Internet: Jangan Biarkan Diri Anda Terperangkap

210678_218911691452480_100000009537768_926086_6385084_oSaya berkesempatan bertemu dengan beberapa rakan lama sekolah sewaktu saya menghadiri majlis perkahwinan rakan yang lain. Ternyata, selepas hampir lapan tahun meninggalkan alam persekolahan, perubahan wajah seorang rakan wanita menyebabkan saya hampir tidak mengenalinya. Setelah beberapa ketika dengan sedikit clue yang diberikan, barulah saya dapat mengingatnya kembali. Sewaktu hendak pulang dia melihat kepada saya dengan wajah yang seolah-olah teruja. Mungkin terkejut dengan perubahan ketara saya yang dahulunya adalah sorang yang pemalu.

“Jumpa lagi ya”, katanya.

Insya-Allah. Jumpa di alam maya nanti.

Alam maya?

Ya , takkan tak faham kot.

Oh, nanti saya daftar akaun facebook. Awak guna nama apa?.

Saya ada dua akaun tapi awak add yang ada nama Faizal Khamis tu ye.

Facebook adalah antara ledakan teknologi yang paling ketara dan berkesan. Agak mudah jika anda mahu mencari rakan-rakan lama yang terpisah dan saudara mara serta memastikan perhubungan anda dengan orang-orang tersayang sentiasa terjalin. Ia menghubungkan yang jauh menjadi dekat dan menjadikan dunia menjadi sempit.

Kajian di Amerika mendapati 45% majikan menggunakan Facebook dan Twitter untuk menapis pemohonan pekerjaan. 35% majikan pula telah menolak permohonan kerja setelah mendapati perkara-perkara yang tidak disenangi(yang menunjukkan sikap pemohon) seperti gambar-gambar dan maklumat di Facebook profile. Ini bermakna jika anda tidak berhati-hati dengan apa yang dilakukan di Facebook, ia bakal memberi kesan ke atas hidup anda di masa hadapan. Adalah lebih baik jika anda private beberapa segmen di Facebook seperti wall dan photo dan hanya mengehadkan kepada rakan-rakan yang telah di’add’.

Internet
Internet ialah khazanah ilmu pengetahuan dan lebuh raya maklumat. Dengan hanya menekan dihujung jari, segala maklumat yang ingin diketahui dapat diakses. Internet telah mengubah cara hidup manusia. Jika dulu, perhubungan antara rakyat dua negara amat mustahil untuk dijalinkan. Tapi kini dengan begitu banyak perkhidmatan internet seperti laman social yang disediakan, anda boleh mencari rakan dari seluruh dunia. Laman social seperti Facebok yang telah mempunyai 500 juta pengguna di seluruh dunia, rakan anda hanya diberada dihujung jari. Anda mencari rakan dengan hanya ‘add as friend’ dengan hanya duduk dihadapan computer.

Namun, disebalik keupayaan internet memudahkan hidup manusia dan merapatkan hubungan, kesan langsung penggunaan yang keterlaluan dan tanpa had perlu diberi perhatian. Kesan ini termasuklah kesan psikologi, perubahan kepada cara pemikiran, mengurangkan keupayaan otak dan kesan ke atas sikap pengguna. Berikut adalah kesan-kesan negatif yang mahu saya kongsikan dengan anda semua.

Internet mengubah minda
Tabiat pengguna internet yang selalu melompat dari satu halaman ke halaman lain menjadikan sesorang mempunyai sikap tidak memberi tumpuan kepada sesuatu. Sikap ini memendekkan tempoh perhatian sesorang. Contohnya, apabila anda membaca buku atau artikel online, pembacaan sering beralih perhatian kepada perkara-perkara lain di internet seperti email, Facebook dan Twitter. Apabila seseorang itu sedang membaca, anda mungkin akan cepat-cepat beralih tumpuan sebaik sahaja mesej segera atau pemberitahuan facebook dan menyebabkan hilang focus.Mengikut kajian, apabila kita beralih perhatian dan terganggu, otak kita tidak dapat menyatukan saraf yang kuat dan berkembang. Natijahnya, apabila kita kembali semula kepada pembacaan, kita terpaksa mengulanginya semula dari awal dan ini tentunya membuang masa.

