
Saya sebagai pemilik rasmi aMuslimHouse.com mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 khas untuk Anda. Moga-moga tahun baru akan menjadikan kehidupan anda lebih baik.
Saya memulakan website ini lebih kurang sebulan yang lalu sebagai satu jalan untuk saya gembira dengan kehidupan yang dilalui. Pun begitu berblogging bukanlah benda baru buat kerana sebelum berpindah ke domain ini,saya telah mempunyai blog di blogspot.com yang telah berusia lebih setahun. Namun, blog itu telah pun saya tutup atas sebab-sebab tertentu.
Walaupun tulisan-tulisan yang saya tulis disitu tidaklah mendapat banyak komen tetapi saya tidak kisah sangat. Yang penting saya cuba untuk menyampaikan sesuatu yang bermanfaat buat anda semua.
Bersempena tahun baru ini saya ada beberapa azam yang sama mahu kongsikan dengan anda semua. Diharapkan target yang saya letakkan di blog ini akan terus memacu hidup saya ke masa hadapan yang lebih baik.
Pertama,saya sudah pun berada di semester terakhir universiti. Jadi impian saya tentulah nak grade dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Walaupun target saya untuk dapat keputusan yang cemerlang sudah berkubur, tapi saya tetap bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk belajar dan mempunyai masa depan yang cerah. Dari seorang budak kampung yang tidak tahu, tidak mengenal dunia yang dia tinggal, melalui hidup-hidup yang terlalu sukar, pengalaman belajar dan menuntut ilmu di sini, dan bergaul dengan pelbagai bangsa dari seluruh dunia adalah suatu pengalaman yang manis.
Kedua, saya dapat kerja cepat. Seboleleh-bolehnya,selepas grade saya terus nak kerja, Tak nak relaks-relaks lagi, tak nak buang masa. Pada sesetengah orang mungkin memilih untuk berehat beberapa ketika sebelum berkerja. Tapi, pada saya yang memang sudah biasa hidup susah, tiada waktu walaupun sesaat untuk dibuang. Saya mahu duit dari titik peluh sendiri. Mahu bantu ibu di kampung yang sudah lama hidup dalam keadaaan susah. Mahu memiliki kereta sendiri dan mmbawa ibu jalan-jalan. Ibu tidak pernah kemana-mana. Hidupnya hanyalah demi masa depan anak-anaknya.
Ketiga, saya mahu mendapatkan wanita yang saya impikan.Telah banyak wanita yang saya temui tapi akhirnya dia juga yang berada dihati. Hakikatnya, saya tahu kami memang berbeza dari pelbagai aspek, kelurga,akademik dan sosioekonomi. Bak kata orang saya bagai pipit dan dia bagai enggang, mana mungkin terbang seringan. Selepas solat saya selalu mendoakan agar Allah buka hatinya, agar dia adalah takdir untuk saya.Moga-moga satu hari nanti dalam keadaan saya betul-betul kukuh dari ekonomi, jati diri dan agama, saya mampu menjadikannya peneman dalam hidup saya. Jika dia sudah takdir untuk saya, tiada apa yang perlu saya risaukan.Saya target untuk kahwin umur 25. Tapi kalau gagal kerana perancangan Allah lebih baik, target umur seterusnya adalah 30 tahun.
Itu saja azam saya untuk tahun ini. Anda pula bagaimana?
Walau apa pun azam anda, saya doakan agar anda berjaya mencapai apa yang dihajati. Paling penting adalah berusaha 100% untuk mencapai apa yang dihajati.Lagipun, Allah melihat kepada usaha-usaha yang dilakukannya oleh hambanya.Ingatlah, kita mungkin mempunyai banyak plan, kalau kita gagal plan A, kita guna plan B dan seterusnya, tapi Allah mempunyai lebih banyak plan yang mungkin lebih baik untuk tanpa kita sedari.
Moga tahu baru ni membawa kebahagiaan yang lebih bahagia dari tahun-tahun sebelumnya buat diri anda dan keluarga anda. Moga tahun tahun baru ini membuahkan bermacam rupa kejayaan-kejayaan dalam hidup anda, sama ada kejayaan-kejayaan kecil atau kejayaan besar. Moga tahun 2010 ni kita berjaya merubah diri kita ke tahap yang lebih baik, moga kita berjaya membina peribadi yang lebih baik dari yang sebelumnya.
Saya di aMuslimHouse.com akan cuba memberikan posting-posting yang terbaik dan menarik sebagai perkongsiaan kepada anda semua.Itu komitmen saya. Moga-moga anda beroleh manfaat dan gembira dengan post-post yang akan saya tulis. Saya berasa gembira jika berjaya membuatkan anda gembira.
Ingat rumah,ingatlah juga aMuslimHouse.com kerana Ia Bukan Sekadar Rumah
,tapi lebih dari itu.



















