Assalamualaikum kepada semua
Setelah lebih setahun berblog dengan menggunakan perkhidmatan blog percuma, kini saya telah mempunyai blog dengan domain sendiri. Di harapkan dengan adanya blog baru ini, dapat meningkatkan komitment saya dalam menulis dan juga dalam kehidupan seharian.
Seperti kebanyakan orang, tujuan saya menulis dan mempunyai blog hanyalah semata-mata untuk berkongsi cerita dan pengalaman dengan anda semua. Dengan harapan apa-apa yang dinukilkan dapat memberi manfaat, teladan atau pengajaran kepada anda dalam menjalani kehidupan seharian.
Oleh kerana ini adalah blog persendirian, ianya akan berkisar tentang kehidupan saya dan apa-apa isu yang berkaitan isu semasa, politik, agama dan lain-lain adalah berdasarkan pendapat dan pandangan yang digarap melalui pembacaan dan pemerhatian. Jadi, jika ada tersalah fakta,pandangan atau apa-apa sahaja, harap anda dapat perbetulkan.
Moga-moga, usaha sedikit yang saya cuba lakukan ini, berkongsi ilmu dan pengalaman akan diberkati Allah.
insya-Allah.
Sekian, Terima kasih
amuslimhouse.com
Ia Bukan Sekadar Rumah


