Internet juga menjadikan kita seorang yang gopoh-gapah, tidak sabar dan membaca sepintas lalu. Mengikut penulis buku, Nicholas Carr, apabila kita mencari maklumat di internet, kita tidak melihat hutan, pokok tapi ranting dan daun. Contonhya, hyperlinks, jambatan antara laman web yang menggerakkan anda dari satu laman ke laman yang lain. Kadang-kadang, pembaca tidak sempat pun menghabiskan satu halaman dan memahami kandungannya, dia terus ke halaman yang dipautkan dengan harapan yang laman itu akan memberi maklumat yang lebih baik. Ini menjadikan maklumat yang dikumpul (hasil pembacaan yang tidak habis) menjadi bercelaru dan beselerak. Kebanyakan pengguna internet ingin membaca dengan cepat dan sepintas lalu supaya mereka boleh membuka laman web yang seterusnya.

Menjadi Kurang Produktif
Apabila kita melayari internet, kita seolah-olah masuk ke dalam suatu sistem gangguan teknologi ke atas hidup kita. Internet menyebabkan kita melakukan beberapa kerja dalam satu masa. Seperti yang disebutkan, dalam masa kita membaca secara online,kita mungkin juga melayan Facebook, memeriksa email dan melakukan pencarian maklumat lain. Kita seolah-olah mahu menyiapkan semua kerja secepat mungkin. Secara peribadinya, saya juga pernah mengalami keadaan sebegini. Akhirnya, tiada satu pun kerja yang siap dan kalau pun siap, ia tidak sempurna dan tidak berkualiti. Malangnya menurut kajian, otak kita tidak berfungsi dengan baik dengan melakukan pelbagai tugas. Melakukan kerja yang berselang seli(dengan berpindah dari satu halaman ke halaman lain dan kembali semula ke halaman yang telah dilawati) boleh menjejaskan tempoh tumpuan. Ini kerana ia menjadikan otak kita hilang pautan/connection terhadap maklumat penting sehingga menyebabkan kita mengambil masa yang lama untuk menyempurnakan sesuatu tugas lantaran kita terpaksa membaca dan mengingat kembali apa yang sedang kita kerjakan.

Mempengaruhi Tingkah Laku
Hakikatnya, laman sesawang sosial seperti Facebook telah banyak mempengaruhi tingah laku pengguna di seluruh dunia. Beberapa kejadian yang diloparkan oleh media-media seperti bunuh diri, kemurungan dan penipuan harus menjadi pengajaran kepada pengguna facebook.

Tanpa kita sedari, Facebook telah menyebabkan seseorang merasakan dirinya hebat, mahu dikagumi dan pentingkan diri sendiri. Pengguna Facebook yang mempunyai sifat-sifat ini menjadikan facebook sebagai platform untuk mempromosikan diri. Mereka ini akan kerap meletakkan gambar-gambar dan mengemaskini aktiviti-aktiviti dengan sekerap mungkin dan mengharapkan respon dari rakan-rakan yang lain. Mereka juga akan meng’add’ rakan sebanyak yang boleh kerana motif mereka untuk mempromosikan/memfamouskan diri sendiri walaupun tidak mengenali rakan yang di ‘add’. Sikap ini dikenali oleh pakar psikologi sebagai Narsissi iaitu keegoan berlebihan. Situasi ini berbeza dengan mereka yang ingin berkongsi aktiviti-aktiviti dengan saudara mara dan rakan-rakan. Ini kerana mereka hanya akan meng’add’ orang-orang yang mereka kenal sahaja, justeru post gambar dan update hanya terhad kepada orang yang hanya mengenali mereka sahaja.

