Saya mula menulis sejak lebih empat tahun yang lepas,namun hanya mula aktif sejak setahun yang lalu. Pada sesetengah orang apa yang saya tulis mungkin dianggap skema atau terlalu akademik. Tapi saya tidak pernah kisah.
Saya menulis untuk kepuasan diri, mengisi kekosongan jiwa dan dengan harapan apa yang ditulis akan memberi sedikit manfaat kepada orang lain.
Namun saya tidak pernah menyangka apa yang saya tulis selama ini dibaca, diberi perhatian dan diikuti sesetengah pembaca sehinggalah saya mendapat email melalui ruangan contact di website ini beberapa hari yang lalu. Email adalah seperti dibwah, dikirimkan oleh seorang insan bernama que:

Terima kasih kepada insan yang bernama que, walaupun saya tidak mengenali anda, saya hargai email anda itu. Rupanya masih ada yang menghargai apa yang saya lakukan, masih ada yang sayang barangkali, masih ada yang mahu berkawan.
Rupa-rupanya, saya tidak pernah keseorangan. Anda que barangkali merupakan silence reader, tidak memberi apa-apa komen kepada apa yang ditulis tetapi terus mengikuti kehidupan saya melalui blog ini. Saya tertanya-tanya, masih ramai lagikah silence reader sepertinya yang kadang-kadang datang menjenguk ke blog saya ini?
Sejak beberapa hari ini, saya rasa sedikit kelainan. Rasanya sekarang saya lebih memahami kehidupan selepas mendengar kata seorang ustaz ketika ceramah di masjid beberapa hari lepas.Katanya:
there is no real HAPPyNESS in this world because the death is coming.
sengaja saya mengeja HAPPyNESS seperti itu untuk menunjukkan significantnya perkataan itu dalam kehidupan saya. Barangkali sudah tiba masanya untuk saya menghentikan pencarian ini dan meneruskan kehidupan dengan apa yang ada.
HAPPyNESS is in the heart when you’re at peace with what life throws you…



















assalammualaikum
kadang2 kita mencari illusi dalam hidup kita, sedangkan realiti di depan mata kita kabur dan tidak kita endahkan
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
January 17th, 2010 at 9:50 pm
wsalam cikgu…
wah, mendalam makna kata-kata cikgu tu…
[Reply]
Greatings, Everything dynamic and very positively!
Have a nice day
Truden
[Reply]
sebenarnya, ramai yang menghargai. Teruskan menulis kepada saudara Faizal.
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
January 21st, 2010 at 5:39 pm
to Fareast:
ye ke?..thank you…insya-Allah, saya akan terus tulis…
nak tenangkan hati…
hehehe.
[Reply]
faizal..
ramai je yg menghargai kamu…so jgn la sedih2…kegembiraan sentiasa ade je disisi kamu..cume kamu je xperasan.. so kena keep think positive..
k GUD LUCK n ALL DA BEST IN EVERYTHING U DO…
always pray for ur success
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
January 21st, 2010 at 5:49 pm
to Sakinah:
ye ke?..xtahu plak saya..saya cuma tulis je….
ramai orng cakap kegembiraan ada kat sisi saya,.tapi seriosuly,sy xnampak dan tak faham…
moga2 satu hari nanti saya akan faham apa yg orng lain maksudkan..
p/s: boleh awak jelaskan nape tiap kali saya cakap ngan wak muka wak berubah, seolah2 wak xsuka cakap ngan saya…heheheh
[Reply]
peminat la tu
tapi you memang berbakat dalam penulisan la beb, publish la buku ke ape keee
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
January 24th, 2010 at 6:51 pm
to si lampu neon:
peminat?maybe la…
xpandai sangat menulis ni.minat baca. lagipun saya student engineering…lebih kepada kira2..huhuhu
[Reply]
hu..suri bab kira ni pening sikit..
selagi ada ynag datang selagi itulah blog mus tdk akan pernah kesunyian
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
March 2nd, 2010 at 1:34 am
saya menulis untuk saja-saja, tapi tak pernah fikir pun ada orang follow.
kiranya menulis untuk kepuasan diri sendiri. meluahkan apa yang ada dalam hati.
blog ni bukan sangat blog peribada, tapi campur, macam-macam ada
hehehe
[Reply]