Pada 12 April lepas,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Barack Obama mengadakan perbincangan dua hala di Washington dalam pertemuan yang dilihat sebagai satu lagi langkah ke hadapan dalam hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat.Kedua-dua pemimpin itu berbincang di Pusat Konvensyen Walter E. Washington sebelum berlangsungnya Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear(Nuclear Security Summit).
Najib dan Obama kelihatan tenang semasa mereka mengadakan pertemuan yang berlangsung selama 40 minit, lebih lama daripada yang dijadualkan selama setengah jam. Mereka diapit oleh Pemangku Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim yang juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton. Perdana Menteri merupakan antara hanya dua pemimpin dari Asia yang bertemu dengan Obama selain Presiden Hu Jintao dari China.
Nuclear Security Summit Washington 2010
Pertemuan antara Najib dan Obama adalah bersempena dengan Nuclear Security Summit yang menghimpunkan 48 pemimpin lain dunia di sini untuk membincangkan inisiatif Obama untuk membanteras keganasan nuklear.Ia adalah himpunan terbesar ketua-ketua kerajaan atau wakil mereka dari seluruh dunia di Washington bagi membolehkan Obama menggembleng sokongan dalam usaha membanteras keganasan nuklear.
Presiden Obama mahukan komitmen dari semua negara agar bahan-bahan nuclear tidak terlepas ke tangan pengganas dengan tunpuan diberi kepada Iran dan Korea Utara yang didakwa bercita-cita mahu memiliki senjata nuclear sendiri.Ini adalah kali pertama selepas 60 tahun pertemuan antara negara-negara dalam membincangkan isu-isu berkaitan nuklear.
Apa itu Nuklear?
Masyarakat umumnya selalu mempunyai pandangan negatif terhadap nuklear. Mendengar sahaja perkataan nuklear, pasti tergambar akan bencana yang bakal dibawa oleh bahan yang mempunyai banyak manfaat kepada kehidupan. Ini mungkin berkait rapat dengan kejadian yang berlaku lebih 60 tahun di Hiroshima dan Nagasaki yang telah membunuh 140000 orang di Hiroshima dan 80000 di Nagasaki. Walaupun telah lama berlalu, kesan radiaktif ynag dihasilkan masih terasa sehingga sekarng seperti kelahiran bayi yang cacat akibat dari kesan mutasi.
Nuklear atau lebih tepat lagi teknologi nuklear didefinasikan seperti berikut:
Nuclear technology is technology that involves the reactions of atomic nuclei. It has found applications from smoke detectors to nuclear reactors, and from gun sights to nuclear weapons.
Definasi itu saya ambil diwikepedia, kalau hendak tahu lebih lanjut, silalah google
Sebenarnya, teknologi nuklear mempunyai banyak kegunaan dalam kehidupan malah teknologi nuklear mempunyai banyak kebaikan dan kegunaan untuk keamanan dan kesejahteraan, yang jika disenarai pasti melebihi keburukannya.
Di sini, saya senaraikan dua cabang utama kegunaan teknologi nuklear:
1)Kejuruteraan Nuklear- cabang ini boleh dipecahkan kepada dua, iaitu penjanaan tenaga dan senjata nuklear.Cabang inilah yang menjadi kebimbangan kuasa-kuasa barat kerana mereka tidak mahu negara lain terutamanya negara Islam memiliki senjata nuclear. Iran sebagai contonhnya, telah berkali-kali memberi kenyataan yang program nuklearnya adalah untuk penjanaan tenaga bukannya untuk penghasilan senjata nuclear seperti yang didakwa oleh Amerika. Penjanaan tenaga melalui reaktor nuklear dapat meringankan penggantungan terhadap bahan api fossil seperti petrolium, gas asli dan arang batu yang sumber utama tenaga bagi dunia.
2)Teknik Nuklear- cabang ini lebih tertumpu kepada penggunaan nuclear untuk pertanian, kesihatan, makanan, industri, penyelidikan dan lain-lain yang berkaitan keperluan seharian dan akan datang kita. Mungkin inilah antara sebab mengapa negara-negara barat mahu menghalang negara lain dalam membangunkan teknologi nuklear kerana kemajuan dalam bidang ini akan meletakkan sesebuah negara di pentas dunia.
Melihat kepada senarai diatas, dapatlah difahami yang nuklear itu mempunyai banyak manfaat dari mudarat.Justeru, tiada apa yang perlu ditakutkan jika pemggunaannya dilakukan dengan cara yang betul . Malah Malaysia, di Malaysia Institute of Nuclear Technology (MINT) terdapat sebuah reaktor nuklear kecil untuk menghasilkan tenaga elektrik bagi tujuan penyelidikan. Kalau tidak silap, nuklear reactor itu telah bertapak di sana lebih 20 tahun.
Apa yang dibincangkan dalam Nuclear Security Summit Washington 2010 adalah tentang kebimbangan pembangunan dan penggunaan senjata nuklear yang penggunaannya di masa hadapan bakal merosakkan penduduk dunia dan alam sekitar, dan kesan teruk jangka panjang kepada generasi masa hadapan.