Walaupun Facebook hanya alat di alam maya, tapi ia memberi kesan di alam nyata terutamanya apabila orang lain menganggap ia sesuatu yang penting. Seorang rakan pernah mengadu kepada saya kekesalannya kerana walaupun sudah lama dia ‘add’ saya di Facebook namun saya masih tidak ‘approve’. Ini sedikit sebanyak menyebabkan saya rasa bersalah walaupun saya sendiri tidak mengganggap Facebook sesuatu yang penting. Situasi ini adalah antara kesan emosi dihasilkan oleh facebook.

Menghakis Keupayaan Membaca
Trend membaca dikatakan akan berubah dengan adanya teknologi seperti ebook. Anda tidak perlu lagi membawa buku yang tebal untuk membaca. Cukup dengan sebuah ebook/komputer tablet yang mengandungi bukan sebuah buku tapi berpuluh-puluh malah beratus-ratus buah buku. Namun, ramai pakar menyifatkan membaca melalui ebook/computer tablet adalah kurang berkesan dan buku dipercayai akan terus kekal popular buat selama-lamanya.

Apabila kita membaca di ebook/komputer tablet, kita tidak lagi membaca dalam keadaan yang sebenar. Ia membawa kita untuk membaca secara cepat dan tergesa-gesa. Kajian yang diterbitkan oleh sebuah journal mendapati membaca secara online mungkin tidak memberi manfaat yang sama seperti membaca buku yang bercetak. Ini kerana ia melibatkan manipulasi komputer yang mengganggu kemampuan kita memberi tumpuan. Tidak seperti buku dimana kita secara fizikal boleh mengalihkan muka surat, teks online hanya bergerak ke atas dan ke bawah. Ini memberi satu keadaan yang berbeza berbanding dengan buku yang dicetak.

Bagi mereka yang melakukan kajian dan penyelidikan dan selalu menjadikan internet sebagai sumber mendapatkan journal adalah lebih baik untuk mencetak journal dari membaca secara soft copy di computer. Journal-journal yang dibaca secara soft copy tidak dapat menggantikan sentuhan kertas cetakan tradisional yang telah menjadi kebiasaan kepada penyelidik-penyelidik dan sarjana-sarjana sejak sekian lama.

Keterujaan kita terhadap kecanggihan teknologi tidak seharusnya memberi kesan buruk seperti yang dinyatakan diatas. Ini tidaklah bermakna anda perlu membuang terus internet dari hidup anda tapi cukuplah sekadar mengehadkan penggunaannya untuk perkara-perkara yang penting dan tidak sampai ke tahap ketagihan. Jika anda merasakan apa yang ditulis memang terjadi dalam kehidupan, ambil langkah-langkah mengatasinya dan mengelakkan diri anda dari terus terjerumus ke dalam perangkap internet.

We live to life and there are much more things to do in real life other than in cyberspace.

Related Posts with Thumbnails
← Next post Previous post →

Subscribe / Share

Article by amuslimhouse.com

He love writing, he love sharing. He love to touch others with his own style of writing. amuslimhouse.com tagged this post with: , , , , , , , Read 146 articles by amuslimhouse.com
3 Comments Post a Comment
  1. ena says:

    Penulisan yg masuk akal,sy setuju

    [Reply]

    amuslimhouse.com Reply:

    ya, memang masuk akal. ini semua ditulis berdasarkn research. apa yang lebih membimbangkan, malaysia adalah negara dimana rakyatnya antara yang paling aktif berfacebook.

    [Reply]

  2. nurul says:

    mudah-mudahan rakyat Malaysia menggunakan facebook untuk tjuan baik..

    [Reply]

Leave a Reply




There is no real happiness in this world until the death is coming.

aMuslimHouse’s Facebook

Pages

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse

Categories

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul

Artikel Bersiri

iluvislam
free counters

Archives

Solat Time

Calendar

May 2011
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031