Suatu pagi, di makmal penyediaan media, unit bacteriologi, jabatan penyakit berjangkit, institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (Institute for Medical Research-IMR)…
Kak Noni: Faizal, Kak Aimy mana?
Faizal: dia masuk lewat kot. Dia call tadi, dia gi klinik, tak sihat kot.
Kak Noni mengambil tempat,duduk di atas kerusi bersebelahan dengan saya. Pada waktu itu, saya sedang menyalin formula untuk CS medium-saboured dextrose incorporated with chloramphenol yang telah saya sediakan sehari sebelum itu ke dalam buku laporan harian.CS medium digunakan for primary isolation and cultivation of moulds and yeast.Selama dua minggu, saya berada di makmal penyediaan media, menyediakan media bagi bacteriology test seperti mycobacterium dan salmonella. Rupanya, ada berbagai-bagai jenis media untuk testing. Seingat saya hanya beberapa media sahaja yang pernah saya dengar sewaktu belajar seperti blood agar, chocolate media dan TSI (Tripe Solid Ion).Minggu depan saya akan berpindah pula ke seriology lab selama seminggu sebelum ke Diognastic lab juga selama seminggu dan seterusnya ke molecular lab sehinggalah ke hari terakhir praktikal.
Bacteriology Unit betul-betul terletak di hadapan Virology Unit. Dengan keadaan dunia yang diserang Influenza A H1N1, nampaknya, Virology Unit tentu sibuk dan bersiap sedia dalam menganalisis mana-mana sample pesakit yang mungkin disyaki dijangkati virus maut itu. Malah kerajaan juga telah menyatakan yang IMR akan menjadi tempat rujukan negara dalam mendepani dan menangani virus ini.
Perbualan diteruskan….
Kak Noni: Faizal, kedah tinggal kat mana ya?
Faizal: Ayer Hitam
Kak Noni:apa?
Faizal: Ayer Hitam, Jerlun
Kak Noni: Jerlun?
Faizal: kenal Mukhriz
Kak Noni: Mukhriz Mahathir?
Faizal: ya, dia wakil rakyat kawasan Jerlun. Kak ni tentu tak minat politik ye?
Kan Noni: kita orang perempuan ni tak suka ambil tahu sangat benda yang melibatkan perbalahan ni. Faizal minat politik ke?
Faizal: Bukan minat tapi ambil tahu.
Kak Noni: Ahh (dengan wajah tersenyum)..budak UIA memang macam tu.
Faizal: UIA wujud pun sebab politik. Membangunnya sebuah negara pun adalah kerana adanya politik. Kerana adanya politik yang stabillah membolehkan sesebuah negara maju dan bergerak ke hadapan.
Kak Noni hanya tersenyum. Dia merupakan bekas pelajar Biomedical Sciences ,UIA Kuantan dan grade tahun lepas . Batchnya merupakan yang pertama mengenakan pakaian konvokesyen baru yang mencetuskan sedikit kontroversi suatu ketika dulu. Dia kini bertindak sebagai RA(Research Assistant) di sini ,atas kontrak selama setahun. Sebenarnya di sini ramai sahaja fresh graduan yang bertindak sebagai RA dan yang paling menghairankan kesemuanya adalah perempuan. Jika adapun lelaki yang sebaya saya hanyalah seorang,itupun pekerja tetap yang berkerja di sini selepas sahaja tamat belajar di Kolej Teknologi Makmal Perubatan dan mempunyai kontrak dengan kerajaan selama tiga tahun. Oleh sebab itulah, saya telah berjaya keluar dari stigma lelaki pemalu yang seringkali dikaitkan dengan saya sejak di sekolah sehinggalah di universiti. Seorang pensyarah Bahasa Inggeris juga pernah melabelkan saya sebagai lelaki pemalu dek kerana perilaku saya saya sentiasa menunduk sewaktu presentation di dalam kelas. Tapi itu hanyalah tanggapan,saya menunduk untuk membolehkan saya membaca nota lantaran saya langsung tidak bersedia untuk presentation.
Kembali kepada soal politik. Concernnya kita tentang politik tidak bermakna yang kita perlu menjadi penyokong mana-mana parti politik , tetapi cukup untuk menunjukkan yang kita mahu keadaan politik yang stabil bukan sahaja untuk kemakmuran dari segi ekonomi tapi juga hal lain seperti memastikan agama Islam berada di asas yang kukuh di sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama islam. Jika orang Islam tidak mempunyai kekuatan politik yang kuat, bila-bila masa sahaja orang bukan islam boleh mempermainkan agama dan undang-undang islam seperti apa yang berlaku sekarang. Jadi ,mengambil tahu tentang politik juga bermakna kita mahu agama kita terus menjadi asas kepada negara.
Kepada mereka yang tidak mahu LANGSUNG mengambil tahu hal politik dek kerana ia penuh dengan dusta, cuba fikirkan jika suatu hari nanti keadaan politik menjadi tidak stabil dan menggugat kehidupan dan masa depan anak dan generasi anda akan datang, adakah anda masih mahu tidak ambil peduli?
