Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Entri kali ini saya hanya mahu menyambung artikel bersiri yang sudah lama tertangguh. Walaupun sudah hampir 2 tahun,saya tetap mahu menghabiskan siri ini kerana ingin menunaikan janji yang pernah saya buat kepada kepada seseorang. Jika ini kali pertama anda membaca siri ini, sila baca siri 1, siri 2 dan siri 3 terlebih dahulu.
Evolusi Kejadian Manusia
Salah satu perkara penting dalam teori Darwin ialah prosess kejadian manusia. Darwin mendakwa yang manusia berevolusi secara berperingkat-peringkat dan berasal dari beruk (ape). Dalam proses evolusi ini yang dianggarkan bermula 3-4 million tahun dahulu, wujud transitional form diantara manusia moden dan dari makhluk manusia berasal (ape). Berdasarkan kepada anggapan ini, empat kategori asas manusai telah disenaraikan:
1. Australopithecines (Australopithecus)
-Bermaksud “beruk Afrika Selatan”. Australopithecus, yang tidak lebih daripada sejenis beruk purba yang telah pupus, mempunyai beberapa jenis. Sebahagiannya memiliki susuk tubuh yang sempurna, sementara yang lain bertubuh kecil dan kurus.
-Semua spesies Autralopithecus adalah beruk-beruk yang telah pupus yang menyerupai beruk hari ini.
-Saiz tengkorak mereka adalah sama atau lebih kecil daripada cimpanzi kini. Mereka menggerakkan tangan dan kaki mereka untuk memanjat seperti cimpanzi dan kaki mereka mempunyai kebolehan untuk bergayutan di dahan pokok.
-Australopithecus jantan mempunyai tubuh yang lebih besar daripada betina.
-Kebanyakan kriteria seperti bentuk tengkorak mereka, jarak mata yang rapat, gigi geraham yang tajam, struktur rahang, tangan yang panjang, dan kaki yang pendek, adalah bukti jelas yang menunjukkan hidupan-hidupan ini tidak berbeza daripada beruk-beruk hari ini.2. Homo habilis
-Ahli-ahli evolusi mengklafikasikan peringkat berikutnya sebagai “homo”, iaitu manusia.
-Hidupan pada peringkat “Homo” lebih maju daripada Australopithecus, dan tidak banyak berbeza dengan manusia moden kini.
-Manusia moden ini, yang dikenali sebagai “homo sapiens”, dikatakan telah mengalami perubahan pada peringkat terakhir proses evolusi spesies ini.
-Homo habilis pun diperkenalkan sebagai transitional form Australopithecus-Homo erectus.
Diperkenalkan pada tahun 1960an oleh seorang pengkaji, Leakeys.
-Mempunyai saiztengkorak yang besar, kebolehan berjalan tegak dan menggunakan batu dan kayu sebagai peralatan dan mempunyai tengkorak yang lebar. Oleh itu, kemungkinan ia adalah moyang manusia.
-Namun,berdasarkan penemuan fosil baru pada akhir 1980an,pengkaji seperti Bernard Wood dan C. Loring Brace telah membuat kenyataan berdasarkan kepada penemuan baru ini, bahawa Homo habilis, sepatutnya diklafikasikan sebagai “Australopithecus habilis.
-Ini kerana Homo habilis mempunyai banyak kriteria yang menyamai spesies beruk Australopithecus. Ia memiliki tangan yang panjang, kaki yang pendek dan struktur tengkorak seperti beruk, begitu juga dengan Australopithecus. Jari-jari dan ibu jarinya amat sesuai untuk memanjat. Struktur rahangnya amat mirip dengan beruk-beruk biasa.
-Kesimpulannya, Homo habilis yang diperkenalkan sebagai spesies yang berbeza sebenarnya adalah daripada spesies yang sama dengan Australopithecus.3. Homo erectus
-Homo erectus bermaksud “manusia yang berjalan tegak”.
