pendokong Darwinism. Di England, pendokong kuat Teori Eugenic ialah sepupu Charles Darwin, Francis Galton dan anaknya, Leonard Darwin. Kewujudan teori ini memberi lebih keyakinan dan justifikasi kepada Hitler untuk melakukan kekejaman.
Gerakan Eugenik timbul di abad ke-20 dengan dua konsep yang berbeza. Francis Galton, yang mencipta eugenik pada tahun 1883, dianggap sebagai satu falsafah untuk memperbaiki umat manusia dengan menggalakkan orang berkebolehan dan sihat untuk mempunyai lebih banyak anak. Ideal Galtonian Eugenik biasanya diistilahkan sebagai eugenik positif. Eugenik negatif sebaliknya, menyokong pemusnahan manusia yang tidak berkebolehan dan tidak sihat dari terus berkembang dengan alasan untuk kebaikan generasi manusia. Pergerakan Eugenik di Amerika Syarikat, Jerman, dan Scandinavia lebih menggunkan pendekatan yang negatif.
Asal-usul konsep eugenik bermula dengan tafsiran terhadap Teori pewarisan Mendelian(Mendelian inheritance), dan teori-teori August Weismann. Walaupun Teori Eugenics popular di hujung abad 19, tidak ada banyak bukti yang menunjukkan kebenarannya. Asas sokongan kepada teori ini adalah bergantung kepada anggapan yang sebahagian daripada sifat/trait kelemahan manusia seperti kecatatan,penyakit dan kekurangan kecerdikan akan diwarisi dari satu generasai ke generasi yang lain. Justeru, proses pemencilan dan penentangan kepada golongan-golongan manusia yang mempunyai sifat ini dari terus membiak adalah baik kepada masyarakat. Dengan kata lain, proses pembiakan atau kelahiran dikalangan orang yang sihat, cerdik,tidak berpenyakit dan sihat akan menghasilakn generasi yang baik dan sebaliknya.
What is Mendelian inheritance?
Mendelian inheritance (or Mendelian genetics or Mendelism) is a scientific description of how hereditary characteristics are passed from parent organisms to their offspring; it underlies much of genetics. This theoretical framework was initially derived from the work of Gregor Johann Mendel published in 1865 and 1866 which was re-discovered in 1900; it was initially very controversial. When Mendel’s theories were integrated with the chromosome theory of inheritance by Thomas Hunt Morgan in 1915, they became the core of classical genetics.
What is August Weismann’s Theories?
His main contribution was the germ plasm theory, according to which (in a multicellular organism) inheritance only takes place by means of the germ cells—the gametes such as egg cells and sperm cells. Other cells of the body—somatic cells—do not function as agents of heredity. The effect is one-way: germ cells produce somatic cells and are not affected by anything the somatic cells learn or therefore any ability the body acquires during its life. Genetic information cannot pass from soma to germ plasm and on to the next generation. This is referred to as the Weismann barrier. This idea, if true, rules out the inheritance of acquired characteristics as proposed by Jean-Baptiste Lamarck.
Pelaksanaan Teori Eugenics Di Jerman
Di Jerman, pendokong dan penggerak Teori Eugenics adalah Ernst Haeckel, ahli biologi evolusi. Dia mencadangkan agar bayi-bayi cacat yang baru lahir segera dibunuh untuk mempercepat proses evolusi pada masyarakat manusia. Haeckel juga mengusulkan agar orang-orang cacat, lemah mental dan berpenyakit genetik hendaknya dibunuh. Jika tidak, kata Haeckel, mereka ini akan menjadi beban kepada masyarakat dan memperlambatkan proses evolusi manusia. Haeckel meninggal dunia pada tahun 1919, namun ideanya telah diwariskan kepada kaum Nazi. Tidak berapa lama setelah Hitler mendapat kuasa, dia segera menerapkan Teori Eugenics. Nazi Jerman mula memulakan proses penghapusan golongan-golongan yang disifatkan sebagai tidak perlu atau bermanfat untuk proses evoulusi bangsa Jerman.