Saat di mana keadaan politik tidak stabil meyebabkan anda kehilangan pekerjaan….
Saat dimana agama Islam hanya tinggal nama sebagai agama rasmi negara….
Saat dimana syariat-syariat islam dengan senang lenang dipermainkan dengan sewenang-wenangnya oleh orang bukan islam….
Saat dimana orang islam sendiri seperti tidak sangat sensitive apabila agamanya dipermainkan….
Saat dimana hak orang melayu sudah tidak lagi wujud…..
Sewaktu saya remaja ,saya memang minat politik. Oleh sebab saya tidak tinggal di asrama, ia membolehkan saya terdedah kepada perkembangan semasa terutamanya melalui televisyen. Oleh sebab pada waktu itu Tun Mahathir adalah Perdana Menteri dan saya kagum dengan ucapan-ucapannya yang bermotivasi, jadi saya memang menjadi penyokong kuat kerajaan. Sewaktu pilihanraya, saya sanggup untuk tidur pada jam dua tiga pagi semata-mata mahu mengetahui keputusan penuh pilihanraya yang berlangsung pada siang hari.Apabila parti yang diterajui Tun Mahathir menang, saya bersorak kegembiraan.
Itu dulu, tapi sekarang saya mengambil jalan tengah ,menyokong mana-mana perancangan parti politik yang saya rasa akan dapat memajukan agama, bangsa dan negara. Saya lebih suka menganalisis senario politik dari menjadi anggota mana-mana parti politik.
Keadaan politik sekarang betul-betul menampakkan kecelaruan. Selepas satu pilihanraya, muncul pula satu lagi pilihanraya, seolah-olah ahli-ahli politik kita lebih berminat terhadap kuasa daripada membangunkan negara dan memakmurkan rakyat.
Selepas PRU 12,sudah banyak lawak dan jenaka yang dilakukan oleh ahli-ahli politik kita. Saya sifatkannya sebagai lawak kerana ia terjadi akibat dari sikap ahli politik sendiri yang tidak cekap menguruskan parti sendiri dan mementingkan kuasa lebih dari memberi khidmat kepada masyarakat. Antara lawak-lawak itu ialah ‘lawak 16 september’, ‘lawak perhimpunan agung Parti Merah’, lawak Bukit Lanjan, ‘lawak negeri bijih timah’, ‘lawak Bukit Selambau’ dan yang terbaru ‘lawak Penanti’ yang menanti pilihanraya kecil tidak lama lagi.
Lawaknya 16 september kerana ketua pakatan pembangkang, ‘orang itu’ gagal membentuk kerajaan persekutuan yang dicanangkannya selama ini. Tapi sebaliknya menunda ke tarikh lain yang akhirnya terbukti gagal. Lawak yang dibuatnya hanya membuatkan negara menjadi sedikit kelam kabut, membazir ruang-ruang di akhbar yang terpaksa menyiarkan berita-berita sensasinya dan membazirkan masa sesetengah rakyat yang betul-betul berharap yang ianya akan terjadi.
Lawaknya perhimpunan agung ‘Parti Merah’ adalah kerana orang yang telah terbukti terlibat dengan politik wang atau rasuah diangkat menjadi peneraju salah satu sayap penting parti tersebut oleh wakil-wakil sayap itu.
Lawaknya di Bukit Lanjan kerana wakil rakyat yang gambar ‘panas’nya telah tersebar betul-betul mahu meletak jawatan sebagai wakil rakyat dan exco, tapi malangnya ‘Menteri Besar itu’ menolak permintaan itu , sebaliknya mahu beliau terus berkhidmat. Walaupun itu bukan kesalahan beliau( menyebarkan gambar) tapi dari segi moral, meletak jawapan adalah perlu.
Lawaknya di negeri yang dulu kaya dengan bijih timah adalah kerana kerajaan pimpinan ‘Barisan Biru’ mengambil jalan mudah mentadbir kerajaan negeri setelah dua wakil rakyat ‘Parti Biru Muda’ dan seorang wakil rakyat ‘Parti Roket’ memutuskan untuk keluar parti dan menyokong ‘Barisan Biru’.Apabila tindakan itu dianggap jijik oleh pembangkang, Naib Pengerusi ‘Barisan Biru’ yang pada ketika itu adalah orang nombor dua negara menyoal siapa sebenarnya yang terlebih dahulu memulakan kerajaan seperti ini. Sudah pastilah ianya ‘orang itu’ yang mencanangkan 16 september. Tapi ia bukanlah sesuatu yang bijak untuk kita meniru kesalahan orang lain dan selepas itu meletakkan kesalahan itu kepada orang yang memulakannya. Kesalahan orang lain tidak dapat menjustifikasikan kesalahan sama yang dilakukan oleh anda.