Sikap Berat Sebelah Amerika
Saya pernah menulis satu entri yang menunjukkan betapa teruja dan gembiranya saya ketika Obama dipilih sebagai Presiden Kulit Hitam pertama Amerika. Harapan yang diletakkan agar lelaki yang pernah tinggal di negara Islam ini mampu mengubah dunia dengan mengambil pendekatan proaktif, saksama dan adil dalam melayan negara-negara dunia yang lain.Tapi harapan itu meleset, walaupun bukan setakat wajah presiden sudah bertukar tapi warna kulitnya juga(dari Bush Ke Obama), polisi Amerika tetap sama kerana andanya tangan-tangan dibelakang tabir yang memainkan peranan penting dalam dasar luar Amerika terutamanya jika ia melibatkan negara-negara Islam dan asia barat.
Selain Amerika,negara-negara lain yang dibenarkan memiliki senjata adalah Russia, China,Britain dan Perancis. Hanya lima negara ini sahaja dibenarkan membangunkan dan memiliki senjata nuklear kerana merupakan anggota tetap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) walaupun pada hakikat ianya tidak adil. Negara-negara lain diharamkan melainkan beberapa negara yang dikatakan membangunkan senjata nuklear secara senyap seperti Iran,Israel,Koera utara, Pakistan dan India.
Di antara negara-negara yang bukan lima itu, Iran yang paling membimbangkan Amerika walaupun sudah berkali-kali pentadbiran Iran menyatakan yang program nuklearnya hanyalah untuk tujuan keamanan. Pelbagai cara digunakam Amerika atas nama International Atomic Energy Agency (IAEA) dalam usaha merencatkan pembangunan nuklear Iran seperti sekatan ekonomi yang berterusan, pembekuan asset di luar negara dan pemulauan dalam sesesetangah bidang usahasama.Memang benar Iran adalah bukan Iraq yang mempunyai minyak sebagai cagaran, tetapi sekatan ekonomi yang di idamkan oleh AS selama ini sudah pasti akan memporak-perandakan Iran akhirnya.
Tapi keadaan ini berbeza sekali dengan negara lain umpamanya India yang selama ini dianggap sebagai negara tersisih kerana enggan menyertai Perjanjian Pencegahan Senjata Nuklear(NPT),tetapi kinitelah menerima sokongan dari Amerika Syarikat (AS) untuk memajukan lagi programnuklear negara Asia Selatan tersebut.
Sebaliknya Pakistan yang merupakan negara Islam pula banyak menerima tekanan dan rintangan untuk membangunkan program nuklear mereka.Walaupun New Delhi dan Islamabad mendapat layanan yang berbeza, tetapi satu perkara yang nyata ialah tiada usaha digerakkan oleh masyarakat antarabangsa untuk menyekat penularan senjata nuklear kedua-dua negara ini.
Manakala Israel pula yang merahsiakan program nuklearnya dan disyaki mempunyai simpanan senjata nuklear yang sentiasa meningkat saban tahun walaupun tidak menyertai NPT,berada dalam keadaan selesa untuk terus membangunkan kemampuan nuklear masing-masing.
Senjata Nuklear Menurut Islam
In Islam, everything that can destroy people and environment is not allowable. So, the same goes to nuclear, one you used, it can destroy the whole world. So, there is no need for Muslim to develop and keep nuclear weapon.
Lebih kurang macam tulah kata-kata lecturer saya yang berasal dari Turki sewaktu saya mengambil subjek UNGS 2030.UNGS 2030 adalah code subjek untuk subjek agama yang wajib diambil oleh pelajar-pelajar.
Kata-kata tu memang betul jika kita melihat penggunaan bom nuklear oleh Amerika dalam Perang Dunia Kedua pada 1945 di Hiroshima dan Nagasaki,yang kesannya masih dapat dilihat sehingga sekarang dan sejarahnya akan terus diingati.
Malah Iran sendiri pernah memberi kenyatan yang Islam melarang pembangunan dan penggunaan senjata nuclear.
The Islamic Republic of Iran, based on its fundamental religious and legal beliefs, would never resort to the use of weapons of mass destruction,” Khamenei said recently. “In contrast to the propaganda of our enemies, fundamentally we are against any production of weapons of mass destruction in any form.
Kesimpulan
Penganjuran Nuclear Security Summit yang diadakan di Washington baru-baru ini adalah sesuatu yang bagus dalam usaha menjadikan dunia free from nuclear weapon. Semua negara di dunia harus menamatkan dan menghapuskan sebarang bahan-bahan yang menjurus ke arah penghasilan senjata nuklear termasuk lima negara yang dibenarkan atas alasan mereka adalah ahli tetap PBB.
