
(Picture’s source:here)
Laporan akhbarkosmo hari ini memaparkan laporan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang tidak bersetuju pendidkan seks di ajar sekolah pada waktu sekarang. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, walaupun kesatuan itu menyokong penuh usaha kerajaan untuk menyediakan pendidikan seks di sekolah-sekolah tetapi sesuatu yang menyedihkan ialah guru-guru kurang latihan formal dari segi kerumitan dan sensitiviti subjek itu dan tidak yakin untuk mengajarnya.
Cadangan kerajaan dalam memperbaiki sistem pengajian Malaysia salah satunya adalah untuk memperkenalkan pengajian seks dalam pembelajaran persekolahan. Tindakan ini adalah sejajar dengan keadaan semasa dimana banyak gejala social, pembuangan bayi dan peningkatan kes ibu-ibu muda.Namun,Adakah tindakan ini wajar? Adakah dengan mewujudkan subjek khas Pendidikan Seks akan menyelesaikan masalah muda mudi sekarang yang sukar dikawal, yang meletakkan nafsu lebih tinggi dari akal dan akhirnya berlaku kes-kes pembunuhan, pembuangan bayi oleh wanita-wanita muda yang mengandung dek kerana terdorong dengan nafsu.
Di negara barat, memang ada subjek pendidikan seks diajar di sekolah-sekolah. Tetapi penekanannya adalah lebih kepada aspek teknikal seperti bagaimana mengelakkan kehamilan dikalangan wanita, contohnya, penggunaan kondom ketika melalukan seks. Tapi di Malaysia,bagaimana? Adakah pendidikan seks juga menjurus kepada perkara tersebut dalam usaha mengelak kehamilan dikalangan muda-mudi dan justeru mengelakkan pembunuhan dan pembuangan bayi-bayi di surau, tong sampah dan tempat-tempat lain? Jika itu jawapannya, ia seolah-olah menggalakkan remaja kita melakukan seks tetapi dengan cara yang selamat. Ini sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam.
kecenderungan remaja dalam melibatkan diri dengan masalah sosial disebabkan sifat ingin tahu para remaja dan lonjakan hormon adrenaline yang membuatkan mereka bertindak mengikut emosi dan perasaan. Mengapa remaja cenderung untuk melakukan perkara yang terkutuk dalam semua agama ini? Salah satu faktor adalah kerana untuk mempunyai pengalaman sendiri selepas mengetahuinya daripada media-media.Bayangkan, jika kanak-kanak usia tujuh tahun menonton televisyen dan melihat adegan ciuman, apakah yang bermain dimindanya. Dia pasti tertanya-tanya, apakah yang sedang dilaukan dalam adegan itu. Bukan itu adalah pendedahan secara tidak langsung oleh media yang seterusnya mendorong kepada pengetahuan seks pada usia yang muda.
Andaikata pendidikan seks diberikan kepada pelajar pada peringkat awal lagi, kita seharusnya khuatir masalah sosial menjadi lebih parah dan akan melibatkan lebih ramai remaja daripada golongan bawah umur. Ini adalah kerana apabila sudah diberikan pendedahan secara teori, sifat semula jadi remaja yang ingin tahu akan membuak-buak untuk mengetahuinya secara praktikal pula. Andaikata perkara ini ditimbangtara dengan menggunakan logik akal fikiran sahaja nescaya akan membawa padah yang dahsyat.
Pendidikan Seks dalam Islam
Kamus Dewan mendefinasikan, ‘seks’ sebagai
sifat-sifat yang membezakan laki-laki dan perempuan (jantina) atau keinginan syahwat.
Secara umumnya, perkataan seks memberikan gambaran tentang suatu keadaan di mana wujudnya hubungan di antara berlainan jantina iaitu lelaki dan perempuan.
