salam kepada anda semua.salam tangan kanan saya hulurkan. moga-moga anda sentiasa sihat,sihat disamping keluarga, suami, isteri , anak-anak dan kawan-kawan. Dan anda beroleh keberkatan dalam apa jua yang anda lakukan.
Seperti yang anda dah sedia maklum, saya sekarang tersangat sibuk.Semasa saya sedang menulis entri ini, saya dalam persedian untuk menghadapi peperiksaan first paper rabu ini. Ambik sedikit masa untuk menulis dan pada masa yang sama melepaskan tekanan.Semakin lama berada di universiti semakin terasa susah mahu belajar, susah benar ilmu mahu menyerap masuk ke dalam minda. Minat terhadap belajar seolah-olah semakin kurang.
Entri kali ini,saya cuma nak bagitau bagaimana nak menghadapi tekanan dalam peperiksaan. Sewaktu di sekolah dan matrikulasi dulu, saya tidak sangat merasai tekanan ketika peperiksaan. kalau ada pun sedikit kegusaran takut-takut gelabah semasa menjawab yang akhir menyebabkan saya lupa apa yang telah dihafal. Tapi semenjak semakin hampir menamatkan pembelajaran di universiti, tekanan sentiasa dirasa. Rasa macam peperiksaan satu bebanan yang sangat besar dan menakutkan.Kenapa eh?
Memang kita sedia maklum betapa stressnya bila berdepan peperiksaan atau final exam. Kekadang rasa nak give up dan penat. Belajar dan terus belajar dengan sungguh-sungguh, tapi rasa nak give up dan takut tu masih kuat, kuat menggoda di minda sebab kita berdepan dengan sesuatu yang belum pasti.Paling ditakuti, takut takut terlupa apa yang telah dibaca semasa dalam dewan peperiksaan nanti.
Ada beberapa perkara yang harus anda ingat semasa dalam persediaan menghadapi peperiksaan:
1)Jangan lupa impian dan matlamat anda. Ingatkan matlamat dan impian yang telah anda tanamkan sejak semester bermula. Kalau pun matlamat anda seakan-akan gagal kerana carry marks yang tidak berapa baik, paling tidak anda berusaha untuk capai kejayaan yang hampir kepada matlamat anda.Selain itu,dalam berusaha tu, seronakkan diri anda dengan belajar.Jika, tidak anda akan rasa tertekan kerana anda belajar tanpa keseronakan.Stamina mental anda menghilang, sebab minda Anda jauh dari mengingat matlamat Anda.
2)Bersusah-susah dulu,bersenang-senang kemudian. Untuk kuat berdepan tekana ketika menghadapi exam, beritahu diri anda biarlah anda kerja keras kali ni sebab anda akan bersuka ria bila exam tu dah habis. Jadi, anda pulun hari ni, esok anda akan enjoy. Kita study betul-betul, nanti lepas paper habis, baru kita relaks betul-betul dan buat apa yang kita nak.
3)Jangan studi je.Stress akan timbul bila kita asyik menumpu pada belajar dan terus belajar tanpa pernah memikirkan untuk menikmati sedikit keseronokan dalam proses menyiapkan diri menghadapi exam. Badan dan otak kita perlukan rehat yang secukupnya.Machine pun kalau run 24 jam berkerja boleh rosak, inikan pula manusia. Carilah cara bagaimana Anda boleh menggembirkan diri sendiri untuk 10 minit selepas 1 jam memerah otak untuk study. Kita usaha kuat, bergembira pun kena kuat walaupun bergembira sekadar 10 minit saja.Mungkin 10 minutes tu boleh digunakan untuk berehat, menonoton tv, bergurau dengan rakan dan lain-lain benda perkara yang mengembirakan anda.Dalam kita kerja keras, kita seronokkan diri sendiri. Baru ada keseimbangan. Jangan seronoknya pulak yanng lebih, nanti lain jadinya.
4) Berserah kepada Allah. Setelah anda berusaha bagaikan nak mati, so tibalah masa anda nak berserah kepada Allah. Anda tahu yang anda telah berusaha sebaik mungkin dan Allah lah yang menentukan segalanya.Berserah diri kepada Allah merupakan ciri khusus yang dimiliki orang-orang mukmin, yang memiliki keimanan yang mendalam, yang mampu melihat kekuasaan Allah, dan dekat dengan-Nya. Terdapat rahasia penting dan kenikmatan jika kita berserah diri kepada Allah. Berserah diri kepada Allah maknanya adalah menyandarkan dirinya dan takdirnya dengan sungguh-sungguh kepada Allah.So, bila result exam dah keluar, bersedialah menerima keputusan dengan hati yang terbuka.Kalau dapat apa yng diimpikan, Alhamdulilah.Tapi kalau tidak, jangan dikesali atau ditangisi. sesungguhnya, ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Barangkali Allah mahu menguji anda, sejauh mana tahap keimanan anda kepadaNya.Rasulullah saw. juga menyatakan hal ini, beliau bersabda:
“Tidaklah beriman seorang hamba Allah hingga ia percaya kepada takdir yang baik dan buruk, dan mengetahui bahwa ia tidak dapat menolak apa saja yang menimpanya (baik dan buruk), dan ia tidak dapat terkena apa saja yang dijauhkan darinya (baik dan buruk).”
Setiap kali rasa down dan give up,baca kembali matlamat anda supaya anda bersemangat sentiasa. Fikirkan masa depan anda, keluarga dan orang-orang yang anda sayangi. Dedikasikan pencapaian anda untuk mereka, moga mereka bangga dengan apa yang anda capai.




















