Ketika Cinta Bertasbih 2

kcb2_wallpaper02
Apa sahaja filem yang membabitkan soal cinta pasti mendapat perhatian masyarakat terutamanya kalangan muda-mudi. Dalam usia begini,cinta berkembang mekar dan cinta didefinasikan dengan pelbagai cara.
Novel Ketika Cinta Bertasbih barangkali antara karya agung terbaik dalam mendefinasikan cinta dari perspektif islam. Banyak sudah karya-karya agung yang dihasilkan pemikir-pemikir barat namun jarang sekali karya-karya tersebut yang menyentuh hati dan membawa kita ke arah definasi sebenar cinta yang sesuai dengan fitrah manusia.

Memang ada novel-novel islami yang cuba menerapkan nilai-nilai islam agar cinta yang mahu dibina sesuia dengan redha Allah.

Tetapi, Ketika Cinta bertasbih agak berlainan. Sifat-sifat islaminya menyerap ke dalam tubuh, menyentuh hati dan perasaan. Kita terasa yang cinta berlandaskan islam itu indah, tidak berat dan tidak menyusahkan penganutnya. Mesej yang ingin disampaikan agak ringan tapi padat.

Justeru apabila karya agung Habiburrahman El-Shirazy ini dibawa ke layar perak, memang tiada kesangsian lagi yang karya ini mampu memberi satu kelainan dalam kepada masyarakat, terutamanya golongan muda mudi yang selalu di ketengahkan dengan filem-filem cinta barat yang definasi cintanya lebih kepada memenuhi nafsu manusia.

Menonton Ketika Cinta Bertasbih 2 minggu lepas, terasa islam itu tersangat indah. Betapa Islam itu sememangnya agama yang sesuai dengan fitrah manusia. Mari saya kongsikan beberapa pendapat saya mengenai filem

1. Cinta bukan segalanya
KCB2 mendefinasikan cinta menunjukkan cinta antara manusia bukan segala-galanya.Cinta yang lebih besar adalah cinta kepada Allah dan Rasul. Ketika Azzam mendapat tahu yang Anna sudah di ‘khitbah’ oleh orang lain, dia menerima dengan tangan terbuka walaupun dia sudah lama menyimpan perasaan. Begitu juga karakter Furqan yang dengan tenang menceraikan Isterinya walaupun jauh disudut hatinya, dia terlalu sayangkan Anna. Segala-galanya dilakukan demi mencapai redha Allah dan tidak mahu lagi menyakiti hati Anna .

2. Setiap yang berlaku pasti bersebab
Setelah gagal meng’khitbah’ orang yang disayanginya, Azzam cuba untuk mencari wanita lain sebagai pasangan hidupnya. Usahanya untuk memperisterikan Ulyatul Mila gagal dek kerana ibunya masih mempercayai perkara khurafat.Usaha kedua untuk mendapatkan anak Pak Jazuli juga tidak kesampaian. Akhirnya, dia berjaya mengikat tunanngan dengan Vivi. Tetapi malang, pertunangan itu tidak sampai ke jinjang pelamin setelah Azzam terlibat kemalangan. Dengan kebesaran hati yang dimiliki, dia memutuskan tunangan dan membenarkan Vivi untuk menerima lamaran lelaki lain jika sudah tidak mahu menunggu dia sembuh dari kecederaan. Namun disebalik pelbagai musibahyang datang itu, akhirnya Azzam berkahwin dengan wanita yang dia betul-betul cintai, Anna. Setiap musibah yang datang pasti bersebab, pasti ada sesuatau yang akan berlaku tanpa kita ketahui.

3. Orang beragama dan berilmu
Watak Khai Lufti, ayah kepada Anna mengingatkan saya kepada Allayarham Iman masjid di kampung saya. Orang yang beragama dan beriman apabila bercakap penuh dengan hikmah. Tiada omongan kosong. Walapun ayat-ayat yang diungkapkan pendek tapi padat, penuh makna dan menyentuh hati. Sindirannya juga tidak menyakitkan hati.

4. Lelaki baik
‘aku nikah aku dengan cara baik-baik, dan aku ceraikan juga kamu dengan cara baik’.
Itu kata-kata Furqan ketika hendak menceraikan Anna. Dia membatalkan syarat-syarat yang sebelumnya telah ditetapkan. Sikap furqan mengingatkan saya kepada satu cerita ketika zaman nabi(kalau tak silap), di mana orang lelaki yang baik kalau pun dia nampak sebarang keburukan atau tidak suka dengan sikap isterinya, dia akan menanganinya dengan cara yang baik. Pada zaman sekarang ini, susah sekali mencari keadaan dimana penceraian itu dilakukan dengan cara baik. Jika ada penceraian, pasti ada pergaduhan antara suami isteri sehingga kadang-kadang pertelingkahan itu dibawa sekali ke makhamah.

5. Hak Wanita
Tak ramai wanita yang menyambil berat akan hak mereka dalam islam. Disebabkan itu, ramai wanita yang kadang-kadang teraniaya sama ada ketika masih bersuami atau setelah bercerai. Anna menetapkan beberapa syarat sebelum berkahwin dengn Furqan memberi gambaran jelas yang Islam memperjuangkan hak wanita sama seperti lelaki.

