Cinta Perlukan Matlamat

matlamat cintaSetiap perkara yang mahu Anda kerjakan, perlu meletakkan mindset. Mindset adalah matlamat, azam, tekad cita-cita dan target Anda.

Sama juga seperti cinta. Bercinta memerlukan Anda meletakkan ‘mindset’ supaya Anda tahu ke arah mana Anda bergerak.

Caranya mudah, tanya diri Anda sendiri. “apa matlamat aku bercinta?”.

Inilah cara untuk menentukan hala tuju cinta Anda sama ada jadi bahagia, duka, sedih atau cinta sekadar bertukar-tukar pasangan untuk mencari keserasikan atau mahu menjadi cinta yang dimeterai dengan ikatan pernikahan.

Mindset bercinta berubah-ubah mengikut fasa kehidupan Anda.

Dalam usia remaja, Anda bercinta sebab Anda mahu menikmati bestnya merasai cinta. Anda jadi suka apabila Anda memiliki seorang kekasih. Dialah yang Anda rindui dan dialah yang selalu Anda habiskan masa bergayut ditelefon.

Apabila Anda menginjak ke universiti, cinta lebih kepada booster motivasi. Anda bercinta sebab Anda mahu jadikan dia sebagai pencetus motivasi Anda. Anda study bersama-sama dengannya sebab Anda nak rasa bersemangat.

Anda jadi bersemangat belajar sebab teringatkan dia. Anda mahu bila tamat belajar nanti, Anda mahu kahwin dengannya. Mahu bina keluarga bahagia.

Dalam fasa bekerja, Anda bercinta lebih kepada keinginan untuk merasai kehadiran seseorang dalam hidup, sebagai penghilang rasa sunyi. Di awal perkerjaan, Anda masih lagi boleh lepak-lepak dengan rakan-rakan sepengajian. Masing-masing masih single. Tapi selepas beberapa tahun Anda sedar yang Anda keseorangan kerana rakan-rakan sudah pun berumahtangga. Mereka sudah tidak punya banyak masa bersama anda simply kerana mereka sudah ada tanggangjawab baru. Diwaktu inilah, cinta memainkan peranannya.

Cinta orang bekerja lebih kepada keinginan untuk hidup bersama-sama, untuk saling mengambil berat, untuk saling bekerjasama dan untuk saling berkongsi masalah dalam apa jua perkara. Anda mahu ada orang membelai Anda bila Anda pulang dari kerja. Anda mahu ada suami, isteri dan anak-anak. Kehadiran mereka akan membuatkan Anda tenang dan menghilangkan kesunyian hidup Anda.

Jadi, Anda mesti kenal pasti untuk apa Anda bercinta sekarang ini. Tanya diri Anda sendiri.

Tahukah Anda apa matlamat Anda bercinta?Adakah untuk ke jinjang pelamin? Adakah Anda bercinta untuk mencari orang yang sesuai dengan Anda sebelum bernikah?

Jika jawapannya muncul tiba-tiba, itu petanda Anda tahu apa tujuan Anda bercinta.

Jika Anda tidak tahu apa tujuan Anda bercinta, itu petanda bahawa Anda belum meletak matlamat cinta, Adakah untuk bernikah atau sekadar suka-suka saja?

Mindset Anda menentukan kebahagiaan Anda, apa yang mahu anda capai dalam percintaan. Mindset yang Anda setkan akan menentukan keberhasilan usaha Anda.

Kaji balik apa tujuan Anda bercinta.

Jangan sia-siakan perasaan cinta Anda tanpa mindset yang jelas. Dan jangan juga berikan cinta Anda pada insan yang tidak punya mindset bercinta yang jelas. Jangan sia-siakan masa hadapan Anda.

P/s: Gambar disini.

Related Posts with Thumbnails

Subscribe / Share

Article by amuslimhouse.com

He love writing, he love sharing. He love to touch others with his own style of writing. amuslimhouse.com tagged this post with: , , , , , , , , Read 168 articles by
2 Comments Post a Comment
  1. serius best post nie.. sila exposure kan lagi..

    aku rasa aku akan tunggu waktu bekerja baru kawen, sebab barulaa matlamat kawen aku tak terpesong.. waktu blajar kat universiti cam skang nie, asal nampak awek cun jer nak tackle haha, terpesong gila matlamat…

    nasihat aku, sila letak header (h2) untuk post, buat post dalam bentuk point.. sebab aku rasa post nie ada betulnya.. hehe, contoh

    1.fasa sekolah

    perenggan bla3…

    2.fasa universiti

    u get what i mean..

    llagi satu, tolong update commentluv punye plugin, LOL!!!
    .-= samanosuke_04´s last undefined ..CommentLuv Premium is here!The version of CommentLuv on this site is no longer supported. Please update by clicking the image below

    Go to CommentLuv.com to download Hurry! click here! =-.

    [Reply]

    amuslimhouse.com Reply:

    terima kasih bro untuk advise tu..ni sebenarnya random post je..tu yang sy lupa nak letak dlm bentuk point..
    tentang commentluv tu sorry ah..sy agak busy tak sempat nak update..will update later…..^_^…

    [Reply]

Leave a Reply




Pages

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse

Categories

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul

Artikel Bersiri

iluvislam
free counters

Archives

Solat Time

Calendar

November 2011
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930