assalammualaikum
semoga azam tahun 2010 tercapai dan dipermudahkan jalan
tapi
azam ke 3 tu tak mungkin terlaksana pada 2010 kan?
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
January 1st, 2010 at 9:33 pm
to cikgu klcitizen:
wsalam, tq
yg saya maksudkan dapatkan tu bukanlh scr rasmi..kalu dpt mark ok la……
kalu nak secara rasmi tu lambat lagi..
ekonomi, jati diri & agama kena betul2 kukuh dulu…
[Reply]
semoga apa yang ko nak dapat kocapai.. semoga berjaya beb dalam life and all
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
January 1st, 2010 at 9:34 pm
to lampu neon:
tq, sama juga dengan kamu..moga-moga berjaya selalu.
[Reply]
selamat tahun baru juga.. moga apa yang diazamkan inshaAllah tercapai..
Wahh.. dah nak abes da.. bestnye kan.. kawan2 saya kat utp pun dah nak abes, saya je yg masih dlm perjalanan yg jauh..
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
January 1st, 2010 at 9:35 pm
to sue:
selamat tahun baru gak untuk kamu di german…
xpe2..lambat abis pun tapi banyak pengalaman dapat di rantau orang tu..
berapa tahun lagi tinggal ye?
[Reply]
InsyaAllah ada lagi dua tahun stgh utk habiskan degree. Lambat lagi. xpe la.. lagipun saya dah wat keputusan dulu bila meninggalkan utp. so, harus bersedia utk segalanya. Tahniah utk awk sbb hampir berjaya menghabiskan study.Jiayuo!!!
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
January 3rd, 2010 at 6:30 pm
to sue:
lambat tak pe,slow2, yang penting pengalaman belajar di negara orang.
memang la happi sebab dah nak abis belaja tapi cabaran yang lain pulak menanti. cabaran nak cari kerja dan kalu dah dapat cabaran kerja itu sendiri.
kata orang universiti yang terbaik untuk kita adalah kehidupan kita sendiri.
yang pasti working environment for sure different dengan studying environment.
pa agaknya azam kamu untuk tahun baru ni ye?,kongsi2 la..hehehe
nanti leh ajar bahasa jerman ye?adik saya pun belaja bahasa jerman gak kat sek, mana tau satu ari nanti g sana gak.
[Reply]
Bagus azam sdr ini.. Saya doakan agar Allah makbulkan hajat dan doa sdr.
Tindakan sdr memohon pada Allah agar dibukakan hati “si-dia” itu bagus, kerana hanya Allah saja yang memegang hati kita… Ini bukan perkara baru.. Insya Allah jika sdr tidak putus asa, Allah maha mendengar permintaan hamba-Nya..
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
January 3rd, 2010 at 6:34 pm
to cikgu norza:
thanQ cikgu. moga azam cikgu juga dimakbulkan Allah dengan usaha yg cikgu buat.
apa agaknya azam cikgu ya? mesti nak anak2 murid jadi lebih pandai, lebih hebat dan lebih berakhlak kan?
memang hatinya , hati saya dan hati kita semua milikNya. kalu sudah dia takdir tuk saya, tiada apa yang dapat menghalang. kalu sebaliknya, saya terima seadanya.
tapi banyak lagi benda yng saya kena buat, jadi diri, iman kena kukuh…saya perlu jadi baik…
[Reply]
bagus azam tahun baru, jom kita bermujahadah, banyak lagi yang perlu kita capai tahun ini. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
January 3rd, 2010 at 6:37 pm
to fareast:
moga2 azam kamu juga akan tercapai tahun ni.moga2 terus succes disana
apa gaknya azam kamu ye?
-)
[Reply]
Selamat tahun baru 2010. Semoga senantiasa sukses dan sehat selalu. Cheers ….
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
January 3rd, 2010 at 6:38 pm
To sbobet:
selamat tahun baru gak tuk kamu…
[Reply]
Kami mengucapkan selamat tahun baru 2010. Semoga tahun ini semakin diberi kelimpahan dan sukses!
[Reply]
semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan jodoh… (”,)
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
January 9th, 2010 at 6:50 pm
insya-Allah, moga-moga dipermudahkan segalanya..
harap2 kamu juga begitu…
[Reply]
aku menunggu azam tahun baru no.3 ko.jangan lupa report kat aku.hehehe…
[Reply]
amuslimhouse.com Reply:
January 13th, 2010 at 10:50 am
ye la…repot kat ko..
ntah la, kadang2 kita perlu lebih realistik dengan kehidupan..bukan bermakna mengaku kalah atau putus asa tapi memahami keadaan dan siapa kita, dimana kita berada..
hehehehe..
[Reply]
Resepi Cinta Imam Ibnu Athaillah : Tidak ada yang bisa mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana!! (KCB1;ms403)
[Reply]
salam..

Amin semoga impian saudara akn tercapai dg jayanya..
suri´s last blog ..Tips Mengatasi Masalah Dengkuran
[Reply]