Itu antara beberapa point penting yang saya dapat setelah menonoton ilem ini. Saya yakin pasti anda juga memperoleh manfaat dan mempunyai pendapat sendiri. So, kongsi-kongsi lah dan bagi komen di ruang komen ye…

Saya akhiri post ini dengan salah satu adegan yang terdapat dalam filem tu. Saya yakin anda pun suka adegan tu.

kcb2

Azzam:Kalau begitu kita solat du yok. Setelah itu…
Anna:Setelah itu…
(masing-masing ketawa)

Anda faham-faham sendiri lah ye maksud ’setelah itu’.

Related Posts with Thumbnails
15 Comments Post a Comment
  1. Ricca says:

    Dude, ko kupas cite nih jauh lebih baik!! hebat!! AKu suka bangat!! Well doen faizal.

    Hopefully, I can see the real you like in your writing.

    Wish you all the best!!

    [Reply]

    amuslimhouse.com Reply:

    to Ricca:
    tak de la,biasa-biasa je…..sekadar perkongsiaan dengan orng lain
    aku pun harap aku dapat jadi baik cam orng lain gak….
    kalu leh cam dalm cita tu..
    hehehehe

    [Reply]

  2. Ricca says:

    “done” not doen.. spelling error bro.. huhuhu

    [Reply]

  3. Wan Perlis says:

    semalam tgk ketika cinta bertasbih..memg best..

    sambung KCB 2 plak

    [Reply]

    amuslimhouse.com Reply:

    dah baca novel KCB?kalau baca novel lagi best. lebih terasa mesej yang hendak disampaikan.

    [Reply]

  4. Suri says:

    melahirkna cinta pada banyak sudut..
    manusia tehadap Tuhan..isteri ketaatan pada suami..nice storey..banyak keinsafan darinya

    [Reply]

    amuslimhouse.com Reply:

    ya,melahirkan cinta dari pelbagai sudut
    dan cinta yang paling agung adalah cinta kepada Allah.
    yang penting cinta antara manusai itu benda baik, positif, jangan sampai cinta itu membawa kebencian, kemarahan terutamanya orang zaman sekarang ni.
    ramai yang tak puas hati apabila cintanya ditolak.
    orang yang betul-betul faham cinta, akan menerimanya dengan hati yang terbuka.
    betul tak?

    [Reply]

  5. Suri says:

    salam.suri suka pada lirik laginya..teringin jugak nak tgok cter ni..tapi keje lah..huhukalu ada cd sure beli punya buat koleksi peribadi..
    Suri´s last blog ..Peringatan Buat Diriku & Kaum Hawa.. My ComLuv Profile

    [Reply]

    amuslimhouse.com Reply:

    wsalam,memang lirik dia agak touching..tapi dah baca novel dia ke belum?.sebab kalau baca novel,kesanya kpd diri lebih mendalam..
    amuslimhouse.com´s last blog ..Peringatan Iman Al-Ghazali My ComLuv Profile

    [Reply]

    Suri Reply:

    salam kawan..
    novel dia mahal la wak..huhu..jika ada duit lbih blh juga..tapi buat masa ini biarlah barg yang penting harus diutamakan betul tak..hehhe

    lama tak update blog??ada class ke?? @ kurang sihat??hehe
    Suri´s last blog ..Peringatan Buat Diriku & Kaum Hawa.. My ComLuv Profile

    [Reply]

    amuslimhouse.com Reply:

    oh..dah keje..ingat masih belajar..utamakan barang yg penting dulu..tak pun pinjam dari orng lain..kalau nak pinjam dari saya pun boleh…hehehehe
    amuslimhouse.com´s last blog ..Peringatan Iman Al-Ghazali My ComLuv Profile

  6. imran says:

    Produksi Malaysia masih tak mampu untuk menghasilkan filem atau drama berunsur Islam sebegini. Asyik-asyik dengan kisah seram…

    [Reply]

    amuslimhouse.com Reply:

    tu la, tak banyak cerita-cerita berunsur islami macam ni,kalu ada pun dulu macam syurga cinta, tapi tak la hebat macam KCB2.
    sekarang musin cerita seram,nak tengok pun malas, tak best, jalan ceritanya macam boleh diagak

    [Reply]

  7. nur_syahadah says:

    salam..saya dah tgok cerita KCB1 &2..bestnyee..menyentuh2 jiwa..novel pn dah jadi koleksi peribadi yg plg disayangi.. bagus ceritanya..banyak pengajaaran..sapa yang belum tgok..baik tgok..xrugi..

    [Reply]

    amuslimhouse.com Reply:

    wsalam..memang apa yg dipaparkan melalui novel dan filem tu menunjukkan islam tu indah. apa yng ada dlm islam memang sebati dgn fitrah manusia.cuma kita saja yg selalu mengikut nafsu dan budaya barat….

    [Reply]

Leave a Reply




CommentLuv Enabled

aMuslimHouse’s Twitter


aMuslimHouse’s Facebook

Pages

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse

Categories

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
free counters

Artikel Bersiri

iluvislam

Solat Time

Calendar

January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031