Burj Khalifa: Bangunan Tertinggi di Dunia

Emirates Dubai World Tallest Building
Akhirnya selepas bertungkus lumus bergelut dengan masalah kewangan, menara tertinggi di dunia, Burj Dubai atau nama barunya Burj Khalifa berjaya dirasmikan pada 4 Januari 2010 oleh pemerintah Dubai, Sheikh Mohammad Rashed al-Maktoum. Majlis perasmiaan telah disakikan oleh hampir 6000 orang.Walaupun syarikat pemaju hartanah gergasi Nakheel, iaitu anak syarikat Dubai World dihimpit hutang sehingga US$80 billion, bangunan dan menara tertinggi dunia yang baru baru telah berjaya dibuka dengan rasminya dengan ketinggian 828m, lebih kurang dua kali ganda dari bangunan pencakra langit KLCC. Dubai mengalami kejatuhan ekonomi yang teruk semenjak November 2008 berikutan krisis kemuncupan kredit di mana apabila bank-bank tidak mempunyai cukup nilai aset cair untuk diberikan sebagai pinjaman bagi menjana lagi ekonomi yang berkembang secara mendadak.

Pembinaan bangunan ini sekaligus mengembalikan semula kemegahan dunia arab yang terkenal dengan struktur pyramid yang gah sehingga kini.

Kenapa Burj Khalifa?
capt.photo_1262622122451-3-0
Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammad bagaimanapun mengisytiharkan nama baru kepada mercu tanda baru dunia itu sebagai Burj Khalifa iaitu tanda menghormati Presiden Emeriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed al-Nahyan. Ini telah menimbulkan persolan adakah pemberian USD10Billion baru-baru ini oleh pihak Abu Ahabi menyebabkan ianya dinamakan sempena pemerintah di sana iaitu Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan?Pemberian USD10Billion tahun lalu untuk menyelamatkan syarikat pemaju hartanah gergasi Nakheel, iaitu anak syarikat Dubai World.

Fakta-Fakta menarik Burj Khalifa
wd-dubai-tallest-cp-7890289
• Pembinaan Burj Dubai atau Burj Khalifa telah menelan kos RM2.7 billion.
• Menara itu adalah setinggi 828 m, 1,000 kaki atau 304 meter lebih tinggi dari saingannya iaitu Taipei 101 (1,671 kaki atau 509 meter) dan hampir dua kali ganda ketinggian menara kembar Petronas.
• Ia adalah struktur buatan manusia tertinggi dunia mengatasi menara telekomunikasi KVLY-TV di Dakota Utara, Amerika Syarikat yang mempunyai ketinggian 628 meter.
• Reka bentuk Burj Dubai berasaskan seni bina Islam dengan tiga lobus tapak bangunan yang menyerupai bunga padang pasir. Menara ini terdiri dari tiga unsur yang membentuk gelendung utama. Pelan lantai berbentuk ‘Y’ yang menghadap Teluk Parsi. Ia juga berbentuk kubah bawang iaitu seni bina utama dalam Islam.
• Burj Khalifa mempunyai 169 tingkat yang melalui beberapa zon iklim dengan suhu di tingkat paling atas adalah sehingga 10 celsius lebih rendah daripada tingkat bawah.
• Hotel Armani mengambil 37 tingkat. Tingkat 45 hingga tingkat 700 akan menjadi apartmen persendirian bermula tingkat 64. Semua apartmen ini telah habis dijual dalam tempoh hanya 8 jam ketika mula dijual. Pejabat korporat diperuntukkan pada tingkat 123 dan tingkat 124. Kolam renang juga disediakan pada tingkat 78.
• Burj Dubai mempunyai sistem lif yang paling laju di dunia iaitu 18 meter sesaat, mengatasi bangunan Taipei 101 yang mempunyai sistem lif dengan kelajuan 16.83 meter sesaat. Ia menggunakan sistem lif berangkai yang dipanggil double decker elevator.
• Jurutera menyatakan bangunan ini kukuh dari gegaran 120 darjah dan mampu menahan rempuhan angin ribut, taufan dan pelbagai bencana alam. Mereka telah mengambilkira faktor gempa bumi yang berlaku di wilayah Bam, Iran dan Teluk Parsi pada tahun 2004. Kedalaman pula 50 meter ke dalam tanah.
• Ia mempunyai kolam renang tertinggi di dunia di tingkat 76 dan masjid di tingkat 158.
• Sistem penyejukan bangunan itu mampu mengeluarkan air yang boleh memenuhi 20 kolam renang bersaiz Olimpik setahun
• Sebuah syarikat Australia telah diberikan tugas untuk mencuci cermin bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang mana mereka telah menggunakan sejumlah baldi disamping bantuan peralatan berteknologi tinggi berharga AS$7.3 juta (RM24.7 juta).

Sama Rantau, Tapi Berbeza Keadaan
map-middle-east2
Gambar di atas adalah peta negara-negara arab termasuk UAE dimana letaknya bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa. UAE terletak menghadap Persian Gulf, berhampian dengan Arab Saudi dan Oman. Dalam pada yang sama, jangan lupa pandangan anda kepada satu kawasan yang menjadi konflik sejak lebih 50 tahun yang lalu. Negara itu terletak berhampiran negara perampas Israel ,menghadap ke Laut Mediterriananian. Negara itu adalah Paletine.

