4 Disember lepas, kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON95, dan diesel, lima sen setiap kilogram bagi Gas Asli Cecair(LPG) dan 20 sen satu kilogram bagi gula.
Berikutan itu, harga RON 97 ialah RM 1.90 seliter,diesel RM 1.80 seliter, LPG RM 1.90 sekilogram dan gula RM2.10 sekilogram.
Pengumuman itu dibuat setelah kerajaan dibawah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan(PEMANDU) melakukan penelitian dengan harapan agar penjimatan wang hasil pengurangan subsidi akan dapat digunakan untuk membantu rakyat dalam cara lain seperti pendidikan, naik taraf insfrastructure, menambahbaik pengangkutan awam, dan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah. Ini sebahagiaan dari usaha kerajaan untuk menjadikan malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.
Disebalik semua rasionaliti dan penerangan oleh kerajaan, rata-rata rakyat masih kesal dengan tindakan kerajaan itu. Peningkatan harga semua komuniti ini secara tidak langsung akan meningkat harga barang-barang keperluan lain. Dalam pada kerajaan meminta rakyat memahami langkah yang diambil, makin ramai rakyat terutamanya di luar bandar yang terpaksa menanggung kesan kenaikan taraf hidup.
Saya ingin berkongsi komen oleh bekas pensyarah saya yang boleh dijadikan reflection dalam menghadapi situasi ini. Komen itu dibuat ke atas status Facebook saya yang berbunyi:
when i read the whole text of the budget 2011,i think it mostly benefit the middle, profesional dan high class people and not much focus to the poor rakyat in the kampung who gain few hundreds ringgits a months and have to bear the increased in oil and consumer products. the whole budget is about to make rich become ri…cher and the poor..ermmmm..remains poor.this is so called 1Malaysia haa?
Ini adalah komen balas oleh bekas pensyarah saya:
suami & saya pun berbincang tentang hal ini. Kalau kita lihat secara lebih jauh i.e. the bigger picture kata omputih tu, ini sebahagian dari agenda Yahudi. Bila kita teliti peringatan-peringatan yang Allah bagi pada kita dalam Al-Quran dan …juga hadith-hadith Rasulullah, kita akan nampak. Antaranya:
1) walaupun kita menyatakan beriman kepada Allah, tetapi bila tiba soal rezeki itu datang dari siapa, kita sering alpa rezeki itu datang dari Allah. Kita jadi takut pada manusia & kuasa yg ada pd mereka, subconsciously kita mengakui rezeki itu manusia2 itu yg beri.2) kalau kita lihat luar dari konteks tanahair tercinta, umat Islam di seluruh dunia, kekayaan hasil bumi mereka ‘dicuri’ dan seboleh-bolehnya puak kafirun seolah-olah mahu umat Islam hidup melarat dan bergantung pada mereka. Contoh: projek2 kemanusiaan di Afrika. Secara mata kasarnya, memang baik sangat niat NGO2 barat yang datang buat sekolah, buat projek air bersih di Afrika tu. Tapi yg terselindungnya? Mereka dah curi intan berlian di situ, dah kaya berkepuk-kepuk, kemudian datang semula buat kebajikan. Dah bergantung pulak orang-orang Afrika tu kepada mereka. Kan?
3) dalam konteks Malaysia sendiri, tugas kerajaan yang memerintah untuk memastikan rakyat mendapat keperluan asas, contohnya makanan. Tapi harga barang makanan seperti beras, telur, ayam etc tak mampu dikawal oleh kerajaan. Macamana itu boleh terjadi?
faizal: saya bangga punya pelajar yg prihatin seperti awak
![]()
Jadi, sama-sama kita fikirkan….




















hehe, tataulaaa apa komen aku.. inflasi kot.. sebab tuelaa jadik camnie.. skang nie, semua orang dah kene ade financial education nak hidup.. setakat ader kerja takleh jamin hidup selesa lagi.. skang nie, job security tak sama ngan financial security..
.-= samanosuke_04´s last blog ..Profile Pic Kartun kat Facebook Sempena Kempen “Fight Child Abuse” =-.
[Reply]
Saya tak taw nak komen apa pasal saya tak belajar bab ekonomi ni.
Tapi sekarang ni takde effek kat saya lagi pasal dok single lagi kan..kete moto pun takde..memang tak terasa lah..hehe
yang kerja kat bandar rasanya lebih rasa kot.
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
December 25th, 2010 at 10:48 pm
sy pun xla belajar sangat bab ekon0mi ni tapi still rasa perlu ambik tahu..memang orang yg single macam sy dan kamu tak terasa sangat akan kenaikan tapi orang yang berkeluarga sangat terasa terutamanya kat bandar….ini bukan cakap kosong, since i started work, i heard comment from my married co-workers how difficult their life now…
to us, still single, we should plan our life very well la before get married.in the first stage of marriage, we might not feel much burden but once we have children and they grew up,we might face financial problem if we not have planning….
[Reply]
hafizmd Reply:
December 29th, 2010 at 11:56 am
setuju 100%….apa jua yg sudah kerajaan laksanakan…yg naik tetap naik…apa yg perlu macam saudara tuliskan…perancangan kita utk menghadapinya…
itu yg perlu kita fikirkan…percayalah…mmg benar apa yg saudara katakan…single mmg kurang terasa, bila dah berkeluarga dan hidup di bandar besar…pasti lebih terasa tekanannya…
namun harus kita ingat…rezeki itu milik Allah…cara nak belanja itupun kena ikut jalan Allah…insyaAllah…tekanan yg dirasai itu pasti akan lebih tenang dihadapi bilamana kita bersedia dan redha…
pandangan saye saje ni
.-= hafizmd´s last blog ..CINTA =-.
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
December 31st, 2010 at 10:17 pm
terima kasih hafiz..itu yang sebetulnya. dalam pada kita tidak berpuas hati kerana kenaikan harga barang, kita perlu bersyukur kerana cukup makan minun, ada tempat tinggal kalu compare dngn penduduk dinegara lain.
kita perlu melihat dr dua situasi berbeza, situasi dalam negara dan luar negara..
amat ketara terasa bila harga barang naik ni… nak harap turun tak der laa tuuu
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
December 25th, 2010 at 10:55 pm
hahaha..harga barang2 memang selalunya tak kan turun kalu dah naik….tak semua rakyat boleh serap kenaikan harga barang2 coz gaji tak naik pun…
[Reply]
sebenarnya de baik buruk naik harga barang ni.. yg ptg cara kita tangani situasi ni.. yg terlalu boros mungkin akan terasa sngat akan hal ni.. ape pun, dulu pun sama, dgn 50 sen macam2 leh beli, tapi skg 50 sen leh beli pe je.. yg ptg, kita perlu kawal perbelanjaan keluarga..
mmg tak dinafikan golongan miskin akan mengalami nasib yg lebih teruk, namun de juga perkara lain yg disediakna utk mereka..
cuma utk belanjawan, rasanya bab kesihatan kerajaan perlu adakan budget juga..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Deposit Cek =-.
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
December 31st, 2010 at 10:28 pm
dengan menaikkan harga minyak, subsidi dikurang. kerajaan katakan duit dari pengurangan harga subsidi itu akan digunakan untuk membantu rakyat meningkat infrastruktur, kesihatan, etc dan membantu rakyat yang betul-betul memerlukan. soalnya, adakah hasrat murni kerajaan menyalurkan bantuan kepada orang2 miskin itu sampai kepada hanya mereka yg memerlukan?atau orang yg tak sepatutnya pun dapat…hehehe
[Reply]