Lawaknya di Bukit Selambau kerana selepas pilihanraya kecilnya baru-baru ini, bekas wakil rakyaknya terus pulang ke malaysia dari India bersama keluarga. Dengan wajah tersenyum(tidak tahu kenapa), dia tiba di lapangan terbang sambil disambut dengan kalungan bunya. Nampaknya dia langsung tidak merasa malu dengan apa yang dia lakukan. Setelah diamanahkan menjadi suara rakyat dikawasannya, beliau bertindak melarikan diri dan kembali semula dengan wajah yang gembira seolah-olah dia langsung tidak merasa bertanggungjawab.
Lawak yang terkini adalah di Penanti yang menanti pilihanraya kecil setelah bekas Timbalan Ketua Menteri termuda dalam sejarah negara, ‘pemuda itu’ meletak jawatan dengan alasan mahu sambung belajar. Tapi semua orang sudah tahu yang ‘pemuda itu’ memang tidak berkebolehan memimpim, pertama kerana usianya dan kedua kerana tidak mempunyai pengalaman. Kebanyakan calon-calon ‘Parti Biru Muda’ yang diketuai ‘orang itu’ sememangnya tidak layak sangat menjadi wakil rakyat. Ia seolah-olah seperti calon tangkap muat tanpa mengambil kira latar belakang dan kebolehan calon-calon dalam memimpin. Kepada ‘orang itu’, lain kali contohilah pimpinan ‘Parti Roket’ yang kebanyakan calon-calonnya terdiri dari golongan professional seperti peguam, doktor dan ahli perniagaan yang kebijaksaan mereka dapat membantu rakyat dikawasan yang diwakili. Juga contohilah ‘Parti Hijau’ yang menjadikan asas agama Islam dalam berpolitik.
Itu hanya sebahagian lawak-lawak politik di negara kita yang dapat saya sebutkan. Antara lawak lain yang wujud ialah lawak Ustaz Ng, lawak penyatuan ‘Parti Hijau’ dan ‘Parti Merah’dan yang terbaru lawak ‘wakil rakyat tahanan’.
Entah apa lagi ya lawak yang akan menyusul selepas ini?
Sama-sama kita nantikan…..
p/s: Gambar pertama diambil disini dan yang kedua disini.
::Faisal
::12:30 am
::Sunday,May 03,2009



















wakil rakyat jerlun
erm..sy knl tempat itu..hu3
[Reply]
nape eh.. kalo ckp psl pmbangkang dikatakan politik
kalau ckp psl krajaan bkn politik
sdgkan dua2 adalh politik?
[Reply]
to puteri..
tq for comment..entah sy pun tak sure
ia brgantung kpda keadaan..
kalu kerajaan brcakap tntang projek2 kerajaan yg dibuat untuk rakyat tanpa myebut” inilah projek kerajaan Barisan Biru’, maka ia bukanlah isu politik…
sbab itulah kerajjan tidak patut mencampuradukkan tggugjawab mnereka trhadap rakyat dengan parti yg mereka pimpim.
memang jasa2 yg dibuat kerajjan melalui penguasaan parti politik patut dikenang, tapi x perlulh kerajan mengungkitkannya,biarlah rakyat melihatnya sendiri…
[Reply]
kamu lebih banyak lawak kerana kamu hanya pandai mengkritik sahaja….
alangkah begitu mudah menjadi pengkritik tanpa perlu dibebankan dengan masalah rakyat dan masyarakat…
ramai juga saya menemui orang seperti saudara… masakan saja jadi org tengahg maka tidak mengetahui perancangan sebenar sesebuah perjuangan… banyak keluar statement dan kurang bekerja adalah perkara yang sangat kita dambakan…
banyak juga aktivis mahasiswa yang hanya lantang di kampus tapi mandom dalam pentas negara…
banyak juga orang yang nak berdakwah tapi dakwah baginya bermusim…
ramai betul orang sebegini… di zaman nabi semua orang ingin berperang sehingga nabi mengarahkan bagi yg mempunyai ayah dan ibu perlu menjaga mereka terlebih dahulu… ramai betul memilih untuk berjuang dan menegakkan Islam pada masa tu, terlalu sedikit mereka yg menjadi orang tengah pada masa tu… alangkah teruknya umat Islam kini yg hanya menjadi org tengah dan menjadi pengkritik semata tanpa meletakkan kewajipan mereka dalam perjuangan Islam…
jika anda merasa anda lebih baik dalam soal pemerintahan, pengurusan, kebajikan dan dakwah saya syorkan anda mengambil tugas mereka… moga aman dan selamat Malaysia… amin
ramai betul org begini…
[Reply]
kepada anonymous/..
saya terima ktikan anda keranasaya tahu siapa saya..saya bukanlh orng politik, bukan juga pelajar jurusan politik..
saya juga bukan orng pandai agama..
jadi brangkali penulisan saya menunjukka kejahilan saya kerana itu bukan bidang saya..
saya hanya menunjukkan concern saya kepada persekitaran..
saya nak mohon maaf jika penulisan saya tidak disenangi orng lain…
saya hanya menulis untukmenuhhjukkan concern saya…
itu saja, paling tidak saya sedar akan keadaan sekeliling .
sekian saja.,tq
minta maaf sekali lagi…
[Reply]