Pemantauan ke atas penggunaan teknologi nuklear harus dijalankan supaya ia tidak disalahguna, bukan sahaja kepada negara-negara yang disyaki seperti Iran tetapi juga negara-negara lain. Adalah amat malang jika penganjuran Nuclear Security Summit hanyalah dijadikan sebagai platform oleh Amerika dan negara-negara barat untuk menekan Iran dan Korea Utara manakala rakan sekutu kuatnya Israel dibiarkan. Jika perkara ini tidak diambil peduli oleh Obama, pasti pemusuhan dan perasaan benci masyarakat dunia umumnya dan umat Islam khasnya, kepada Amerika akan berterusan.

(Gambar diambil disini)
Semua ini perlu dilakukan demi keamanan sejagat, agar dunia menjadi tempat yang lebih selamat untuk generasi akan datang.
P/s:Saya baru menyambut hari jadi ke 24,11 April lepas. Ingat nak tulis special entri tapi tak sempat, terlalu sibuk.So,saya ucapkan selamat hari jadi untuk diri sendiri.hehehe…
P/s:Mungkin bulan depan dah jarang update blog sebab bulan depan dah grade. Sekarang saya guna free wireless connection yang UIA sediakan. Terima Kasih UIA. So, kat kampung memang tak ada line la. Tengok la kalau ada duit boleh la beli broadband.




















Setakat ni hanya beberapa sahaja negara Islam yang maju dalam teknologi nuklear. Iran dan Pakistan kot. Malaysia belum maju sampai tahap macam mereka.
p/s : Adeh… Ada lagu pulak blog ni. Terkejut anak den tgh tido.
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
April 17th, 2010 at 4:16 pm
membangunkan TEKNOLOGI NUKLEAR memang penting sbb banyak manfaat. tapi bukan SENJATA NUKLEAR kot.
rasanya perlu ke SENJATA NUKLEAR tu kalau kita memang tau boleh sebabkan kemusnahan yg teruk kalau guna….?
apa2 pun kebolehan Iran & Pakistan dlm pembangunan senjata nuklear bagus gak. at least ada gak negara Islam yg ditakuti Amerika dan negara2 barat….
p/s: pasal lagu tu maaf la. rsanya sy dah buang widget tu smlm…hehehe
[Reply]
persidangan ni tak akan beri sebarang makna pun..tu saja je kehipokritan barat dgn yahudi
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
April 19th, 2010 at 6:20 pm
bukan persidangan ni je…banyak persidangan yg diorang buat seolah2 nak tunjuk diorng baik je…eg isu palestine, dah berpuluh2 persidangan ,perjanjian dibuat,xde apa2 sngat
p/s: aku cuba nak komen kat entri ko tapi xleh la…ko punya komen load tu lambat sngt
[Reply]
mereka ada agenda tersendiri… oleh yang demikian, kita harus berwaspada dengan muslihat mereka ini..
selamat hari jadi bro yang ke 24..
.-= zik´s last blog ..Achik Spin meninggal dunia. =-.
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
April 19th, 2010 at 6:20 pm
thanQ tuk wish tu…wahhh,aku rupanya dah tua…hehehe
[Reply]
isu palestin perlu diu selesaikan.. kalau pasal iraq cepat gile..
.-= boss´s last blog ..Email Yang Mendebarkan =-.
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
April 22nd, 2010 at 8:08 pm
iraq ada minyak, tu yg US ghairah…palestine, ada kpentingn untuk israel, tu sbb rundingan damai yg diorang handle macam ‘lepas batuk ditangga’ je…
[Reply]
salam..
terima kasih atas penjelasan tersebut..walaupun panjang suri tetap membacanya..heheh..
maaf sebab terlewat nak wish bday ke 24. Semoga hari2 yg di lalui akan mdpat kbrkatan dariNYA..
SENYUM SLU:)
.-= Suri´s last blog ..Temankan Saya ke Alam Barzakh =-.
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
April 22nd, 2010 at 8:06 pm
wslam. thanQ..
wah, lama betul awak berdiam diri….dah sembuh dari skit ye…
[Reply]
Suri Reply:
April 26th, 2010 at 10:30 am
Salam ceria..
Alhamdulilah Tuhan bagi rehat seketika waktu..
hehhe tu mungkin penebus dosa-dosa kecil kot..huhu
.-= Suri´s last blog ..“Apa kamu buat dengan Ayat Syifa?” =-.
[Reply]
salam singgah sahabat..semoga hari2 baik sahaja
[Reply]
den tak minat pasal2 propaganda negara neh. haha.
ps: hepi belated besday!
.-= mek´s last blog ..Apa dosa si Pemotong Pokok. =-.
[Reply]
aku tak setuju malaysia juga tenkologi nuklear buat masa ni
persekitaran,kos,risiko
[Reply]
terbaik laa najib!
boleh pulak dia dok pakat dgn si obama ni..
aduuh~
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
June 7th, 2010 at 6:53 pm
tu la, tapi kalu nak berpakat benda2 yg bermanfaat kpd m’sia & dunia ok la kot….
[Reply]