Antara langkah-langkah yang dilakukan ialah:
1. Di bawah undang-undang yang telah diluluskan pada 1993, 1500000 pesakit mental, 30000 gipsi (Gypsies are believed to have arrived in Europe from northern India in the I 400s. They were called Gypsies because Europeans thought they came from Egypt) dan kanak-kanak berketurunan kulit hitam disterilise dengan beberapa kaedah seperti x-ray, injection dan kejutan elctrik pada bahagioan kelamin. Pada Nazi, apa yang adalah sebahagian daripada prinsip biologi.
2. Nazi telah menggalakkan muda-mudi berambut pirang dan bermata biru yang dianggap mewakili ras/trait orang-orang Jerman untuk menjalinkan hubungan seks tanpa harus menikah. Untuk itu pada tahun 1935, ladang-ladang khusus untuk tujuan itu didirikan. Di dalamnya tinggal wanita-wanita muda yang memiliki kriteria ras/trait kaum Aryan. Ladang-ladang itu kemudian menjadi tempat singgah tentera Unit-SS Nazi untuk berzina. Kemudiannya, bayi-bayi yang lahir dari perbuatan terkutuk di ladang-ladang ini akan dilatih untuk menjadi tentera-tentera Nazi.
3. Dalam usaha untuk membuktikan keunggulan kaum Aryan, Nazi menggunakan pendekatan
Darwin. Darwin menyatakan bahawa ukuran tengkorak manusia membesar tatkala ia mengalami proses evolusi. Kaum Nazi sangat mempercayai idea ini dan menjalankan pengukuran tengkorak untuk menunjukkan bahawa orang Jerman adalah bangsa yang lebih superior. Di seluruh Jerman, Nazi melakukan pengukuran demi membuktikan bahawa tengkorak bangsa Jerman lebih besar dibandingkan dengan ukuran tengkorak bangsa-bangsa lain. Ciri fizikal seperti gigi, mata, rambut dan lain-lain sifat diperiksa berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Mereka yang didapati tidak menepati ukuran yang ditetapkan sebagai bangsa Jerman akan dihapuskan atas nama prinsip Eugenics.
4. Pada 5 may 1937, Nazi dibawah Hitler telah melancarkan pengeboman melalui kapal terbang disebuah bandara kecil bernama Guernica, sepanyol. Bandar ini terletak dibawah Francisco Franco, diktator yang memerintah Sepanyol dan bandar kecil ini diserahkan kepada Hitler sebagai hadiah kepada sukutunya itu untuk menguji teknologi ketenteraan baru Nazi. Serangan pada waktu pagi ini telah menyebabkan kematian 1654 orang dan kecederaan seramai 889 orang. Inilah kesannya apabila manusia dianggap seperti haiwan dan dalam hal ini Bandar kecil ini bolehlah dianggap sebagai ‘makmal haiwan’ untuk menguji teknologi ketenteraan sama ada berkesan atau tidak.
Keadaan Bandar Guernica pada 2009.

Bila kita memikirkan logik disebalik segala perbuatan yang dilakukan oleh Nazi ini, dapatlah kita simpulkan bahawa Ketaksuban mereka terhadap falsafah Darwin dan keegooan yang tinggi kepada kekuasaan menyebabkan mereka hilang nilai-nilai kemanusiaan lantaran menggangap manusia tiada bezanya dengan haiwan. Oleh itu untuk mengekalkan dan membuktikan kekuasaan, Teori Darwin digunakan sebagai justifikasi untuk menghalalkan perbuatan kejam mereka.
Untuk siri seterusnya, saya akan terangkan kaitan Teori Darwin dengan kekejaman dinegara-negara lain seperti Itali, Rusia, China dan vietnam.
Rujukan:
1. Buku Harun Yahya.
2. Scientific Origins of Eugenics.
3. Eugenics.
4. WHO WERE THE “GYPSIES”?.
5. Wikipedia.
6. Gambar: Google.



















Kalau hanya bersandar kehebatan bangsa, bukan pada Tuhan.
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
January 26th, 2012 at 1:56 pm
kepelbagaian bangsa itu satu keindahan ciptaan tuhan tapi akhirnya keimanan kita yang menentukan kemuliaan kita disisi Allah, bukan warna kulit atau bangsa.
[Reply]
emm..satu bacaan yang baik. Aku suka baca entri macam ni..
[Reply]