
(Sumber gambar di SINI)
Cinta, saya berterima kasih pada kamu
Kerana kamu saya mengenal Allah
Kerana kamu saya mengenal Ibu bapa
Kerana kamu saya mengenal keluarga
Kerana kamu saya mengenal wanita
Kerana kamu saya mengenal rakan
Kerana cintaku pada Allah
Hatiku menjadi Tenang
Jiwaku menjadi tenteram
Selaut dugaan yang datang
Ku hadapi dengan keimanan
Sejuta kenikmatan yang Kau hidang
Ku tadahi dengan kesyukuran
Tapi ya Allah
Aku kehairanan
Mengapa cintaMu tidak selalu mekar dalam diriku
Agarku sentiasa bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu….
Bagai layang-layang terputus talinya
Bagai anak ayam kehilangan ibunya
Bagai burung kepatahan sayapnya
Kerana cinta ibu dan bapa
saya lahir ke dunia
Kerana cinta seorang ibu
Cekal dia mendidik daku
Sabar murni melayan kerenahku
Tiada kedengaran sepatah keluhan
Tiada kelihatan sewajah kemarahan
Kerana cinta seorang ayah
Sanggup kau korbankan segalanya
Ketika daku ketakutan
Kau mendakap penuh pengertian
Ketika daku dalam kehampaan
Kau mengajar penuh keikhlasan
Erti kekuatan dan kesabaran
Kerana cinta yang terpancar di wajah adik-adikku
Aku menjadi bersemangat bekerja
Aku menjadi semangat untuk bangkit semula
Meneruskan kehidupan yang hanya sementara
Jika cinta itu seorang wanita
Saya benar-benar ingin berterima kasih kepadanya
Walaupun disaat cinta itu mekar
Engkau pergi tanpa bicara
Dan tatkala itu
Diri ini berkecil hati
Kerana tiada apa-apa yang boleh diberi
Diri terasa hina sekali
Kerana selama ini engkau hanya bersimpati
Saya….
Seperti melukut ditepi gantang
Seperti melutut ditepi longkang
Cinta itu membahagiakan saya. Cinta itu menginspirasikan saya. Cinta itu memotivasikan saya.
Jika cinta itu adalah seorang lelaki
saya ingin menawarkan diri untuk menjadi sahabatnya
Ingin benar saya nyatakan dialah pendorong buat saya
Dialah pencetus inspirasi hidup saya
Jika cinta itu adalah anda
saya ingin menatap wajah anda, mengenali diri Anda,
Saya ingin mendakap anda seerat-eratnya
sebagai tanda terima kasih ikhlas dari hati saya
Cinta anda menyemarakkan inspirasi dalam diri saya
Terima kasih kerana amat mengenali saya
Walaupun hanya di alam maya.


