salam sahabat..wah..wah mau hadapi exam yer..Suri ucapkan semoga anda berjaya hendaknya. Buatlah sehabis yang terbaik..
siapkan bahan ilmu,
sebatikan ia dalam ramuan seper minda anda,
gorengkan ia agar perolahan bahasa yang mudah difahami santai..telus..
dan Insyallah hidangan yang bakal anda raih nanti kejayaan.
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
March 25th, 2010 at 6:48 pm
wsalam
thanQ for the advise…insya-Allah,lakukan yg terbaik
[Reply]
suri Reply:
March 27th, 2010 at 9:53 am
salam..nanti dapat result gempak blanjer le kami makn..hehehe..
suri´s last blog ..Tips Kulit Cantik & Sihat
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
March 28th, 2010 at 1:29 pm
gempak? tak lah…biasa-biasa aja kot…
salam
selamat menghadapi exam ye..
sama la kita..
Thoha´s last blog ..Langkah-langkah Dan Motivasi Menghadapi Peperiksaan
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
March 25th, 2010 at 6:54 pm
wsalam..
sama-sama
selamat menghadapi exam gak untuk kamu…
amuslimhouse.com´s last blog ..Peperiksaan, Bersediakah Anda?
[Reply]
salam
gud luk final exam
i’ll alwayz pray 4 ur success wherever you may go.
^_^
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
March 25th, 2010 at 6:58 pm
wsalam cik izzaida
good luck for your final exam too..
i pray also for your success in this world and hereafter.
chayok..chayok…hehehe
[Reply]
selamat berjaya untuk exam yg bakal dihadapi..
bila dah tinggalkan U nanti pasti akan rindu pada saat2 genting nak hadapi exam tu..
ahmadyusrie´s last blog ..Berblog mematangkan kita
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
March 25th, 2010 at 6:59 pm
Terima kasih
sekarang ni pun dah terbayang bila dah tinggalkan universiti nanti konfirm rindu, rindu suasana universiti…
[Reply]
Selalunya time exam tulah makin seronok buat aktiviti lain. Nonton bola lah, main game lah, baca buku lain lah. Bila habis exam bosan je semua tu.
Sebenarnya kita nak lari tekanan je. Jadi kurangkan tekanan, hebatkan azam, kukuhkan semangat. Moga berjaya dan berjaya.
hadjie´s last blog ..Jom Terjah KLIBF 2010! Buku Lakaran Masa Depan
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
March 25th, 2010 at 7:04 pm
yelah,kalau dah hari-hari memerap kat bilik baca buku je, memang tepu otak, so time tu la best kalu dapat buat aktiviti lain…
tapi bila dah abis exam,rasa lega…
insya-Allah, lakukan yg terbaik…
[Reply]
hoho, salam ziarah.. bagusnye post nie, hehe, tringat lak waktu aku exam2 dulu.. jgn bimbang.. kalo dah baca tue ok jer.. ingat takde ‘pembacaan yang tak bermakna’.. jangan kata dah baca tapi cam tak masuk.. sebab mesti dapatnyer, kalo tak byk, sket ilmu pun jadilaaa…
samanosuke_04´s last blog ..5 Cara Melawan Nafsu Main Game!
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
March 28th, 2010 at 1:22 pm
wsalam.
betul tu.teringat kata2 Tun Mahathir,katanya: kalu baca sekali tak ingat, baca keli kedua. kalu kali kedua tak ingat,baca kali ketiga dan seterusnya………sampai ingat..
[Reply]
sori lambat. good luck to u. semoga tercapai apa yang diimpikan. Waktu exam, sume benda kita rasa best tapi kita kene kuat, cuba atasi benda2 remeh tu. sekali sekala hadiahkan diri sndiri sesuatu spya lebih bersemangat. dan yg paling penting pergantungan kepada Allah mesti 100%.
sue´s last blog ..bunga
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
March 28th, 2010 at 1:25 pm
xpa2..no problem..tahu, kamu tentu sibuk belajar kat jerman kan?
dah mula semester baru ke?
[Reply]
Musim peperiksaan ni selain semua tips diatas, kesihatan perlu dijaga. Kadang-kadang semuanya dah cukup baik, tapi tiba-tiba demam. Akhirnya kalau dapat jawab soalan pun fokus kurang.
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
March 28th, 2010 at 1:28 pm
saya dah pun mula rasa demam sejak dua tiga hari lepas..
mungkin sebab banyak sangat berjalan, kejap ke UM, then IMR..
[Reply]
imran Reply:
March 29th, 2010 at 5:51 pm
Semoga dapat menjawab soalan dengan tenang.
p/s : Anda telah mendapat award
[Reply]
semoga berjaya..amin