Dalam Islam, pendidikan seks boleh didefinasikan sebagai
satu proses mengajar, menjelaskan dan meberi peringatan kepada remaja tentang isu yang berkaitan dengan seks, naluri, nafsu (syahwat), dan hubungannya dengan perkahwinan…sehingga mereka membesar dalam keadaan memahami erti kehidupan. Remaja mengetahui apa yang dibenarkan dan apa yang ditegah dan mereka menjadikan sikap dan tingkahlaku Islam sebagai praktik dalam kehidupan.
Dalam menanangani masalah sosial dikalangan muda mudi kini, kita seharusnya kembali kepada Islam. Lagipun kebanyakan kes-kes pembuangan bayi terdiri dikalangan muda-mudi islam.Apa yang baik telah digariskan oleh Allah SWT dengan jelas dan apa yang membawa keburukan juga telah digaris dengan jelas. Terpulang kepada kita samada ingin mengikutnya ataupun tidak.
Isu yang berkaitan dengan seks telah dibincangkan didalam al Quran. Pemerhatian yang mendalam terhadap kandungan al-Quran dan al-Hadith akan mendapati bahawa perbincangan tentang seks sentiasa dikaitkan dengan persoalan akidah, akhlak, tingkah laku mulia, menjauhi kemungkaran dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain. Sebagai contoh, al-Quran telah menggambarkan institusi perkahwinan sebagai sebuah institusi suci yang mampu memberi ketenangan dan merealisasikan erti kasih sayang yang sebenar melalui firmanNya yang bermaksud:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir-(Al-Rum: 21)
Nabi s.a.w. sendiri semasa hayatnya telah mengajar para sahabat baginda secara jelas pelbagai perkara yang berkaitan dengan persoalan seks. Segala permasalahan yang timbul di kalangan mereka akan terus dirujuk kepada Nabi s.a.w. untuk mendapat penjelasan. Kandungan sebuah hadith telah menunjukkan keprihatinan baginda dalam hal ini kerana telah memperuntukkan satu sesi khusus untuk wanita di kota Madinah mengemukakan masalah yang berkaitan dengan diri mereka (wanita) tanpa kehadiran kaum lelaki. Ini menggambarkan bahawa baginda amat mengggalakkan aktiviti perbincangan yang bermatlamatkan untuk menambah ilmu pengetahuan untuk kepentingan hidup seharian. Baginda menyatakan:
Kerahmatan bersama wanita Ansar (penduduk Madinah). Perasaan malu tidak menghalang mereka untuk mendapatkan ilmu pengetahuan agama. Saidina Ali r.a juga menyatakan tidak sepatutnya ada perasaan malu dalam perkara berkaitan agama.
Dalam satu hadith yang diriwayatkan daripada ‘Abdullah r.a. katanya:
Di zaman Rasulullah s.a.w., kami adalah pemuda-pemuda yang tidak memiliki apa-apa. Rasulullah s.a.w. berkata kepada kami (yang bermaksud): “Wahai para pemuda, siapa yang mampu berumahtangga, kahwinlah. Sesungguhnya perkahwinan itu melindungi pandangan mata dan memelihara kehormatan. Tetapi siapa yang tidak mampu berkahwin, maka berpuasalah, kerana puasa itu merupakan pendindingnya.

(Picture’s source:here)
Di dalam Islam penekanan pendidikan harus dimulakan daripada peringkat bawah supaya kanak-kanak dapat memahami perbezaan jantina yang wujud di antara mereka. Ini dapat dilihat pada peringkat usia 10 tahun lagi, ibu-bapa diarahkan untuk mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan. Arahan ini secara tidak langsung adalah satu bentuk didikan agar anak-anak ini dapat memahami bahawa perbezaan jantina yang wujud antara mereka tidak membolehkan mereka untuk berhubungan terlalu rapat walaupun mereka mempunyai pertalian darah. Apabila meningkat dewasa, kefahaman itu akan menjadi lebih jelas apabila mereka diwajibkan menutup aurat serta membatasi pergaulan dengan jantina yang berbeza.
