Kecerdikan, Dimana Letaknya?

Genius256
Akal merupakan nikmat Allah yang tidak ternilai harganya. Dengan akal, manusia menjadikan ianya sebagai panduan dalam melayari hidup di atas muka bumi dan dengannya juga iman, agama dan akhlak manusia akan menjadi sempurna. Begitu banyak hadis yang menyatakan tidak sempurna akhlak, budi pekerti dan iman seseorng tanpa sempurna akalnya.

Sabda Nabi s.a.w

Tidak sempura kebaikan budi seseorang sebelum sempurna akalnya. Ketika itu barulah sempurna imannya. Ketika itu juga ia mampu mentaati Allah dan melawan godaan iblis dan syaitan-Riwayat Ibnu Mahbar dari ‘Amr bin Syu’ib.

ovum2Secara biologinya, proses kejadian manusia tiada bezanya dengan binatang. Benih Sperma dari air mani bergerak untuk mensenyawakan ovum.Dari banyak-banyak sperma itu, hanya satu sahaja yang akan berjaya menembusi ovum dan mensenyawakannya(sperma itulah anda).Dari situ terbentuklah satu sel baru yang akan membahagi kepada dua, empat dan seterusnya sehiggalah menjadi gumpalan sel yang dinamakan embro. Dari segumpal darah ini terbentuk pula daging dan seterusnya tulang. Kemudian tulang itu dibalut pula dengan daging sebelum terjadinya makhluk bernama manusia. Saya yakin anda tentu lebih memahami process ini berbanding dengan saya.

Namun, disebalik dijadikan dari air mani yang hina, Allah menganugerahkan manusia dengan akal fikiran , justeru mengangkat manusia di kedudukan yang mulia. Pun begitu, fakta ini hanyalah benar jika akal tersebut digunakan untuk mencari keimanan, menolong agama Allah dan membentuk akhlak yang mulia. Bagi manusia yang gagal mengunakan akal untuk merenung ciptaan tuhan dan seterusnya mengabdikan diri kepada Allah, sesungguhnya mereka lebih hina dari binatang. Logiknya kerana binatang selaku makhluk Allah yang tidak mempunyai akal tidak berpeluang untuk berfikir dan memilih jalan , tidak seperti mana manusia yang mempunyai pilihan untuk memilih jalan kebaikan dengan menggunakan akal.

Firman Allah

dan sesungguhnya Kami isikan dalam neraka jahanam itu sebahagian dari golongan jin dan manusia. Mereka terdiri dari golongan yang mempunyai hati tetapi tidak mahu menghayati ayat-ayat Allah.Mereka mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat tanda-tanda kekuasaan Allah.Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ayat dan nasihat Allah.Mereka tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Merekalah orang yang lalai- surah al-A’raf:179.

Didalam islam, kecerdikan tidak di ukur dengan dengan kelulusan yang dimiliki atau keputusan ujian IQ yang diperolehi. Jika itu ukurannya, maka mengapa masih ada orang yang bijak pandai tetapi terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan?. Tetapi islam mendefinasikan kecerdikan seseorang dari segi sejauh mana dia berusaha menyelamatkan diri dari kerosakan hidup di dunia ,justeru beroleh kebahagian di akhirat.

Sabda Rasulullah

Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati- Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya.

Dalam sabda diatas Nabi tidak menyatakan orang yang cerdik adalah orang yang kaya, ataupun berpangkat besar, mempunyai banyak ijazah tetapi sebaliknya dengan perkataan yang mudah ‘ orang yang selalu mengingati mati’

Kenapa?
Jawapannya mudah.

Orang yang selalu mengingat mati tahu sesudah kematiannya dia akan melalui alam lain yang semestinya berbeza dengan apa yang dilaluinya di dunia ini. Jika di dunia dia disanjung dan dihormati kenalan-kenalan, berwang dan dapat memiliki apa yang dihajatinya, tetapi di alam itu semuanya itu sudah tidak berguna lagi. Apa yang dimilikinya di dunia tidak dapat menolongnya ketika berhadapan dengan malaikat-malaikat yang sedia menyoalnya atas apa yang dilakukan di dunia. Yang dibawanya hanyalah amalan-amalan mulia yang dilakukan sepanjang perjalanan hidupnya di dunia. Hanya selepas beberapa langkah ahli keluarganya pulang dari perkuburan, malaikat-malaikat mula datang untuk menjalankan perintah Allah. Jika amalannya baik, maka terlepaslah ia dari seksaan dahsyat kubur tetapi jika dia gagal menggunakan peluang hidup di dunia untuk mentaati Allah, maka alam kubur akan menjadi permulaan kepada seksaan. Ya ,permulaan , kerana di neraka nanti banyak lagi pembalasan yang akan diterimanya.