-Ahli-ahli evolusi telah membahagikan manusia-manusia dengan menambahkan kualiti “kesukaran berdiri tegak”, kerana semua fosil-fosil homo adalah menegak atau lurus, yang tidak terdapat pada mana-mana spesimen Australopithecus atau Homo habilis.
-Tidak terdapat sebarang perbezaan di antara tengkorak manusia moden dan Homo erectus.
-Fosil yang menjadikan Homo erectus terkenal di seluruh dunia ialah fosil Pekin Man dan Java Man yang ditemui di Asia.
-Bagaimanapun, kedua-duanya fosil telah dikenalpasti sebagai tidak asli. Pekin Man mengandungi beberapa elemen yang diperbuat daripada plaster menggantikan serpihan asli yang telah hilang.
-Sementara, Java Man pula adalah gabungan serpihan tengkorak yang bercampur dengan tulang pinggul, yang ditemui beberapa meter daripadanya, tanpa ada tanda-tanda menunjukkan keduanya daripada hidupan yang sama.4. Homo Sapiens Archaic, Homo Heidergensis, dan Cro-Magno Man
-Mengikut ahli-ahli evolusi, evolusi dalaman spesies Homo adalah seperti berikut:Homo Erectus, kemudian Homo sapiens archaic dan Neanderthal Man, diikuti dengan Cro-Magno Man dan akhirnya manusia moden. Bagaimanapun, pengklafikasian ini hanyalah perbezaan bangsa-bangsa manusia sahaja. Perbezaan di antara mereka tidak lebih daripada perbezaan seperti orang kulit putih dan orang kulit hitam.
-Archaic Homo sapiens adalah species terakhir sebelum manusia moden. Sebenarnya, Mengikut ahli-ahli evolusi tidak dapat menerangkan dengan lebih terperinci tentang manusia ini kerana hanya terdapat beberapa perbezaan yang amat kecil di antara mereka dan manusia moden. Malah, sebahagian besar penyelidik percaya bangsa ini masih hidup hingga kini dengan merujuk kepada bangsa Aborigine di Australia (orang asli Australia) sebagai contoh. Seperti juga Homo sapiens, orang asli Australia ini juga mempunyai kening yang menonjol, struktur tulang rahang yang dalam, dan tengkorak yang kecil. Tambahan pula, beberapa pencarian telah membawa kepada beberapa kelompok manusia yang hidup di Hungary dan di beberapa perkampungan di Itali, tidak beberapa lama dahulu.
-Homo heilderbergensis adalah sama dengan Homo sapiens archaic. Penggunaan dua istilah untuk mendefinasikan satu bangsa manusia yang sama adalah disebabkan oleh konsep-konsep berbeza di antara oleh ahli-ahli evolusi. Semua fosil yang dimasukkan di bawah kelas Homo heilderbergensis, dirujuk sebagai manusia yang mempunyai struktur tubuh badan yang mirip dengan bangsa Eropah yang telah hidup 500 ribu sehingga 750 ribu tahun dahulu di England dan kemudian di Sepanyol.
-Cro-Magnon Man pula telah dianggap sebagai bangsa Eropah, tetapi struktur dan lebar tengkoraknya kelihatan lebih mirip kepada beberapa bangsa yang tinggal di Afrika dan kawasan-kawasan tropika hari ini. Ia memiliki tengkorak yang berbentuk kubah dan dahi yang luas. Tengkoraknya jauh lebih besar daripada tengkorak manusia kini. Ia mempunyai kening yang tebal dan tulang yang menonjol di belakang, sama seperti kriteria Homo erectus.
Kaitan Darwinism dan Communism
Mengikut ahli-ahli evolusi, evolusi dalaman spesies Homo adalah seperti berikut:Homo Erectus, kemudian Homo sapiens archaic dan Neanderthal Man, diikuti dengan Cro-Magno Man dan akhirnya manusia moden. Pengklafikasian ini hanyalah perbezaan bangsa-bangsa manusia sahaja. Perbezaan di antara mereka tidak lebih daripada perbezaan seperti orang kulit putih dan orang kulit. Dengan perkataan yang mudah, kepelbagaian bangsa dengan pelbagai bentuk warna kulit adalah terhasil daripada process evolusi. Apa yang membuatkan teori diatas menjadi bahaya kepada dunia ialah orang eropah menganggap mereka adalah bangsa yang termaju dalam proses evolusi itu, tidak seperti bangsa-bangsa lain didunia. Oleh itu, mereka manganggap bangsa mereka lebih baik dan berhak menindas bangsa-bangsa lain yang dilabel sebagai inferior. Ini membolehkan mereka menjajah, menindas dan membunuh orang-orang dari kaum lain tanpa rasa bersalah dan berperikemanusian.