Hal yang sama juga dapat dilihat melalui pendekatan yang digunakan oleh Islam untuk menerapkan garis kehidupan seksual umatnya.Contohnya, penekanan diberikan kepada langkah pencegahan awal seperti mewajibkan penutupan aurat, melarang pergaulan bebas antara jantina berbeza serta menetapkan mekanisme penyaluran keperluan seksual yang sah melalui institusi perkahwinan yang amat digalakkan di dalam Islam. Nabi s.a.w sendiri telah menyatakan bahawa mereka yang berkahwin itu telah menyempurnakan separuh daripada kesempurnaan agamanya bahkan mereka yang mengelakkan daripada berkahwin dalam keadaan mereka mampu berbuat demikian dianggap tidak termasuk dalam kelompok umatnya.
Pendekatan tersebut perlu diberikan penekanan kerana kandungan ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah lebih menekankan kepada perkara tersebut berbanding hukuman. Namun jika manusia masih gagal untuk mengikuti pendekatan ‘lembut’ yang nyatakan, maka hukuman yang keras akan menanti mereka yang menyonsang perintah Allah dan fitrah kehidupan manusia. Syariat Islam telah menjanjikan sebatan seratus rotan untuk penzina bujang dan rejam sampai mati untuk penzina yang telah berkahwin. Hukuman ‘keras’ ini disediakan untuk mereka yang degil dan gagal untuk memahami tuntutan Tuhan yang manfaatnya adalah untuk kesejahteraan diri mereka sendiri.
Kandungan pendidikan seks juga mesti sentiasa dikaitkan dengan nilai-nilai murni mereka agar mereka dapat memahami manfaat dan akibat daripada sikap mereka untuk akur atau menyanggahi apa yang telah disampaikan kepada mereka.
Kesimpulan
Pendidikan Seks yang mahu diperkenalkan dalam system pendidikan Negara mungkin tidak perlu. Yang perlu , dilakukan adalah penekanan kepada aspek agama. Oleh kerana kebanyakan masalah melibatkan seks adalah terdiri dari muda-mudi islam, maka penekanan tersebut amatlah penting. Subjek pendidikan Islam yang sedia ada perlu diperkemaskan. Pada masa yang sama, Ibu bapa pula memainkan peranan medidik anak-anak secara tidak langsung berkaitan hal semasa mereka membesar. Takut pula, kalau-kalau pendidikan seks diperkenalkan di sekolah, maka ibu bapa akan bergantung sepenuhnya kepada pihak sekolah.
Rujukan: Konsep dan Objektif Pendidikian Seks menurut perspektif Islam. Dr. Muhamad Zahiri Awang Mat dan Rahimi Md. Saad




















assalammualaikum
saya setuju bahawa pendidikan seks di Malaysia mesti berteraskan agama
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
March 15th, 2010 at 6:02 pm
wsalam
sebagai guru,sy yakin cikgu tentu lebih memahami keadaan persekolahan, keadaan pelajar-pelajar dan sama ada perlu atau tidak subjek pendidikan seks ni.
.-= amuslimhouse.com´s last blog ..It’s Time for the Job =-.
[Reply]
pelajar jurusan agama Reply:
September 28th, 2010 at 9:32 pm
betul 2 cikgu
[Reply]
sebenarnya pendidikan seks mmg telah di ajar di sekolah.. cuma contact pembelajaran lebih menjerumus kepada segi agama berbanding dari segi kesihatan mahupun kesannya kepada diri, keluarga, komuniti & society
Mybe cikgu/ustaz or ustazah perlu memainkan peranan dalam menerapkan kesan untuk menimbulkan kesedaran dalam diri perlajar-pelajar tersebut
kalau cakap tang dosa pahala, orang zaman sekarang bukan kisah sgt pun.. [memang nak tempah tiket ke neraka]
anyway nice info dalam entry ini
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
March 4th, 2010 at 5:42 pm
betul tu bro. aspek sains, eg, how human reproduction works, kesan salah laku seks kpd diri, keluarga dan masyarakat perlu diintegratekan sekali dalam subjek pendidikan islam. dan guru/ustaz/ustazah perlu ada kedua-dua ilmu, agama dan juga sains supaya pengajaran pendidikan seks memberi kesan yg baik kpd pelajar.
