Darwinism, Materialism dan Communism (Siri 3)

Setelah hampir setahun tertangguh, saya menyambung kembali siri ini. Saya mahu menunaikan janji yang pernah saya buat kepada beberapa rakan siber.Saya akan cuba habiskan dalam beberapa siri lagi. Untuk anda yang kali pertama membaca siri ini, sila baca Siri 1 dan Siri 2 dahulu.

Trial and Error: Punctuated Equilibrium
Selepas penggalian ke atas fossil-fossil haiwan yang menunjukkan teori neo-darwinism adalah tidak benar, saintis evolusi mencari idea yg baru untuk terus mempertahankan kepercayaan mereka. Dengn itu wujudlah teori Punctuated Equlibrium, yg menolok teori neo-darwinism, evolusi secara perlahan-lahan atau berperingkat-peringkat(step by step evolution) tetapi benda hidup terjadi secara tiba-tiba dan dalam keadaan kompleks. Teori ini dikemukan oleh dua orang ahli paleontology Niles Eldredge dan Stephen Jay Could setelah menyedari yang penemuan fossil telah menafikan kebenaran teori Neo-Darwanism. Untuk mengembangkan teori ini, beberapa saintis telah menyusulkan beberapa mechanism ynag secara logiknya bercanggah dengan teori sains; genetic, biofizik dan biokimia. Contohnya, O.H Shindewolf mendakwa yang burung pertama berasal daripada telur reptilian akibat daripada ‘cross mutation’, hasil daripada huge accident yang berlaku dalam struktur genetic. Tujuan teori ini diwujudkan adalah semata-mata mahu menerangkan kepada jurang perbezaan yang wujud antara penemuan fossil dan Teori Neo-Darwinism.

Asal-Usul Kejadiaan Manusia
Salah satu sebab mengapa teori evolusi menjadi terkenal adalah kepercayaan yang manusia adalah berasal dari beruk(ape). Sehingga sekarang masih terdapat saintis-saintis yang percaya akan teori ini walaupun pada hakikatnya tiada penemuaan fossil ynag menunjukkan kewujudan makhluk ynag mempunyai dua karakter manusia-beruk(ape-man)-transitional form.

Dengan tujuan untuk mempertahankan teori ini, saintis-saintis evolusi barat telah mencipta beberapa penipuan supaya masyarakat dunia percaya dan yakin yang manusia memang berasal dari haiwan. Di bawah adalah beberapa contoh penipuan.
1) Piltdown Man: dinamakan Piltdown setelah seorng ahli paleoanthropology, Charles Dawson menjumpai jawbone(Tulang Rahang) dan cranial fragment di Pitdown, England pada 1912 . Tulang rahangnya menyerupai beruk manakala gigi, dan tengkorak menyerupai manusia. Ia didakwa berusia 500 tahun. Ia didakwa sebagai bukti kukuh proses evolusi manusia dari beruk. Namun pada 1949, Kenneth Oakley telah membuat fluorine testing untuk menentukan usia fossil tersebut. Ujian tersebut mendapati jawbone tidak mengandungi fluorine. Ini menunjukan yang usianya hanyalah baru beberapa tahun manakala skull(tengkorak) yang mengandungi sedikit fluorine, menunjukkan yang usianya baru beberapa ratus tahun. Kajian yang mendalam mendapati telah dilusuhkan secara artificial dan tengkorak adalah kepunyaan seorang lelaki yang berusia 500 tahun.

2) Nebraska Man: pada tahun 1922, Henry Fairfield Osborn menjumpai fosil gig geraham di West Nebraska. Fosil gigi tersebut dikatakan mempunyai karakter kedua-duanya sekali, manusia dan beruk. Fosil itu dinamakan Nebraska Man. Berpandukan hanya kepada sebatang gigi terebut, saintis-saintis evolusi melakar gambar seorang lelaki bersama-sama isteri dan anak-anaknya yang dikatakan wujud pada zaman itu. Walaubagaimanapun, pada tahun 1927, beberapa bahagian tulang lain dijumpai. Kajian berdasarkan penemuan fosil ini, gigi itu bukan kepunyaan manusia mahupun beruk tetapi adalah milik sejenis species khinzir yang telah pupus, Prosthennops.

3) Ota Benga: Ota Benga sebenarnya adalah manusai biasa yang tinggal terpencil di kawasan afrika. Dia mempunyai seorang isteri dan dua orang anak. Pada waktu itu, saintis-saintis evolusi percaya yang trasitional form dari beruk kepada manusia bukan sahaja wujud dalam keadaan fossil tetapi juga ada sesstengahnya dipercayai masih hidup di beberapa tempat di dunia dan ota Benga adalah salah satu darinya. Selepas ditangkap, dia dipamerkan kepada orang ramai di USA dan ditafsirkan sebagai the closest transiotional of man. Dua tahun selepas itu, Ota Benga ditempatkan di Zoo Bronx, New York dalam kandang bersama chimpanzi, gorilla dan orng utan; diklasifikasikan sebagai the ancient ancestor of man. Akhirnya, Ota Benga membunuh diri setelah diiniaya sebegitu teruk.

Penginiayaan ke atas Ota Benga barangkali menjadi titik tolak kepada penginayaan selepas itu oleh bangsa yang dikatakan lebih maju terhadap bangsa yang mundur yang mereka percaya terjadi secara semulajadi semasa process evolusi. Conntohnya,Penginayaan semasa zaman Nazi, Mussoliani, Lenin,perang vietnam, Bosnia dan lain-lain.

Untuk siri seterusnya, saya akan bawakan pula peringkat-peringakt evolusi manusia seperti yang didakwa oleh saintis evolusi, sedikit penafian dari segi kajian biologi dan penciptaan mausian dari sudut Islam.Insya-Allah

P/s: diambil dari beberapa sumber terutamanya buku Harun Yahya.

Related Posts with Thumbnails
← Next post Previous post →

Subscribe / Share

Article by amuslimhouse.com

He love writing, he love sharing. He love to touch others with his own style of writing. Read 142 articles by amuslimhouse.com
It's very calm over here, why not leave a comment?

Leave a Reply




CommentLuv Enabled

There is no real happiness in this world until the death is coming.

aMuslimHouse’s Facebook

Pages

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse

Categories

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul

Artikel Bersiri

iluvislam
free counters

Archives

Solat Time

Calendar

January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031