Hari ini,saya berada di IMR(Institute for Medical Research) kerana ada beberapa urusan penting, terbaca tazkirah menarik yang dilekatkan di papan kenyataan bersebelahan surau IMR berkenaan dengan 6 sifat-sifat Iman Al-Ghazali perjelas sifat tawaduk. Mari saya kongsikan bersama anda.

(Picture’s source:here)
Imam Al-Ghazali terkenal sebagai ulama besar yang tekun mempelajari ilmu tasawwuf di akhir hidupnya dan karya besarnya berjudul Ihya Ulumuddin menerangkan keutamaan sifat tawaduk dalam hidup manusia.
Iman Al Ghazali bertanyakan enam soalan kepada muridnya untuk mendapatkan pandangan mereka dan soalan penting itu ialah:
1.Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid-muridnya menjawab orang tua, guru, teman dan ahli keluarga. Iman Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang lebih dekat dengan kita adalah mati kerana itu adalah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.2.Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid-muridnya menjawab Negara China, bulan, mahahari dan bintang.Lalu Iman Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah betul tetapi, yang paling benar adalah masa yang lalu. Bagaimanapun keadaan kita atau kenderaan kita, kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.
3.Apa yang paling besar di dunia?
Muridnya menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Iman Al-Ghazali tetapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah nafsu. Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.4.Apa yang paling berat di dunia?
Muridnya menjawab baja, besi dan gajah. Kata Iman Al-Ghazali, semua jawapan itu benar tetapi, paling berat adalah memegang amanah. Tumbuh-tumbuhan, binatang , gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia menyanggupi permintaan Allah itu.5.Apa yang ringan di dunia ini?
Muridnya menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Iman Al-Ghazali tetapi yang paling ringan di dunia adalah meninggalkan solat. Ada kalanya disebabkan kerja atau mesyuarat, kita meninggalkan solat.6.Apakah yang paling tajam di dunia?
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar, kata Iman Al-Ghazali tetapi yang paling tajam adalah lidah manusia kerana dengan lidah,manusia mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Peringatan di atas boleh dijadikan panduan buat kita supaya tidak terlalu apla dalam mengejar dunia. Dalam keadaan dunia yang semakin canggih, kita seolah-seolah berlari semakin jauh dari agama dek kerana terlalu mahu mengejar kemewahan dan keseronakan dunia.Keasyikan kita membuatkan kita lupa yang kematian semakin dihampiri,masa yang ada dihabiskan dengan urusan dunia, nafsu pula dibiarkan bertakhta di hati, amanah kita sebagai khalifah di bumi diabaikan, solat pula dijadikan perkara ringan dan kadang kala lidah dibiarkan berbicara perkara-perkara yang tidak berfaedah dan menyakitkan hati.
Minggu depan akan bermulalah peperiksaan akhir semester dan juga peperiksaan terakhir di universiti ini buat saya.Saya mengharapkan doa anda agar dapat dilalui ujian yang kecil(kecil jika dibandingkan dengan ujian hidup) ini dengan tenang. Selepas peperiksaan, final year project(FYP) pula menanti. Masih struggle untuk menyiapkan projek dan pada masa menyediakn diri untuk peperiksaan.
Kepada rakan-rakan seBIOTECH dan seUIA, selamat berjaya saya ucapkan untuk peperiksaan yang akan menjelang. Bersiap sedialah untuk peperiksaan, untuk FYP presentation, untuk memasuki alam perkerjaan dan alam perkahwinan.
“Man jadda wa jadda”



















hai..
benar tu setip ynag berlku pada diri kita haruslah kita hargainya dgn sebaik yang mungkin..
fitnah juga bahaya kan..sb ia boleh meruntuhkan rumahtangga orang…jauhkanlah…semua perkara itu..
.-= Suri´s last blog ..Peringatan Buat Diriku & Kaum Hawa.. =-.
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
March 18th, 2010 at 7:20 pm
untuk elakkan fitnah, diri mesti dijaga betul2. jangan sampai berada dlm keadaan yg boleh membuatkan orang memfitnah kita..
by the way,sejak kebelakangan ini sibuk sikit, tu yg jarang update blog.
.-= amuslimhouse.com´s last blog ..Peringatan Iman Al-Ghazali =-.
[Reply]
salam..oh yer ke..hehe, patutlah suri rasa macam kurang forum jer…huhu..
sesekali bz biasalah tu..nak update blog pun mau makn 2 ke 3 jam baru dapat idea nak tulis entri kan..
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
March 19th, 2010 at 11:46 pm
wsalam..memang ambil masa lama nak update blog. maklumlah kita ni bukan penulis profesional.nak dapat idea lagi, nak edit ejaan lagi,semua tu makan masa…
.-= amuslimhouse.com´s last blog ..Peringatan Iman Al-Ghazali =-.
[Reply]
salam..tak kisah semuanya ok.benar tu jika kita tak der idea mmg susah untuk kita buat posting..lebih2 lagi semua waktu tersebut memerlukan kita masa dan buah fikiran yang untk menhhasilkan satu entri yang berguna..manfaat utk semua..
suri pun kadang2 mati akal juga nak cari sedikit kelainan tapi selalunya idea datang tak tentu masa..hehe
.-= suri´s last blog ..Petua Menghilangkan Bintik Hitam =-.
[Reply]
Salam perkenalan.
Subhanallah… peringatan yang sangat bernas dan sinis untuk mengertak hati yang lalai. Mudahan Indah akan lebih mantap untuk berusaha membaiki diri dari semasa ke semasa.
Salam penuh indah dari Indahkasihku.
.-= IndahKasihku´s last blog ..RINDUKU TERBAKAR LAGI…. =-.
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
April 6th, 2010 at 7:32 pm
hanya sebagai peringatan buat diri sendiri dan pembaca2….
[Reply]
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
April 6th, 2010 at 7:33 pm
terima kasih…silalah selalu datang ke sini ye…
[Reply]
perkongsian dan peringatan yang bermanfaat untuk semua..semoga kita mengambil iktibar dari kisah itu..
.-= Thoha´s last blog ..Cara Rileks Dihadapan Komputer =-.
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
April 18th, 2010 at 1:10 pm
memang itu yg diharapkan, agar bermanfaat untuk semua…hehehe
[Reply]
amanah paling berat… takut sebenarnya nak menjawat jawatan yang berat2 apatah lagi kalau jadi menteri tuh..pastinya kita akan dipersoalkan kelak… dia akhirat nanti…
.-= zik´s last blog ..Petua awet muda bagi lelaki =-.
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
April 18th, 2010 at 1:21 pm
itulah, bila kita dibawah kita tak terasa sangat dugaan pegang jawatan. tapi bila kita dah pegang jawatan besar2, baru dugaan datang..waktu tu mgkn sbb, dah ada kuasa, kita akan rasa yg buat salah kecil2 takpa…not a big deals….
[Reply]
semoga dapat menjawab exam dengan terbaik dan cemerlang, peringatan yang amat baik
.-= etomyam´s last blog ..Terkini: Konsert Hangat Sepanjang Mei 2010 =-.
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
April 19th, 2010 at 1:18 pm
thanQ
tapi exam dah abis la bro…cuma yg tinggal presentation for final year project je. khamis ni…huhuhu
[Reply]
salam singgah..apa cerita dian jer? huhu..jum ke blog suri
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
June 6th, 2010 at 12:50 pm
wsalam suri. maaf lama mendiamkan diri. tiada idea nak tulis and hidup agak runsing sikit..hehehe
[Reply]