[Reply]
Assalamulaykum,
Secara keseluruhannya saya bersetuju dgn artikel saudara. Saya sedikit terkilan akan keputusan yang dilakukan dipihak kementerian, benarkah kajianyang betul2 detail telah dilakukan sebelum keputusan ini diambil. Saya yakin dan percaya ibu bapa mungkin ada perasaan gundah untuk menghantar anak2 mereka ke sekolah apatah lagi sekolah yang bercampur jantina, tidak kurang juga sekolah yang hanya dipelopori oleh satu jantina sahaja. Keinginan ingin mencuba semakin tinggi kerana jiwa kanak-kanak dan jiwa remaja itu adakah sifatnya ingin sentiasa mencuba. Bimbang cukup bimbang…
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
March 15th, 2010 at 6:04 pm
wsalam
kerisauan anda turut dikongsi oleh orang lain. apapun kajian yang mendalam perlu dilakukan and lebih penting kembali kepada agama adalah jalan terbaik kpd permasalahan sosial dlm masyarakat.
.-= amuslimhouse.com´s last blog ..It’s Time for the Job =-.
[Reply]
Wajar, tetapi perlu diteliti
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
March 5th, 2010 at 8:06 pm
kalau pun wajar,perlu kelas yg berasingan berdasarkn jantina. dan guru2 tuk subjek itu pula perlu mahir dlm kedua-dua bidang, sains dan agama.
pengasingan kelas dan silibus pula perlu dilakukan antara pelajar islam dan bukan islam. kalau pendidikan seks hanya tertumpu kepada element kesihatan semata-mata tanpa dimasukkan sekali aspek agama, seperti yg saya nyatakan, takut-takut keadaan menjadi teruk.
Tapi saya masih merasakan yang pendidikan seks hanya perlu diserapkan dalam subjek pendidikan islam yg sedia ada…..hehehehehe
[Reply]
Zaman sekarang ini perlu. Anak-anak sekarang banyak terdedah dengan sesuatu yang boleh merosakkannya dan dikelilingi oleh manusia yang sering mengambil kesempatan. Tapi perlu dipadankan dengan al-Quran Sunnah dan diperhaluskan dengan adab, akhlak dan maruah.
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
March 7th, 2010 at 3:24 pm
betul cakap ustaz, tapi kalau pendidikan seks dijadikan satu subjek baru, tidakkah ia akan membebankan pelajar?
sebab itulah saya rasa ia hanya perlu diserapkan dalam subjek yang sedia ada seperti pendidikan islam.
[Reply]
salam,
rasanya tak perlu tambah satu lagi mata pelajaran utk bdak2 kita…yg ada pun dah cukup banyak..
rasanya lagi relevan kalau kita rombak/perkasakan lagi silibus pend moral dan pend islam…mungkin boleh selitkan sikit2 pasal pendidikan seks ni..
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
March 9th, 2010 at 9:51 pm
wsalam,
memang itulah yg saya cuba sampaikan dalam entry ni.
[Reply]
salam..setuju jika pendidikan seks diadakan di sekolah. suoaya mereka tahu buruknya perlakuan zina sebelum berkahwin..
dunia sering menjadi-jadi..pembuangan anak sesuka hati..
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
March 25th, 2010 at 7:08 pm
wsalam..
tapi acuannya harus kepada cara dan budaya kita
sebab dibarat pun ada pendidikan seks, tapi langsung tak berkesan. kes-kes melibatkan hubungan seks tanpa nikah di kalangan remaja-remaja barat masih tinggi.
