Tulisan kali ini, saya ingin menulis ala-ala Tun Mahathir:
1. Tulisan kali agak pendek dan hanyalah random post.
2. Beberapa hari lepas seorang rakan menge’post’ sebuah gambar di ‘wall’ Facebook saya. Gambar itu adalah berkaitan dengan keratan sebuah akbar tentang kenyataan Perdana Menteri tentang kejayaan kerajaan pusat yang mendirikan lebih banyak masjid di Kelantan berbanding kerajaan negeri sendiri. Ini gambar dan komen-komen yang diberikan.
3. Masjid adalah tempat beribadat umat islam. Malah ia adalah tempat mencari ketenangan bagi orang-orang yang beriman.Di zaman Rasullah dan kehebatan Islam suatu ketika dulu, masjid menjadi bukan sahaja tempat beribadat tapi juga tempat aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang lain.

(Sumber: photo)
4. Apa yang menjadi masalah kini ialah kegairahan sesetengah umat islam untuk membina masjid yang cantik(untuk menunjukkan orang islam itu hebat) tanpa mengambil berat akan kehadiran jemaah untuk setiap waktu. Kebanyakan masjid yang dibina di Malaysia adalah bersandarkan kepada fakta untuk menampung jemaah unuk solat Jumaat.Maka, terjadilah keadaan seperti yang anda baca dikomen tadi, iaitu sewaktu saya dan rakan-rakan singgah di Masjid Wilayah pada waktu subuh(Gambar), hanya terdapat Imam dan Bilal sahaja.
5. Seharusnya kerajaan mengambil langkah proaktif untuk membudayakan islam dalam masyarakat. Kalau diberi alasan kesibukan berkerja terutamanya di bandar-bandar besar, ia mungkin boleh diterima. Tapi situasi masjid hanya dipenuhi beberapa saf sahaja ketika solat jemaah(terutamanya maghrib dan isyak) turut berlaku di kampung-kampung yang majoriti masyarakatnya hanyalah petani dan mustahil pada waktu itu mereka masih lagi berkerja. Ini menunjukkan bahawa budaya me’masjid’kan diri dalam masyarakat masih kurang. kadang-kadang,orang yang solat berjemaah di masjid adalah orang yang sama.
6. Di Kelantan saya difahamkan, setiap kali solat, jemaahnya penuh walaupun masjidnya biasa-biasa dan tak hebat seperti di Kuala Lumpur. Ia satu perkara yang baik. Namun apa yang dikesalkan ialah ketiadaan peluang perkerjaan menyebabkan ramai rakyatnya berhijrah negeri atau bandar-bandar besar.Kelantan juga tersenai antara negeri termiskin di Malaysia. Harus diingat, Islam merangkumi pelbagai termasuk juga pembangunan rohani dan fizikal.
7. Bila ada rakan-rakan yang complaint:
“apa la kerajaan, buat masjid besaq-besaq, beribu-ribu ringgit tapi tak dak ‘orang’ nak pi pun”
Satu perkara yang bermain difikiran saya ialah ,siapakah ‘orang’ yang dimaksudkan? bukankah yang complaint tu adalah orang juga? adakah dia juga selalu ke masjid atau hanya tahu complaint sahaja?
Betapa saya selalu lihat ramai rakyat Malaysia hanya tahu complaint tapi tak buat apa-apa pun. Mereka complaint itu dan ini. Orang islam sewajaranya menggunakan sepenuhnya kemudahan yang telah kerajaan sediakan. Kalau dah ada masjid selalulah pergi masjid dan lepas tu kalu nak complain tak apa la.Paling tidak kita dah tunaikan tanggungjwab fardu Kifayah.
8. Saya pelik tengok orang yang tak ada perasaan langsung bila dengar muazzim melaungkan azan kat masjid terutamanya waktu maghrib. Waktu azan, ramai yang duduk di kedai makan buat tak kisah je walaupun masjid hanya diseberang jalan.Tak ada feeling langsung. Yang bertambah pelik ada pulak yang stay di kedai makan sehingga Azan insya.Tak malu ke bila Muazzim kata’ marilah bersolat’. Kalau tak malu kat orang lain pun malulah kat haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang sentiasa memuji Allah?.
9. Setakat ini sahaja untuk post kali ini. Jadi, mari kita sama-sama mengimarahkan masjid. Rugilah kalau kerajaan buat masjid cantik dan melibatkan kos beribu-ribu ringgit kalau kita tak memanfaatkan sepenuhnya. Kalau tak dapat pergi tiap-tiap waktu pun pergilah waktu maghrib dan isya’. Kalau masih tak berkesempatan kerana balik kerja agak lewat,pastikan anda peruntukkan masa waktu cuti hujung minggu.Dengan ayat mudah ‘pastikan tok imam nampak muka kat masjid gak’. Jangan tunggu nak kahwin barulah sibuk nak pergi masjid dan berkenalan dengan imam.




















Secara peribadi, saya katakan apa yang perlu dirawat dahulu ialah cara fikir kita. Jika meletakkan Islam hanya sekadar ritual solat, puasa, zakat, haji sampai bila-bila kita tidak mampu membuat sebarang anjakan paradigma.
Poin ke-8 itu biasa saya perhatikan di masjid tempat saya.
[Reply]
MDHAFiZ.NET Reply:
April 15th, 2011 at 10:12 pm
amat setuju dgn pendapat saudara itu
[Reply]
salam tuan,
tumpang laluan..isu ni dah lama dan tuan guru ada pernah jawab..kerajaan negeri tak ‘cara’ sangat pasal pembinaan masjid baru dema nak galakkan rakyat menyumbang. kerajaan akan cover pembaikpulihan (maintanance) dan top-up sikit-sikit aje.
masjid baru ada tapi bukan kerajaan negeri yang bina, rakyat yang bina masjid/surau/balaisah sendiri. amacam? OK?
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
March 26th, 2011 at 3:47 pm
wsalam untuk info, baru saya tahu. Tapi saya mushkil, adakah kerajaan negeri tak ‘cara’ kerana tak da peruntukan atau sengaja sebab nak did rakyat?
[Reply]
I am really glad to have found an interesting site while searching for a couple of related literature for my school work. Allow me to cite this article as a source, with due acknowledgments. Hello from Cambodia! Nicely-written articles like yours are truly priceless materials to us researchers.
[Reply]