Tatkala umat islam di Dubai bersorak meraikan perasmian bangunan tertinggi dunia, di satu sudut dunia lain, umat islam meraung meminta pertolongan untuk merdeka, membebaskan diri mereka dari belenggu penjajah. Kegagalan pemimpin islam dan dunia arab bersatu untuk membebaskan Palestine memaksa mereka mencari dunia barat yang sampai sekarang tidak langsung menunjukkan komitmen untuk pembentukan sebuah negara Palestine dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.

burj dubai2
palestine-wallboy
Di Dubai, orang ramai melaung semasa perasmian Burj Khalifa, di Palestine, rakyatnya meraung sewaktu serangan ganas tentera Israel suatu ketika dulu.

Di dubai, adanya bangunan tertinggi di dunia, di Paletine ada tembok tinggi yang menyekat kebebasan rakyatnya.

Jumlah RM2.7 billion itu kalau dibelanjakan kepada Palestine, banyak benda yang boleh dilakukan.

Mengimbau Sejarah Lampau
Melihat kepada Dubai sekarang dengan bangunan tertinggi, Burj Khalifa, pulau buatan terbesar dunia, The Palm Jumeirah dan beberapa projek mega lain yang di bina dengan peralatan canggih mengingatkan saya kepada cerita kaum ‘Ad.

Kaum ‘Ad ada disebutkan dalam Al Quran , yang disebutkan setelah kaum Nuh. Nabi Hud yang diutus untuk kaum ‘Ad memerintahkan mereka, sebagaimana yang telah dilakukan nabi-nabi lainnya, untuk beriman kepada Allah dengan tidak menyekutukanNya dan mematuhi dirinya sebagai nabi pada waktu itu.

Dalam surah Asy-Syu’araa’ ada menyebut tentang beberapa perkara mengenai kaum ‘Ad. Menurut surah ini kaum ‘Ad adalah kaum yang mendirikan bangunan di setiap tempat yang tinggi” dan orang-orangnya membangun bangunan-bangunan yang indah dengan harapan mereka akan hidup di dalamnya (selamanya)”.

Do ye build a landmark on every high place to amuse yourselves? And do ye get for yourselves fine buildings in the hope of living therein (for ever)? (Surat ash-Shu’ara: 128-129).

Dalam surah lain;

And remember how He made you inheritors after the ‘Ad people and gave you habitations in the land: ye build for yourselves palaces and castles in (open) plains, and carve out homes in the mountains; so bring to remembrance the benefits (ye have received) from Allah, and refrain from evil and mischief on the earth.(Surat al-A‘raf: 74)

Disamping itu, mereka berbuat kejahatan dan berlaku bengis. Ketika Hud memperingatkan kaumnya,mereka tidak mengendahkan malah sangat yakin bahawa tidak ada hal yang akan terjadi terhadap mereka.

Then, when they saw the (Penalty in the shape of) a cloud traversing the sky, coming to meet their valleys, they said, “This cloud will give us rain!”. Nay, it is the (Calamity) ye were asking to be hastened!- A wind wherein is a Grievous Penalty! (Surat al-Ahqaf : 24)

Akhirnya, kaum Ad’ dihapuskan dengan kedatangan ribut kencang:

And the ‘Ad, they were destroyed by a furious Wind, exceedingly violent. He made it rage against them seven nights and eight days in succession: so that thou couldst see the (whole) people lying prostrate in its (path), as they had been roots of hollow palm-trees tumbled down! (Surat al-Haqqa: 6-7)

Mengikut sejarah, kesan peninggalan kaum Ad’ masih dapat dilihat di Petra Valley, Jordon. Kawasan itu terdiri daripada beberapa struktur bangunan yang cantik dan masih kukuh sehingga sekarang.
petra

Moga-moga Bubai yang menempatkan bangunan tertinggi di dunia dan beberapa projek mega lain yang dibina dengan tujuan menyuburkan ekonomi akan turut subur dengan syiar islam dikalangan penduduknya. Jika tidak, apa yang terjadi kepada Kaum Ad’ harus dijadikan peringatan.

Alain Robert
alain robert
Spideman Perancis, Alain Robert telah berjaya tahun Bangunan KLCC tahun lalu di tengah-tengah kedinginan subuh. Ramalan saya dia pasti akan mencari jalan untuk memanjat Burj Khalifa yang dua kali lebih tinggi dari KLCC walaupun nyawanya menjadi taruhan.

Related Posts with Thumbnails
← Next post Previous post →

Subscribe / Share

Article by amuslimhouse.com

He love writing, he love sharing. He love to touch others with his own style of writing. Read 142 articles by amuslimhouse.com
6 Comments Post a Comment
  1. Faizal says:

    walaupun aku xberapa setuju dengan pembinaan bangunan tu, tapi nak jugak aku pi satu hari nanti..
    dapat tengok dari dekat pun ok la..
    nak tengok tinggi mana..mesti teruja

    [Reply]

  2. fatin says:

    salam. mohon share kat fb ek. artikel menarik.

    [Reply]

    amuslimhouse.com Reply:

    wsalam fatin..
    salam perkenalan…
    silakan share kat fb..moga2 bermanfaat untuk semua…

    [Reply]

  3. HAMBA ALLAH says:

    salam..wauuu..tngginya bangunan dubai nieee…i really like this building.and the structure of the building..

    [Reply]

  4. latifah says:

    salam perkenalan. info yang saya cari-cari ni. saya mohon share di blog saya ya.

    [Reply]

    amuslimhouse.com Reply:

    salam perkenalan saudari.silakan share. moga-moga bermanfaat untuk semua…

    [Reply]

Leave a Reply




CommentLuv Enabled

There is no real happiness in this world until the death is coming.

aMuslimHouse’s Facebook

Pages

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse

Categories

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul

Artikel Bersiri

iluvislam
free counters

Archives

Solat Time

Calendar

January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031