.-= amuslimhouse.com´s last blog ..Peperiksaan, Bersediakah Anda? =-.
[Reply]
bagi aku yg sbg seorang guru, tak perlu pun sbnrnya subjek ni
.-= x-po´s last blog ..PATUTKAH LAGU LUAR DIKURANGKAN DI RADIO MALAYSIA? =-.
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
March 28th, 2010 at 1:32 pm
ye lah,sbg cikgu,kamu tentu lebih memahami keadaan dan situasi pelajar, apa yg terbaik untuk masa depan pelajar.
[Reply]
kalau subjek agama diperkuatkan dan diperkukuhkan, media mainkan peranan yang lebih proaktif, sistem sosial yang betul2 mantap, rasanya tak perlu ada pendidikan khas pasal seks ni…
.-= etomyam´s last blog ..Bijak Kah Lelaki Paling Bijak Di Dunia Menolak Hadiah USD1 Juta? =-.
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
March 28th, 2010 at 1:39 pm
itulah masalahnya, kalau pun ibubapa dah bagi didikan yg terbaik,tapi diluar sana, dikaca tv tetap ada unsur2 yg dapat menjahanamkan remaja2 kita. jadi kalu nak benteras kes2 seks luar nikah dan pembuang bayi, ia perlu kesedaran dan kerjasama semua pihak; ibubapa, kerajaan, media massa, masyarakat…itulah yg sy panggil sbg ‘reconstruction of society’.
[Reply]
Setuju, aspek agama… perlu dimantapkan lagi
.-= zik´s last blog ..Sambut Program Earth hour di kampung baru. =-.
[Reply]
setuju kalau pendidikan seks ni diperkenalkan di Malaysia.
.-= Amir´s last blog ..Din Beramboi Disyaki Denggi Berdarah =-.
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
April 1st, 2010 at 9:04 pm
apa justifikasinya?
[Reply]
suri sayang akan kaun islam sesam kita..semoga dilindungi dari kebaiakn,jauhi dr keburukan..Allah hu akbar..
.-= suri´s last blog ..Tips Mengatasi Masalah Dengkuran =-.
[Reply]
ada pro & kon jika pendidikan seks diajar disekolah..pihak yg berwajib kena buat study sedlm2nya sblm melaksanakannya..
.-= Nadri´s last blog ..Anai-Anai & Al-Quran =-.
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
April 14th, 2010 at 11:46 am
yelah…takut nanti lain yg diharap, lain pula yang jadi…
[Reply]
komen Tun Mahathir tentang isu ni…sj je letak,alang2 sy dh baca…
Ditanya mengenai pendidikan seks secara formal di sekolah, Dr Mahathir berkata ia tidak perlu kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada kandungan dalam subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral di sekolah.
Katanya apa yang penting adalah untuk memastikan anak-anak di sekolah memahami dan mengetahui bagaimana cara untuk mengawal nafsu mereka daripada melakukan perkara yang tidak elok itu.
“Kita kena tahu dulu apa makna pendidikan seks itu. Sebenarnya, dalam agama Islam sudah ada didikan seks itu, tinggal lagi tidak dijelaskan dengan baik.
“Dalam ajaran agama, kita boleh masukkan adalah untuk menentukan anak-anak kita faham dan tidak terpengaruh dengan nafsu sahaja. Dia (anak-anak) kena kawal nafsu kerana yang penting dalam seks ini, kawal nafsu. Jangan ikut saja. Jika tidak kawal nafsu, berlaku buang bayi dalam tong sampah dan sebagainya,” katanya.