suri´s last blog ..Petua Menghilangkan Bintik Hitam
[Reply]
ah….aku ni memang teruk
selalu bersenang2 dahulu bersusah2 kemudian
hoh….ini orang yang slalu study last minet punya prinsip
well…for me..kalau otak tak berada dalam keadaan stress lg susah nak study
mokteh´s last blog ..I’m A Loner? Jalani Hidup dengan Gembira
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
April 6th, 2010 at 7:31 pm
takpa2,kalau study last minute tapi still maintain CGPA dan dapat result gempak, kira ok la..hehehe
[Reply]
salam saudaraku..
bagaimana dgn ujian anda ada baik..harap semuanya dlm keadan yang teracang..mententerankan..
[Reply]
semoga berjaya siapkan report tu dgn jayanya
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
April 14th, 2010 at 11:55 am
thank you…dah nak abis dah buat report…so,maybe besok leh antar…hehehe
[Reply]
suri Reply:
April 14th, 2010 at 8:49 pm
sama2..smoga segala yang diusakannya akan mendapat keberhasilan yang baik. Amin

suri´s last blog ..Tazkirah Buat Bakal Pengantin
[Reply]
salam..

tips berguna ni, kadang2 kita selalu ada perasaan give up je dengan apa kita buat, tapi kita tak berusaha bersungguh2 kan, mana nk dapat pulangan, dan berserah kepada Allah setelah berusaha
Mr.Z´s last blog ..Kompilasi Terbaik Kartun Dulu-Dulu!
[Reply]
Selamat berjaya untuk exam tuh bro..
insyallah beroleh kejayaan.. didunia dan akhirat …
zik´s last blog ..Minggu final exam!
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
April 29th, 2010 at 12:21 pm
aku punya exam dah lepas.result dah keluar pun…kau baru start exam eh..gud luck ya….
[Reply]
selamat bergraduasi~~ hehe..
nak ucap gudluck exam dah telambat.

mek´s last blog ..Pernah fikir what to do after graduation?cakap la pernah.
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
April 29th, 2010 at 12:23 pm
selamat bergraduasi gak tuk kamu…moga2 cepat2 dapat keje eh…kalu nak keje..kalau nak sambung blaja, selamat belaja…kalau nak kawin, moga2 berbahagia ke anak cucu ye…hehehehe
[Reply]
semoga semuanya dipermudahkan

etomyam´s last blog ..Wanita Berbaju Merah Lebih Seksi Namun Kurang Cerdik
[Reply]
esok exammmm
mls…….
hi.hi
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
April 29th, 2010 at 12:25 pm
kata orang bemalas-malasan sekejap ok la., 15 minutes ke..tapi then kena terus rajin…time rasa malas, ingat balik impian dan wajah2 orng yg mahu kita berjaya. nanti jadi bersemangat semula..
[Reply]
Salam, segalanya mudah jika sudah READY!
Muhd Suhaily´s last blog ..Perniagaan Internet dari Rumah
[Reply]
I am really glad to have found your post while looking for some related literature for my school work. Allow me to cite this post as a source, with proper acknowledgments. Hello from Chile! Fine articles like this are truly priceless materials to us researchers.
[Reply]