Saya percaya, anda tentu pernah mendengar cerita Chistoper Columbus mengelilingi dunia, kolonism British di negara-negara dunia ketiga, pembunuhan beramai-ramai orang asli Amerika, pemerintahan kuku besi Hitler di Jerman, Mussolini di Itali, Stalin in Rusia, Kekejaman kerajan komunis Mao Tse-Tsung di China, Pol Pot di Kemboja, penindasan masyarakat islam di Turkestan, Penindasan di Chehnya, Perang dunia kedua dan konsep kapitalism dalam ekonomi. Semua perkara-perkara yang saya nyatakan di atas mempunyai kaitan rapat dengan teori Darwin.
Untuk siri seterusnya, akan saya terangkan secara ringkas bagaimana cerita sejarah diatas berkait dengan teori evolusi Darwin. Sebagai pengakhiran, renunglah maksud ayat-ayat al-Quran dibawah:
We created man from the purest kind of clay; then made him a drop in a secure receptacle; then formed the drop into a clot and formed the clot into a lump and formed the lump into bones and clothed the bones in flesh; and then brought him into being as another creature. Blessed be God, the Best of Creators! (Qur’an, 23:12-14)





















meneroka ke alam sains yang luas terbentang
[Reply]
salam singgah kawan..
apa khbar? diam lama tanpa berita..huhu..tertunggu gak posting yag seterusnya..huhu
moga suksek sllu
[Reply]
hehe, nanti ko blaja medic cam aku nie.. ko tau laa sedikit sebanyak pasal evolution theory nie.. sebab orang2 kat sini macam terima teori nie.. dan diorang apply dalam pendidikan diorang..
.-= samanosuke_04´s last blog ..Aku VS Lisa Surihani… =-.
[Reply]
ada tak tuk siri selanjutnya (teori darwin)?
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
November 22nd, 2011 at 2:10 pm
terima kasih saudari Ain kerana singgah diblog ni..sebenarnya memang ada untuk siri seterusnya. dulu perancangan saya siri ini akan tamat sehingga siri ke-7. Namun sudah hampir 2 tahun ia tertangguh.Saya akan cuba habiskan penulisan siri ini secepat mungkin, insya-Allah cuba sedaya upaya sebelum tirai 2011 berlabuh..
terima kasih dan maaf kepada yang barangkali sudah lama menunggu siri-siri seterusnya.Saya tulis artikel bersiri ni pun atas request seorang rakan.
Terima Kasih…^_^…
[Reply]
Pernah dengar teori ni dulu,tapi memang tak logik sebab sedangkan manusia pertama pun memang cantik sempurna,nabi Adam..tapi masa tu tak tahulah nape teori tu..tak pernah terfikir nak tahu dulu.Baruni tengok tv hijrah ringkas tapi padat tentang teori darwin ni,penerangan kenapa ramai orang tertipu..a fraud..
Terfikir jugak masa sekolah rendah dulu ada majalah Tunas Sains,Rakan Sains,selaluje keluar gambar dinasour..masa tu minda ni senang dipengaruhi apa yang dibaca..ohh,ada dinasourke dulu?Tak tahu percaya ke tidak.Tapi bacajelah..Macam-macam jenis dinasourla,burung2,..adeke sebenarnya..Kalau dalam cerita kartun, manusia zaman batu yang hidup dalam zaman dinasour tu..tertanya2 tapi tak pernah fikir nak kajipun..wallahualam..
[Reply]