Jadi orang yang selalu mengingati mati akan sentiasa bermuhasabah dengan apa yang dilakukannya dan berusaha untuk mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah. Dia akan sentiasa melakukan kebaikan kerana dia tahu apa yang dilakukannya akan dibalas kelak oleh Allah s.w.t. Begitulah rationalnya hadis tersebut(pada pandangan saya). Sesungguhnya, mengingati mati adalah satu motivasi.

Melakukan apa yang diperintah Allah lantaran selalu mengingati mati bukan sahaja dianggap cerdik oleh Nabi s.a.w tetapi juga menambahkan akal.

Sabda Nabi kepada Abu Darda

Tambahlah akalmu, nescaya hampirlah kamu kepada Allah.” Abu Darda’ bertanya, “Demi ibu dan bapaku, bagaimana caranya aku mendapatnya?’. Jawab Nabi s.a.w, “ Jauhilah larangan-larangan Allah dan tunaikanlah kewajiban-kewajiban sepertimana yang difardhukan-Nya, nescaya kamu akan menjadi orng yang berakal…-At-Tirmizi.

Jadi, gunakanlah akal semaksimum yang mungkin dalam usaha mencapai bukan sahaja kebahagiaan tetapi juga keselamatan di dunia dan akhirat. Keselamatan di dunia bermakna ketenangan jiwa, kebahagian dan redha dengan apa yang dilaluinya dan keselamatan akhirat ialah terlepas dari seksaan api neraka, dapat melalui titian sirat dengan selamat serta dapat merasai nikmat syurga. Tetapi harus diingat penggunaan akal perlu dibimbing oleh agama. Penggunaan akal sahaja tanpa bimbingan al-Quran dan hadis boleh sahaja menyesatkan seseorang. Lihat sahaja Albert Eistein, orang yang paling bijak di dunia dan Stephen Hawking, manusia cacat yang dikatakan manusia paling bijak selepas Eistein, kedua-duanya menolak untuk berTuhan(Atheist) walaupun pernah mengaku akan kewujudan Tuhan melalui kajian sains yang dijalankan mereka.Mungkin kerana angkuh akan kehebatan akal mereka dalam mempelopori bidang sains.

estes Tetapi jadilah seperti penceramah terkenal US,Sheikh Yusuf Estate(Gambar)dan Prof Dr. Muhammad Al mahdi yang pada usia muda mereka merupakan Aithest tetapi memeluk islam setelah melakukan kajian yang terperinci dan melihat kekuasaan Allah melalui al-Quran. Mereka ini adalah golongan-golongan yang telah memanfaatkan sepenuhnya penggunaan akal fikiran.

Sekadar renungan untuk diri sendiri dan anda semua.

P/s: Gambar ‘genius’ diambil disini.

Related Posts with Thumbnails
← Next post Previous post →

Subscribe / Share

Article by amuslimhouse.com

He love writing, he love sharing. He love to touch others with his own style of writing. Read 142 articles by amuslimhouse.com
8 Comments Post a Comment
  1. klcitizen says:

    assalammualaikum faisal

    ramai dari kita takut mati…
    akibatnya berusaha berbagai cara utk terus hidup…
    tetapi tidak bersedia untuk mati…
    diharap kita tidak termasuk dalam golongan tersebut.

    [Reply]

    amuslimhouse.com Reply:

    to cikgu klcitizen
    betul2x..
    sebaik2nya berusaha untuk terus hidup and at the same time bersedia untuk menghadapinya..
    mengingati mati itu satu motivasi..

    [Reply]

  2. zuwairiaiman says:

    terima kasih berkongsi ilmu.. saya juga berminat dgn perihal cerdikan ni

    [Reply]

    amuslimhouse.com Reply:

    to zuwairiaiman:
    sama2x
    sebagai peringatan tuk diri sendiri dan orng lain.
    cuba untuk postkan satu entry untuk setiap minggu..

    [Reply]

  3. kita adalah pelakon di pentas dunia yang penuh dgn penipuan..

    [Reply]

    amuslimhouse.com Reply:

    To si lampu neon:
    betul2x..
    penipuan yg datang dari pelakon2 dari kalangan manusia itu sendiri..
    moga2, kita bukan sebahagian drpd pelakon2 itu

    [Reply]

  4. BernieR says:

    Hi,
    Interesting, did you plan to continue this article?
    Thank you
    BernieR

    [Reply]

  5. to bernier..
    i dont think u understand the malay language.
    do u?

    [Reply]

Leave a Reply




CommentLuv Enabled

There is no real happiness in this world until the death is coming.

aMuslimHouse’s Facebook

Pages

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse

Categories

aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
aMuslimHouse
Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul

Artikel Bersiri

iluvislam
free counters

Archives

Solat Time

Calendar

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031