- Bernama
[Reply]
salam..
hai kawan..buatlah isu yang tbaru ttg isu ni..tak bace paper harini ke subjek pendidikan seks tdk akan di ajar di sekolah..huhuhu
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
April 29th, 2010 at 12:51 pm
bagusla…memang pun xpatut. apa yang perlu adalah dimasukkan perkara berkaitan dngn benda ni kedlm subjek yg telah sedia ada.xla beban sangat students.
[Reply]
Suri Reply:
April 29th, 2010 at 4:28 pm
kesian tgok pelajar2 pegi balik bawak beg berat..kat tagan lagi satu hal..huhuuhu..
[Reply]
salam..
saya agak setuju dgn keputusan utk kensel kan pendidikan seks kt sekolah ni..saya ade opinion sendiri yg saya rasa mcm x de dgr lagi kt media setakat ni..
1)mcm mane kalau diwujudkan subjek parenting di sekolah..
2)tambah sylibus dalam kursus kahwin berkenaan pendidikan seks utk anak2
3)adakan kursus atau seminar utk parents yg anak2 mereka ada kecenderungan utk terlibat dlm kes pembuangan bayi ni..(parents yg mempunyai anak belia @ remaja selalunya dlm range 40-60an)
kalau nk dikira, kesedaran bukan patut diberi kpd kanak2 je, perent diorang pun sama. sbb kdg2 parents pun pegangan agamnya x kuat mana..
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
May 12th, 2010 at 10:41 pm
wsalam..
satu pandangan yg baik, tapi kalau ada subjek parenting kat sekolah macam tak sesuai je.macam banyak plak subjek yg perlu diorang ambik.lagipun macam tak sesuia dngn tahap kematangan pelajar2 sekolah.
[Reply]
as’kom….. seperti yg kita tahu pededahan pendidikan seks awal adalah cara utk menangani masalah sosial skrg. lihat sahaja muka depan HARIAN METRO 3/7/2010 “PROJEK BUDAK TABIKA” yg mane 2 org budak perempuan berumur 4 dan 5 tahun melakukan aksi ‘suami isteri’ dalam bilik tidur. mereka tidak faham apa yg dilakukan cuma mengulangi apa yg mereka pernah lihat atau lalui. ini membuktikan pada umur yg kecil lg pendedahan perlu dilakukan mengikut kesesuaian.
apa yg ingin saya cadangkan adalah ibu bapa itu sendiri perlu diberikan ilmu bagaimana utk mendidik anak-anak itu mengenai seks. ini kerana pihak sekolah selalunya ada memberi pengetahuan mengenainya tetapi pendidikan bererusan dari ibubapa dirumah kurang dijalankan. ini krn ramai ibubapa lebh2 lg msrkt melayu amat malu apabila berbicara mengenai seks.
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
July 24th, 2010 at 1:25 pm
wsalam saudari.
thanQ for the comment
masalah berkaitan seks yg dihadapi masyarakat kita sekarang agak complicated, melibatkna banyak benda. semua pihak dalam masyarakat perlu menggerakkan usaha, kalu pun ibu bapa mendidik dgn baik, di luar sana masih banyak pendedahan yg kurang baik kpd remaja. media juga main peranan besar. now, ada ura2 yg kerajaan akan menyekat website2 tak bermoral kat internet,satu tindakan yg bagus, moga2 jadi kenyataan.
[Reply]
wajar ke????
bagi aku lebih wajar pemerintahan ditukar.. terimalah ISLAM sepenuhnya.. terimalah pendidikan ISLAM sepenuhnya.. bukannya pendidikan seks! ya benar.. kes buang bayi mungkin kurang selepas ini.. namun kes zina?? bagaimana pula??
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
February 3rd, 2011 at 12:35 pm
yg perlu dielakkan ialah penzinaan.
bila tiada penzinaan, tiada anak luar nikah, maka tiada pembuangan bayi…
islam telah tetapkan penyelesaian masalah, cuma kita je nak follow ke tak….
[Reply]
WONDERFUL Post.thanks for share..more wait .. …
[Reply]