Motivasi disebalik Solat

solatSolat adalah penghubung utama antara hati manusia dengan Allah.Dalam sehari kita diwajibkan bersolat sebanyak lima kali sehari. Pengabaian terhadap tanggungjawab ini menyebabkan ramai muslim mudah terjebak ke kancah kemaksiatan; zina, gejala dadah, gangsterisme, pemujaan dan sebagainya.Dalam tinjauan yang dilakukan ke atas remaja yang terlibat dalam gejala sosial mendapati kebanyakan remaja ini tidak mengambil peduli akan solat.

Kita harus sentiasa ingat, solat adalah kunci untuk amalan lain diterima Allah. Tanpa mengerjakan solat yang diibaratkan sebagai tiang agama, amalam-amalan baik yang lain hanya sia-sia.Jesteru,setiap muslim tidak harus mengambil sambil lewa akan tanggungjwab mereka sebelum melaksanakan tuntutan agama yang lain.

1. Membuka Pintu Rezeki
Kebanyakan masyarakat beranggapan bahawa rezeki itu hanyalah harta dan wang ringgit.Akhirnya, mereka berkerja siang malam hanya untuk itu. Mereka berkerja keras sehingga meninggalkan solat dan mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anak, kasih sayang dah perhatian yang secukupnya. Natijahnya, masalah melanda rumah tangga, anak-anak menjadi liar dan hati selalu tidak tenteram.

Puncanya, kerana mereka tersalah mentafsir rezeki. Sebab itu Islam meletakkan solat sebagai kunci kepada rezeki. Mengajak keluarga menunaikan solat, akan melahirkan keharmonian dah ketenangan dalam rumah tangga. Si suami yang selalu bersolat jemaah di masjid,akan membawa pulang ‘cahaya kebahagiaan’ kepada keluarga.

Ingat, wang dah harta benda bukanlah rezeki yang mutlak, tapi keluarga yang bahagia mampu memberi kita ketengangan dan kebahagian yang lebih baik yang akan memotivasikan anda untuk berkerja dengan lebih kuat.

2) Pencetus Idea dan Ilham
Cuba tanya diri anda, tatkala anda berasa keliru untuk membuat keputusan, apa yang anda lakukan.Tatkala seorang lelaki mahu melamar anda sebagai isteri dan anda terasa sangsi, apa yang anda lakukan?.Dan ketika anda mendapat banyak tawaran ke universiti dan ragu-ragu universiti manakah yang terbaik buat anda, apa yang anda lakukan Adakah anda terus berfikir dan berfikir?. Atau anda membiarkan masalah itu terus membelungi tanpa jalan penyelesaian.Jadi bagaimana?

Jawapannya ada dalam solat.Orang yang menunaikan solat akan dibuka hatinya oleh Allah. Lihat sahaja para nabi , setiap kali mereka berada dalam situasi sukar, mereka pasti berdoa.

3)Memperkuatkan Mental dan Fizikal
Solat yang khusyuk melatih kita untuk menjadi fokus dalam setiap perkara yang kita lakukan.Bagaimana? Dalam solat,kita diajar untuk khusyuk dan memahami setiap maksud bacaan. Solat melatih kita mendiamkan anggota zahir dan dalam pada masa yang sama menggerakkann angota batin iaitu hati dan minda untuk memahami maksud bacaan.

Solat juga mampu menguatkan fizikal anda. Bandingkan perbezaan tatkala anda bangun subuh pada waktunya dan keadaan anda bangun lewat.Jika anda bangun lewat, anda akan terasa tidak bersemangat, lesu dan tidak bermotivasi. Sebab itulah, dalam islam kita digalakkan agar tidak tidur selepas subuh.

4) Penyeri Wajah dan Penguat Jiwa

Orang yang mengerjakan solat dengan khusyuk akan lahir ketenangan atau sakinah dalam dirinya.Ketenganan ini akan memberi dua kebaikan.

Pertama, wajahnya akan kelihatan berseri kesan daripada kebersihan hati. Orang yang berseri wajahnya bukanlah bermakna dia cantik atau kacak tetapi diwajah ada ketenagan pada orang yang melihatnya.

Kedua, ketenangan itu akan memberi kekuatan untuk menghadapi masalah. orang yang tenang akan sentiasa sabar, tidak gelabah dan menyelesaikan sesuatu masalah dengan tersusun.

5) Matang
Orang yang matang adalah orang yang bijak membuat keputusan berdasarkan sebab-sebab yang munasabah. Mereka tahu menzahirkan emosi berdasarkan keadaan dan bertindak mengikut keperluan.

Orang yang khusyuk dalam solat membuahkan ketajaman fikiran. ini memberi kesan dalam aspek berfikiran dan membuat keputusan. Orang matang tidak akan menghabiskan masanya dengan perkara yg tidak berfaedah.

6) Melatih diri menepati masa
Islam meletakkan solat lima waktu sebagai satu signifikan agar manusia tidak pernah lupa akan penciptanya.Solat lima waktu perlu ditunaikan pada awal waktunya, maka seseorang yang selalu bersolat akan menunaikan tepat pada waktunya.Jadi, solat lima waktu merupakan satu latihan tersusan untuk meningkatkan kualiti jiwa seeorang.

7) Mendapat Pertolongan Diluar Jangkaan

Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan memperkukuhkan pendirian kamu-Muhammad ayat 7.

Jika kita menolong agama Allah dengan menjaga solat dan mengajak orang lain mengerjakannya, Allah kan menolong kita pada waktu yang kita tidak jangka,dalam keadaan kita buntu dan tak tahu apa yang perlu dibuat.

Tunaikan solat tepat pada waktunya, dengan penuh khusyuk, memahami setiap ayat-ayat al-Quran yang dibaca dan secara berjemaah.

Sekadar renungan untuk diri sendiri dan anda semua.

Gambar disini

Related Posts with Thumbnails

Subscribe / Share

Article by amuslimhouse.com

He love writing, he love sharing. He love to touch others with his own style of writing. amuslimhouse.com tagged this post with: , , , , , , , , , Read 168 articles by
It's very calm over here, why not leave a comment?

Leave a Reply




Pages

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse

Categories

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul

Artikel Bersiri

iluvislam
free counters

Archives

Solat Time

Calendar

December 2010
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031